Itali denda Facebook RM40 juta
iGAMBAR hiasan
PIHAK berkuasa persaingan Itali mendenda Facebook sebanyak 10 juta euro (RM40 juta) kerana menjual data pengguna tanpa memaklumkan kepada mereka dan ‘secara agresif’ tidak menggalakkan pengguna cuba mengehadkan bagaimana syarikat itu berkongsi data mereka.
Facebook ‘secara mengelirukan membuatkan orang ramai mendaftar tandatangan, tanpa memaklumkan kepada mereka dengan segera dan cara mencukupi bagaimana data mereka akan digunakan untuk tujuan komersil, menurut kenyataan pemerhati pengguna dan pasaran Itali, AGCM, hari ini.
Syarikat itu juga tidak memberitahu dengan jelas kepada pengguna mengenai ‘tujuan keuntungan yang mendasari penyediaan perkhidmatan rangkaian sosial itu, cuma menegaskan fakta ia adalah percuma’.
Ia berkata, Facebook ‘secara agresif’ tidak menggalakkan pengguna untuk cuba mengehadkan cara syarikat itu berkongsi data mereka dengan memberitahu dengan berbuat demikian pengguna berisiko berhadapan ‘batasan ketara’.
Media sosial itu berulang kali menegaskan ia tidak menjual data pengguna.
Syarikat berkenaan berhadapan kritikan kebelakangan ini kerana salah guna data pengguna untuk mempengaruhi pilihan raya di tengah peningkatan desakan supaya firma diketuai Mark Zuckerberg dikawal selia.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 12:14 AM
Berita BerkaitanZuckerberg bakal hadapi Kongres AS
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

"Perbaiki dulu tauhid amal diri dan dekatkan diri dengan Allah".Saya menulis coretan melalui cerita kecil ini..Hanya penulis kehidupan yang diluluskan dan mahu anak-anak saya tahu saya seorang pahlawan dalam kehidupan mereka dan menuangkan kandungan tulisan fikiran dan pandangan kehidupan ini buat panduan mereka..@papahyatts ©2008-2019|MasaLalu|MasaKini|MasaDepan|LightofLife|@hyatt's
©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.
Sabtu, Disember 08, 2018
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Sabtu, Disember 08, 2018



Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan