https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Isnin, Januari 21, 2019

BeriKan Lah Kasih Niscaya kan kau dapat Kasihnya Jiwa

BeriKan Lah Kasih
Niscaya kan kau dapat Kasihnya Jiwa

Tuhan itu bukan sengaja temukan Kita dengan orang begitu dan begini.
Dan, Tiada frasa kebetulan  melainkan semuanya takdir darinya.
Kena banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi.
Sejujurnya, semua membawa makna.
Yang setia akan sentiasa dalam doa.
Yang misteri akan hilang entah ke mana.

Kita berjumpa hanya satu kebetulan,
Berjumpa bukan untuk kebaikan,
Tapi penuh dgn kenakalan,
Kebetulan yang akhirnya berkekalan.

Pelbagai kenangan telah dilukiskan,
Diwarnai dengan gurauan dan usikan,
Dihiasi dengn gelak tawa dan juga senyuman,
Kebetulan yang membawa kerinduan disaat berjauhan,
Namun tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berteman,
Kecuali ajal dan juga kematian.

Terima kasih untuk kebetulan ini kerana ia mengajar kita erti sebuah perhubungan yang amat bernilai.

Terkadang,
Kita mencari cari,
Erti sebuah kebahagiaan
Namun apa yang ditemui
Jauh sekali seperti apa yang
Diharapkan.

Dunia sepertinya tidak peduli,
Dengan masalah yang menimpa diri,
Ombak gelora datang tanpa henti,
Lalu kita mengeluh
Mengapa kita yang diuji?

Ketahuilah,
Ada yang sentiasa memerhati,
Ada yang setia menemani,
Iaitu Tuhan yang Menyayangi.

Bukan diuji untuk melemahkan,
Bukan diuji untuk kesengsaraan
Walhal sinaran kebahagiaan yang dihadiahkan.

Bersabarlah sayang,Tuhan itu lebih Tahu..😌

BeriKan Lah cintaNiscaya kan kau dapat cinta


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Ahad, Januari 20, 2019

Adap Suami

Adab Suami Terhadap Isteri Yang Sering Dilepas Pandang


1. Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap isterinya/keluarganya. Justeru, hendaklah suami menggauli isteri dengan akhlak yang mulia lagi terpuji.
Adab Suami Terhadap Isteri Yang Sering Dilepas Pandang

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

2. Suami tidak boleh bakhil dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya. Justeru hendaklah suami bersifat pemurah dalam hal perbelanjaan untuk isteri serta anak-anak

3. Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. Justeru antara adab suami hendaklah berlemah-lembut dengan isteri dalam pergaulan harian

4. Suami hendaklah bersabar dalam menghadapi sikap buruk serta karenah isterinya

5. Suami hendaklah menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zalim.

6. Suami hendaklah memberi makan isterinya apa yang dia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya dan tidak berpisah tempat tidur

7. Suami hendaklah menyediakan pembantu rumah andainya tidak mempunyai ruang dan masa untuk sama-sama menguruskan kerja-kerja rumahtangga terutama bagi yang beranak ramai

8. Suami hendaklah selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya

9. Suami hendaklah mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haid, istihadhah dan yang berkaitan)

10. Suami hendaklah berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri.

11. Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada sesiapa pun dan dilarang bercerita tentang hal-hal bilik tidur

12. Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa.

13.Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada isterinya


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Rabu, Januari 16, 2019

APA MAKNA "REZEKI" 

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.

Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.

Jadi...

"Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima.

Wallahu'alam

WAKTU BESAMA ALLAH

Bila seseorang menghabiskan waktunya untuk Allah swt, maka Allah swt akan mengurus semua keperluannya dan menghapuskan segala kebimbangannya.

Allah swt akan mengosongkan hatinya supaya hanya dipenuhi dengan kecintaaan kepada-Nya.
Rezeki Anakku Masih Ada Aku 


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
 SEDARLAH JIWA ITU

Sedar seperkara. Sesuatu yang sering kita lupa. Ramai antara kita yang sudah bernikah. Dan syukur kepada Allah, disebabkan pernikahan itu, kehidupan semakin tersusun, agama semakin terjaga, suami isteri kini soleh solehah.

Namun, ceritara sebelum bernikah seperti bagaimana cara berkenalan, pernah keluar bersama-sama sebelum nikah, pernah berikhtilat walau sedikit, pernah berchatting di alam maya tanya khabar itu ini, hakikatnya semua diceritakan pada khalayak umum.

Sedangkan, terang-terangan ia suatu aib buat kita. Di mana jika kehidupan kita sebelum ini tidak bersyariat, wajarkah untuk kita berkongsi cerita pada orang lain sedangkan kita sedang perlahan-lahan membuka aib sendiri?

Setiap manusia mempunyai aib. Termasuk diri saya. Tetapi, tidak menjadi keperluan buat sekalian manusia untuk tahu menahu tentang aib saya. Tidak perlu jua saya ceritakan di dinding facebook atau laman sosial. Kerana saya sedar, itu aib saya.

Sedarilah, jika sebelum bernikah kita tidak bersyariat semasa perkenalan, usah diceritakan pada manusia. Ceritakan yang baik-baik. Ia lebih diperlukan oleh mereka yang belum bernikah; agar ia menjadi panduan untuk mereka bernikah dengan cara lebih bersyariat.

Sembunyikan 'love story' yang Allah tak redha,
tetapi raikan 'love story' yang Allah redha.

Tunjukkan qudwah yang baik, hatta dalam penulisan sekalipun.

REZEKI ALLAH

Konsep rezeki ni tak perlu CARI, tapi perlu JEMPUT. Kalau cari, kita tak tahu kat mana nak cari. Macam kunci rumah hilang, kita tak tahu kat mana hilang dan perlu dicari. Kalau jemput, macam kita dijemput ke kenduri orang, kita memang dah tau kat mana tempat dijemput tu.

Macam tu juga dalam konsep rezeki. Kita perlu jemput rezeki. Sebab kenapa jemput bukan cari? Sebab kita tahu punca segala rezeki tu dari Allah SWT. Kita cuma perlu jaga amal, dan melalui penjagaan amal tulah yg mendorong kita untk menjemput rezeki.

Cara jemput rezeki?
1. Solat dhuha setiap hari.
2. Zikir.
3. Solat tahajud.
4. Jaga amal fardhu.
5. Berdoa. (Juga doakan org lain)
6. Sedekah.
7. Bersyukur.
8. Utamakan solat.
9. Baca al-Quran.


 "Ketika hatiku terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas aku peritnya sebuah pengharapan supaya aku mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selainNya, maka Allah menghalang aku daripada perkara tersebut agar aku kembali harap padanya"
Lights Of Life
Setiap yg datang kt kita anakku, byk beri pengajaran sebenarnya..yg pting sikap kita dan hubungan kita dgn Allah camna..
 Kalau Allah ta redha kita bersama dgn dia, walau bagaimanapun tetap ta bersama, insyaAllah ada ganti yg lebih baik .
Lights Of Life
Orang yang suka mengkhianati darahnya sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Lights Of Life
Kata kata yang menyakitkan senang diucapkan tapi ianya susah dihadam oleh mangsa kata² itu
#Anakku
Lights Of Life
Pesan pada diri sendiri anakku
Jangan letak harapan kat manusia.
Kenapa? Sbabnya mereka xdapat nak janjikan ape-ii. Letak lah 100% pengharapan kat Allah  InsyaAllah hidup sntiasa diberkati.
Lights Of Life

SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Jumaat, Januari 04, 2019



REZEKI ITU PELABURAN.

“Nak beli maggi.”

Seorang lelaki muda memasuki dan bersuara kepada jurujual kedai itu. Aku hanya memandang situasi ini dari luar kedai, tidak jauh, tidak dekat, cukup untuk aku lihat dan dengar semuanya.

Niatku nak membeli gula aku sengaja tangguhkan dulu. Jurujual tersebut mengangkat kepala sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.

Tangannya yang aktif menaip di atas telefon pintar terhenti tiba-tiba. Dia merenung lelaki muda itu. Lelaki itu kalau dilihat lebih kurang usia awal 20-an.

Memahami lelaki itu berbeza darinya, jurujual itu terus membalas,

“Oh, maggi di sana. Silalah ambil dik.”

Lelaki itu ambil mi segera di atas rak. Dia menunjukkan sebungkus maggi kari yang diambil.

“RM1, dik.” kata jurujual.

Lelaki tersebut mengangguk dan terus berkata,

“Nak pergi kedai sebelah.”

Jurujual itu hanya mengangguk dan diam. Aku yang melihat situasi ini terus berfikir apakah tindakan yang akan dilakukan oleh jurujual.

Kalau kita manusia yang normal fizikal dan mental, ada tiga tindakan yang mesti kita pilih,

1. Menuntut lelaki itu untuk membayar.
2. Belanjakan lelaki itu dengan niat yang baik.
3. Mengejek atau memandang rendah kepada mereka.

Kedai sebelah adalah kedai mainan. Lelaki itu membelek-belek patung mainan. Dia memilih patung superman dan pergi semula ke kedai runcit tadi untuk membayarnya. Dia hulurkan RM1.

“Eh dik, ini patung dari kedai sebelah, bukan kedai ni punya.” kata jurujual. Jurujual mengambil RM1 tersebut.

Lelaki itu kebingungan, tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh jurujual.

“Okey takpe macam ni dik, tauke kedai sebelah pun takde, adik ambil dulu mainan dengan maggi ni, nanti abang settle dengan tauke kedai ya.”

Jurujual itu kemudiannya berikan semula RM1 yang dihulurkan tadi. Dia kelihatan memahami situasi lelaki itu.

Aku hanya tersenyum melihatnya. Jurujual itu telah memilih untuk belanja. Selepas lelaki itu beredar, aku terus memasuki kedai itu. Sempat aku beritahu jurujual, aku nampak situasi tadi.

“Abang faham situasi adik tu. Abang pun ada ahli keluarga yang special macam tu. Diorang mungkin kurang dari segi berfikir, tapi ada kelebihan dari segi lain. Bila bertemu dengan orang macam ni, jangan jadi negative vibes. Sambut dia dan sokong dia.”

“Berniaga ni macam kita melabur juga. Kita sebarkan rezeki. Rezeki kita kongsi. Kalau orang tak mampu, kita bantu. Bantuan pula dalam bentuk macam-macam. Macam adik tadi tu kira dia datang kedai ni pun bawa rezeki juga. Dia boleh jadi asbab rezeki kita.”

Aku tersenyum dan membayar gula yang diambil. Setiap hari aku belajar sesuatu. Situasi tadi pula mengingatkan aku untuk berbaik sesama manusia. Kerana rezeki itu juga adalah pelaburan. Kau buat baik, maka kau akan dapat pulangan yang baik.

#NewLesson
#SebarkanPositif
#BerkataYangBaik2



SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Selasa, Disember 25, 2018

Ada 2 jenis SABAR:

Sabar dalam melakukan ketaatan, sabar dalam menahan diri dari melakukan kejahatan.

Ada lelaki, taat solat, taat puasa, jaga nafkah isteri dan sebagainya, tapi tak dapat sabar dari mengurat wanita yang dilihatnya cantik dan berkenan di hati. Bergejolak rasa hati nak menghampiri dan berkenalan lebih jauh dan jauh dan jauhh lagi..

Ada pulak wanita dapat menolak gangguan dan godaan, pandai menjaga diri dari bergaul bebas mahupun bergurau senda dengan lelaki2 lain di tempat kerja, tapi masya Allah, malasnya nak dirikan solat, tutup aurat pun liat dan payah.

Sabar mentaati suruhan tapi tak sabar dalam menjauhi larangan.

Sabar menjauhi larangan tapi tak sabar mentaati suruhan.

Dua-dua jenis sabar ini memang susah. Tapi, antara dua jenis sabar ini, sabar menjauhi larangan lebih susah.

Semua orang mahu masuk syurga, tapi lupa pulak nak hindar neraka..

Teruskan berjuang melawan nafsu bagi menegak perintah Allah dan menghindar laranganNya. Saya tahu ia tidak mudah...semua orang sedang berjuang dalam diri melawan ujian-ujian kesabaran ini.

Bagaimana?

1. Tambah ilmu
2. Tingkat iman
3. Berlatih dan terus berlatih. Kadang kalah kadang berjaya, usah putus asa.


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Ahad, Disember 23, 2018

Indah Pada Waktunya

Untuk tahun baru 2019 yang bakal menjelang, aku punya harapan baru yang pastinya tidak sama pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. Harapan baru yang aku rangka sekarang untuk aku bina pada masa depan.
Ada banyak juga list yang aku buat dan pastinya semuanya adalah nafas baru yang akan aku nyawakan tidak lama lagi. Hanya perlu sabar, doa, usaha serta tawakal saja. Kerana ada ayat yang sering aku baca "akan indah pada waktunya." Tidak perlu terburu-buru, hanya berjalan ikut pada waktunya, semuanya akan indah.


Harapan Baru


Untuk setiap harapan yang selama ini aku simpul rapi dalam hati, akan aku terbangkan dengan sayap supaya semuanya berpergian. Pergi menjadi apa yang ingin dijadi.
Kerana aku punya harapan baru untuk masa baru yang akan datang. Dan untuk harapan-harapan baru ini akan aku terbangkan lebih awal agar tidak tersimpan seperti yang dulu.
Kerana orang bijak pandai ada berkata "Setiap perkara yang tersimpan tidak akan jadi kenyataan." Maka aku memilih untuk melepaskan.
Biar harapan yang dulu dan akan datang ini satu-satu menjadi kenyataan bukan sekadar harapan tinggal kenangan.
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Sabtu, Disember 08, 2018

Jumaat, Disember 07, 2018


🌺ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA🌺

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wanita (isteri) solehah adalah yang  taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada  dikeranakan Allah telah memelihara mereka." (al-Nisa’: 34)

Dalam ayat ini Allah SWT menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada   seorang wanita solehah, diantaranya adalah taat kepada Allah SWT dan   kepada suaminya dalam hal yang ma’ruf (hal baik) lagi memelihara dirinya   ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada Allah SWT).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika  berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah   yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram  hatinya.

#HATIKU TENANG 

Balasan itu setimpal dengan perbuatan itu anakku
Perkara paling Akan sedih dalam kehidupan ini apabila kau tidak sempat mengucapkan kata-kata kemaafan daripada insan yang telah pergi dari dunia ini dan yang paling pedih sekali apabila kau juga tidak sempat mendengar kemaafan dari mulutnya sendiri.Maafkan Aku Dan Aku Maafkan Kamu Semua Kecuali Dia ITU..

Semoga kau tak muncul semula selepas aku peroleh kebahagian dengan Anakku..

Saat berpisah dan sekian lama tidak berjumpa, tak aku sangka perpisahan selamanya yang tiada pertemuan selepas ini berlaku...
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

 JADILAH HAMBA YANG SOLEH SOLEHAH 

Hamba yang soleh adalah kekasih Allah, yang merasakan kebahagiaan, kelazatan, kenikmatan, kerinduan, kekhusyu'an dan kecintaan kepada Allah dalam solat mereka, yang memenuhi jiwa mereka yang bersih dari hati yang kotor

Hamba yang soleh adalah yang bertaqwa, yang bibirnya selalu basah dalam membaca al-Qur'an, wajahnya pucat kerana jarang tidur malam untuk solat, ampunan Allah menjadi dambaan, menangis kerana takut kepada Allah menjadi kebiasaan

Hamba yang soleh banyak di antara mereka tidak dikenal di tengah manusia dan orang tidak merasa kehilangan saat mereka tidak ada, kerana keinginan mereka adalah ingin terkenal di akhirat dan bukan untuk dikenal oleh penduduk dunia

Hamba yang soleh tidak pernah merasa aman dari adzab Allah, rasa takut mencabik-cabik hatinya dan membuat mata mereka selalu banjir dengan air mata
...

Hamba yang soleh sudah merasa puas dari dunia ini walaupun hanya sekadar mendapatkan sesuatu yang hanya boleh untuk menguatkan badan
...
Hamba yang soleh telah menjual dunia yang hanya sekejap ini untuk ditukar dengan negeri akhirat yang penuh dengan kebahagiaan yang kekal dan abadi...

Hamba yang soleh selalu mengorbankan diri untuk Allah, hingga Allah menganugerahkan petunjuk dan ketakwaan ke dalam hati, jiwa dan fikiran mereka...
Hamba yang soleh berusaha mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya dalam memahami dan mengamalkan Islam
...

Wahai saudaraku
Sudah lama diri ini menjadi seorang muslim, lalu bilakah kita menjadi hamba yang soleh, bertakwa dan dicintai oleh Allaah 'Azza wa Jalla

Kenapa diri ini sedikit perubahannya...?
Kenapa diri ini sedikit pengorbanannya...?
Kenapa diri ini sedikit kesungguhannya...?

Ketahuilah, tubuh ini tidak akan merasakan lazatnya makanan ketika sakit, lalu bagaimana boleh seorang hamba dapat merasakan lazatnya beribadah kepada Allah ketika ia terus berbuat dosa...?

Kelazatan dalam bermaksiat kepada Allah adalah kesenangan sebentar yang akan mendatangkan penyesalan dan murka-Nya...

Kelazatan dalam ketaatan kepada Allah adalah kesenangan hakiki yang akan menghantarkan seseorang kepada Syurga dan keredhaan-Nya...


#HatikuTenang


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Khamis, Disember 06, 2018

 

Malaysia’s 50 Richest
 

49 Norraesah Mohamad 2018 LAYANAN BERSIH SAHAJA MALAYSIA

2018 MALAYSIA'S 50 RICHEST NET WORTH
$305M
as of 3/7/18
  • Norraesah Mohamad debut dalam senarai selepas memperoleh saham MyEG yang besar menjelang akhir tahun 2017 melalui kenderaan persendirian Asia Internet Holding.

  • Dia adalah penjawat awam lama; bekerja di sektor awam selama 16 tahun, sebelum membuat pertukaran kepada sektor swasta pada tahun 1989.

  • MyEG memulakan kerjaya di MESDAQ (sekarang Pasaran ACE) pada tahun 2007 sebagai pembekal perkhidmatan kerajaan elektronik; ia dipindahkan ke pasaran utama di Bursa pada tahun 2009.

  • Hari ini syarikat itu telah mempelbagaikan perkhidmatan berasaskan komersial, yang menyumbang 80% daripada pendapatan kumpulan.

  • Mohamad duduk di lembaga pemegang amanah Forum Ekonomi Islam Dunia dan merupakan pengerusi Rangkaian Perniagaan WIEF.
ON FORBES LISTS
STATS
AGE70
SOURCE OF WEALTHinvestment, Self Made
CITIZENSHIPMalaysia
MARITAL STATUSMarried
CHILDREN3
EDUCATIONBachelor of Arts/Economics, University of Malaya; Master, Universite Pantheon Sorbonne; Ph.D, Universite Pantheon Sorbonne
DID YOU KNOW
Mohamad was granted the Chevalier de La Legion d'Honneur -- the highest French order of merit -- from the French government in 2004.
NET WORTH OVER TIME
$305M
Malaysia's 50 Richest 
March 2018
CONNECTIONS
Ray Dalio
Related by industry: Finance and Investments
My E.G. Services
Holds stake in My E.G. Services
Malaysia
Citizen of Malaysia


 #1Robert Kuok$14.8 B95palm oil, shipping, property
#2Quek Leng Chan$7.2 B77banking, property
#3Ananda Krishnan$7.1 B80telecoms, media, oil-services
#4Teh Hong Piow$6 B88banking
#5Lee Shin Cheng$5.6 B79palm oil, property
#6Lim Kok Thay$4.7 B67casinos
#7Chen Lip Keong$3.3 B71casinos, property, energy
#8Koon Poh Keong & Poh Ming$3 B-aluminum
#9Lau Cho Kun$2.6 B82palm oil, property
#10Kuan Kam Hon$2.5 B71synthetic gloves
#11Francis Yeoh & siblings$2.4 B64construction, power, real estate
#12Syed Mokhtar AlBukhary$1.9 B66engineering, energy, construction
#13Jeffrey Cheah$1.3 B73property
#14Lim Wee Chai$1.2 B60rubber gloves
#15Lim Peng Cheong & Lim Peng Jin$1.19 B-Manufacturing
#16Tiong Hiew King$1.1 B83timber, media
#17Lee Oi Hian & Lee Hau Hian$1.05 B-palm oil/chemicals/property
#18Surin Upatkoon$1 B69telecom, lotteries, insurance
#19Danny Tan Chee Sing$990 M63property
#20Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming$980 M-forestry, palm oil, property
#21G. Gnanalingam$950 M74ports
#22David Kong$920 M64funeral services
#23Desmond Lim Siew Choon$910 M58property
#24Goh Peng Ooi$900 M64software
#25Vincent Tan$820 M66retail, gaming, property
#26Ngau Boon Keat$810 M70oil & gas
#27Lim Kang Hoo$800 M63property
#28Ninian Mogan Lourdenadin$770 M64property, retail, financial services
#29Wong Thean Soon$755 M47electronic services
#30Tony Fernandes$745 M54airlines
#31Kamarudin Meranun$735 M57airlines
#32Ibrahim Syed Azman$700 M58transport/motor vehicles
#33Ahmayuddin bin Ahmad$580 M62ports
#34Azman Hashim$520 M79banking
#35Kong Chong Soon$510 M77property
#36Leong Kok Wah$480 M65real estate
#37Patrick Grove$440 M43e-commerce/media
#38Cheah Cheng Hye$435 M64investments
#39Yong Pang Chaun$430 M67retail
#40Teong Teck Lean$425 M58delivery services
#41Lim Han Weng$420 M66oil & gas
#42Freddy Lim Nyuk Sang$380 M65palm oil
#43Mokhzani Mahathir$370 M57oil & gas
#44Ong Leong Huat$365 M74property, construction, financial services
#45Tan Chin Nam$355 M92property
#46Wong Teek Son$320 M56glove manufacturing
#47Leong Hoy Kum$315 M61property
#48Mohd Abdul Karim Abdullah$310 M53oil & gas
#49Norraesah Mohamad$305 M70investment
#50Anthony Tan$300 M36on-demand transportation, mobile software

SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG