https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA : November 2018

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Selasa, November 27, 2018

Jom Baca 21 Cara Memikat Hati Suami. Confirm Suami Tak Cari Lain


Di sebalik sifat tough dan dingin lelaki, dalam hati mereka sebenarnya ada taman. Taman bunga, rama-rama. Taman buaya pun ada.
Lelaki selalu kalah dengan orang yang dicintainya. Sekali orang yang dicintai kenyitkan mata, terus lemah-longlai kaki mereka.
Terkena panah arjuna katanya.
Seorang isteri memang perlu selalu memikat suaminya.
Lelaki menunjukkan sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda. Tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.

Bimbang cintanya kian pudar? Cuba 21 cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.

1, “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.

Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.

2. Lembut

Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.

3. Comel

Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.

4. Makan bola, tidur bola, minum pun bola

Orang lelaki sangat sinonim dengan kopi dan bola. Beri dia masa untuk keluar minum dengan kawan-kawannya. Biarkan dia conquer remote control tv pada hari perlawanan. Dan, jangan lupa belajar buat kopi yang sedap juga. Barulah dia teringatkan anda waktu minum di luar nanti. Yang suami pula jangan lebihkan kawan atau bola pula sampai tak mahu layan anak bini.

5. Percaya

Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.

6. Ibumu, ibuku jua

Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.


7. Masak

Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!

8. Sambut

Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.

9. Hadiah

Sekali-sekala, cuba belanja makan sewaktu anda keluar. Atau isi penuh minyak keretanya. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi anda tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.

10. Teman

Menjadi penumpang dalam perjalanan jauh memang buat kita mengantuk kan. Cuba bertahan dan temaninya berbual. Waktu inilah cerita-cerita tergendala dapat dibincangkan. Urut lembut bahunya. Siapkan bekalan kopi dan stok lagu-lagu kegemarannya. Anda boleh karaoke juga jika dia sudi mendengar.

11. Dengar

Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda. Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bola

nya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.

12. Anak-anak

Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.

13. Terus-terang

Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja. Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.

14. Kemas

Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera. Deko rumah anda dengan bertanyakan pendapatnya dahulu. Anda mungkin suka pink tapi bukan dia. Pilih bersama-sama agar keduanya selesa.

15. Hati perempuan memang mudah merajuk

Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga. Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.

16. Berdikari

Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian. Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.

17. “Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!” Jangan Suka Membanding!

Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda. Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini. Lelaki paling pantang bila pasangannya puji lelaki lain, walaupun lelaki itu artis.

18. Shopping

Orang lelaki agak jarang membeli-belah kerana pakaian dan alatannya tahan lasak. Bila tiba masanya, temani dia memilih barangnya. Tunggu di fitting room, beri pendapat. Sewaktu berjalan, genggam erat tangannya. Jika anak-anak berlari, kejar bersama-sama sambil berpimpin tangan. Itu pun dikira romantik juga.

19. Facebook

Memiliki akaun media sosial seperti menjadi satu kewajipan pada hari ini. Cuba bataskan perkongsian anda di sana. Kongsi gambar sekadar untuk tatapan keluarga dan kenalan yang lama tidak bersua. Elakkan status hal personal yang emosi. Menjaga batasan di sana bererti anda menjaga nama baik suami juga.

20. Romantis

Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua. Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.

21. Solehah

Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya. Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.

Sebenarnya agak mudah juga untuk memikat hati seorang suami. Lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Anda cuma perlu menjadi sedikit kreatif dan rajin mencuba.
Kadang-kadang, mengetahui dia akan kembali ke pangkuan anda setiap hari, membuatkan anda terlupakannya. Dia mungkin ada di sana, tetapi merasa terasing dan jauh. Anda rasa dia kuat, tetapi ingat superhero pun perlukan girlfriend juga.
Kembalikan saat anda bercinta dahulu. Jadi diri anda yang dahulu, yang sangat dirinduinya.

Jangan lupa pikat hatinya setiap hari!
Tulisantangan masalalu
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

MUHASABAH HATI

Sungguh,

Al-Quran akan mempertemukan kita dengan manusia-manusia istimewa pilihan Allah.

Orang yang merasa paling tampan, seketika ketampanannya itu menjadi tidak ada seujung alis ketika merenungi kisah Yusuf.

Orang yang merasa paling kaya, seketika kekayaannya itu menjadi tidak bernilai ketika merenungi kisah Sulaiman.

Orang yang merasa paling menderita, seketika penderitaannya itu menjadi tidak seberapa ketika merenungi kisah Ayyub.

Wanita yang merasa paling dikhianati, seketika luka hatinya tidak sebanding ketika merenungi kisah Asiyah istri Fir'aun.

Lelaki yang merasa paling tidak dihargai, seketika ia malu dengan perasaannya sendiri ketika merenungi kisah Muhammad.

Sungguh, di hadapan Al-Quran kita akan tersentak berkali-kali…

Sedang, bahasa takdir adalah bahasa yang sukar untuk di mengerti...

Ketika yang sudah pun berlalu, masih belum di temukan jawapan apatah lagi yang bakal mendatang...

Lalu akhirnya, kita hanya mampu mengkhabarkan kedukaan pada Tuhan bersama doa dan harapan.

Dan di suatu sudut, hakikatnya takdirlah yang membawa kita mencari Tuhan.

Hingga pada akhirnya, bukan indahnya syurga yang kita harapkan. Akan tetapi,  pertemuan dengan Sang Khaliqlah yang kita rindu-rindukan.  Maka, sebaiknya, beribadahlah kerana Allah semata.

"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah , "HASBIYALLAAHU (Cukuplah Allah bagiku); tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung".

At-Taubah ayat 129.

Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya...


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Sabtu, November 24, 2018

Didiklah Anak Sebagai ‘Hamba’ Dari Sekarang Supaya Kelak Tidak Menjadi ‘tuan

Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang.

Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.

Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?
Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..
Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.
Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa
Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti.
Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?
Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …
“Kesian anak tu kecik lagi..”
“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”
“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua?
Bukan itu sahaja…
Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri.
Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.
Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.
Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.
Usah terlalu kasihankan anak
Jangan terlalu memanjakan anak
Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
Ajar mereka tentang kerja rumah
Ajar mereka erti kehidupan
Pupuk kesedaran dalam diri mereka
Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.
Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.
Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.
Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.
Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih say4ang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T

 Islamik
Adab Suami Terhadap Isteri Yang Sering Dilepas Pandang


1. Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap isterinya/keluarganya. Justeru, hendaklah suami menggauli isteri dengan akhlak yang mulia lagi terpuji.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

2. Suami tidak boleh bakhil dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya. Justeru hendaklah suami bersifat pemurah dalam hal perbelanjaan untuk isteri serta anak-anak

3. Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. Justeru antara adab suami hendaklah berlemah-lembut dengan isteri dalam pergaulan harian

4. Suami hendaklah bersabar dalam menghadapi sikap buruk serta karenah isterinya

5. Suami hendaklah menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zalim.

6. Suami hendaklah memberi makan isterinya apa yang dia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya dan tidak berpisah tempat tidur

7. Suami hendaklah menyediakan pembantu rumah andainya tidak mempunyai ruang dan masa untuk sama-sama menguruskan kerja-kerja rumahtangga terutama bagi yang beranak ramai

8. Suami hendaklah selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya

9. Suami hendaklah mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haid, istihadhah dan yang berkaitan)

10. Suami hendaklah berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri.

11. Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada sesiapa pun dan dilarang bercerita tentang hal-hal bilik tidur

12. Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa.

13.Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada isterinya


Islamik

SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

TANGGUJAWAB DAN REZEKI


Wahai Suami, Bahagiakanlah Isteri dan Anak-Anakmu, Rezeki Pasti Datang Dalam Pelbagai BentuK
LIGHT OG LIFE

Jangan terpengaruh dengan kata-kata kebanyakan orang yang mengatakan isteri tanggungjawabnya menguruskan rumah, jaga anak-anak dan suami hanya berikan nafkah saja. Alasan seperti itu sudah lapuk dan tak boleh digunapakai. Tiada gunanya berkahwin jika suami menganggap isteri sebagai ‘orang gaji’ di rumah sendiri.

Tidak banyak yang isteri minta, cukuplah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab dan selalu membahagiakan rumahtangganya. Sejuk hati isteri jika suami bersama-sama menggalas tanggungjawab di rumah dan menjaga atau mendidik anak-anak. Semoga confession dari wanita ini memberi manfaat kepada semua.
SALAM admin, muka saya lagi. Maaf ye, saja kongsi cerita.
Suami saya kerja syif. Bangun jam 4 pagi dan masuk office jam 5 pagi. Habis kerja jam 3 petang, redah jem tol singgih kedai dalam, dalam jam empat petang dah sampai rumah. Dah sampai rumah, tolong jaga anak-anak.
Kami ada anak kembar. Sekarang ini mereka dalam fasa asyik bergaduh, berebut, bercakaran, panjat memanjat, gigit menggigit, merajuk dan mengamuk bagai. Walaupun semua mainan disediakan dalam dua kali ganda, tetap bergaduh. Koyak mental kalau hadap semua ini setiap hari seorang diri. Oh ya, saya suri rumah sepenuh masa.
Bila suami balik, dia akan tanya dulu hari ini saya dengan anak-anak macam mana, dah makan? Memang berdas-das saya mengadu tentang anak-anak punya ragam. Selepas mengadu, dia akan take over jaga anak, saya pula akan pergi ke dapur untuk memasak dna buat apa yang patut. Selepas itu sampai ke malam dia tak tidur, sama-sama menolong saya menjaga anak, susukan anak, bagi makan anak, uruskan anak mandi kencing berak. Dengan dua-dua ini asyik mengamuk bila disarungkan pampers dengan baju tidur.
Selesai rutin kami lebih kurang tengah malam. Masa itu barulah dia dapat tidur. Beginilah rutin setiap hari, tak banyak bezanya. Weekend lagilah, banyak urusan anak ditolak kepadannya.
Gaji dia dalam 20 haribulan. Gaji dia untuk orang bujang mungkin nampak besar. Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang, tanggungan empat beranak dan komitmen lain, jadinya tak besar mana pun. Setiap inci yang ada dalam rumah, setiap apa yang kami pakai, makan dan sarung ke badan, kereta lagi, insurans lagi, semua itu duit dia dan dia ada komitmen auto payment untuk UNICEF for worldwide underpriviledge children’s education program and food supply. Tak banyak mana pun, tapi inshaAllah itu sedekah kami.
Nafkah saya kadang-kadang ada dan tak ada sebab dia adakalanya terlupa atau disebabkan ada hal-hal yang terdesak. Jadi setiap kali dia terlupa nak bagi, saya ambil seringgit dari dompet dia dan niat dalam hati,
“Ya Allah, aku ikhlaskan hati duit nafkah aku bulan ini seringgit je,” doa mohon Allah catat pahala buat suami.
Semalam keluar ipar dan mertua ramai-ramai ajak keluar. Sebelum keluar, suami singgah di stesen minyak, nak keluarkan cash siap-siap. Dia masuk kereta dan saya tanya, berapa baki duit dalam akaun bank. Katanya tinggal RM50 saja.
“Serius?!”
“Ha’ah, serius. Tapi tak apalah. Esok (hari ini) rasanya gaji kot”
Saya gelak saja, siap cakap kalau takut tak cukup duit minyak dan tol nak ke office, esok bawa siap-siap tabung syiling anak. Hahaha! Dalam hati saya berdoa semgoa ada rezeki terselit untuk kami anak beranak supaya RM50 ini bertahan sampai ke hari gaji suami.
Allah Maha Mengasihi. Semalam semasa makan dengan keluar semua, tuan kedai belanja makan sebab kenalan biras saya. Tak keluar satu sen pun, siap bagi manisan bubur dan kuih berbekas-bekas untuk kami bawa pulang. Semoga murah rezeki tuan punya kedai.
Dah keluar itu, ramai-ramai berbincang di parking lot, nak pergi jalan mana. Saya doa dalam hati minta-minta mereka tak jalan ke shopping mall. RM50 di mall seperti air paip saja sekarang. Allah tolong, tolong. Akhirnya semua bersetuju jalan ke taman awam, masuk free. Jimat lagi duit.
Sampai taman awam dah waktu petang, tak terik sangat. Bawa manisan yang tuan kedai sedekahkan tadi, buat makan petang. Ya Allah, sedap sangat, free pula. Makan beramai-ramai dengan ipar, biras, mertua dan anak-anak buah. Nikmatnya subahanallah.
Nak dekat maghrib, balik ke rumah ipar sebab mertua nak bertolak balik ke kampung tengah malam. Mak mertua masak. Jadi makan dinner free lagi. Alhamdulillah. Dekat jam 10 malam, suami esok kerja jam 4 pagi dan kami minta diri nak balik. Sambil salam-salam itu, mak mertua selit duit RM50. Saja katanya. Segannya Ya Allah. Tapi dia paksa ambil, jadi ambil sajalah. Hahaha!
Alhamdulillah, dalam kereta senang hati sebab esok suami pergi kerja ada RM50 untuk minyak tol, parking dan duit makan. Dan ada duit RM50 tambahan itu untuk kecemasan sementara menunggu gaji. Masa in iteringat doa siang tadi, saya redha saja apa yang berlaku bila keluar beramai-ramai dengan keluarga dengan duit RM50 di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sambil itu berdoa banyak-banyak minta tuhan permudahkan semua.
Saya sujud syukur berkali-kali sebab semalam murah sangat rezeki kami. Saya fikir, mungkin balasan Allah sebab suami pikul tanggungjawab sebagai anak, sebagai suami dan bapa dengan amanah dan jujur. Sampai ke hari ini walaupun hujung bulan duit hampir habis, tapi tak pernah lagi kami dan anak-anak putus makan.
Betullah apa yang saya selalu dengar. Kalau suami bahagiakan isteri dan anak-anak, melimpah ruah rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Kalau suami abaikan anak isteri, Allah sekat rezeki si suami dalam pelbagai cara.
Kami baru berkahwin dua tahun lebih. Selama berkahwin, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan nafkah. Duit untuk ibu bapa dia saya tak masuk campur. Nak bagi berapa banyak ke, sikit ke, ikut dia sebab duit belanja untuk kami sentiasa cukup. Kasih sayang dia pada saya dan anak-anak cukup sempurna. Tak pernah mengelat hal mengasuh anak dan buat kerja-kerja rumah. Semua bahagi sama rata dengan saya.
Kami dikurniakan anak kembar tak sampai sembilan bulan berkahwin sebab bunting pelamin dan bayi lahir pramatang. Dari anak lahir sampai sekarang, dia cepat adapt sebagai new parent. Kalau bergaduh itu biasalah. Setakat ini tiada badai besar yang datang. Harap-harap tak akan adalahlah sampai bila-bila.
Doakan kami umur panjang dan bahagia hingga ke akhir hayat ye. Terima kasih suami kerana menghargai isteri. Saya harap ramai lagi yang berazam menjadi suami penyayang dan bertanggungjawab. Semoga semua murah rezeki, aminn.
Siapa Sakitkan Hati Isteri Memang Allah Jadikan Hidupnya Tak Berkat. Tak Berjaya!

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…

Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan.
Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.

Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.

Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa

tidak dihormati.
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah

 Islamik

SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Jumaat, November 23, 2018

WORLD PRESS NEW WEBSITE BLOGGING

Solutions by Sector

The Security editorial team is bringing thought leaders together to discuss critical issues and solutions in these five key growth sectors: Education, retail, critical infrastructures, government and health care. 

Do you want to earn CPE credit? Attend one of the webinars listed below on the LIVE date to be eligible. 

Questions: Email webinars@bnpmedia.com

Please check the checkbox for the event(s) you would like to register for.

UpcomingOn Demand


 Select all events

 Select this event

Workplace Violence Prevention Training Considerations for Healthcare Staff

Date: December 06, 2018

Time: 2:00pm EST

Earn: 0.1 IACET CEU and 1 ASIS CPE

 

May be eligible for ASIS CPE credit for CPP, PSP or PCI certifications. BNP Media is authorized by the IACET to offer 0.1 CEU for this program.

This program will focus on the issue of workplace violence in the healthcare industry, current trends regarding violence rates, root causes for these behaviors and unique factors present in healthcare and social assistance environments which can cause such behaviors. Common factors in behaviors of concern, appropriate techniques for de-escalating conflict and the spectrum of workplace violence from intimidation to active assailant will be reviewed. Legislative and regulatory issues will also be discussed including what content workplace violence training programs should consider in order to meet current OSHA requirements.

Learning Objectives:

Define workplace violence and understand types & sources of same.


Recognize the signs and symptoms of precursors to workplace violence events


Describe the OSHA General Duty Clause in relation to workplace violence events and the elements that are typically required in a successful WPV program


Explain how to protect yourself in the event of an active assailant/workplace violence situation 


                
       
    

View Speakers

 Select this event

Training Future Digital Security Leaders

Date: January 22, 2019

Time: 2:00pm EST

Earn: 0.1 IACET CEU and 1 ASIS CPE

 

May be eligible for ASIS CPE credit for CPP, PSP or PCI certifications. BNP Media is authorized by the IACET to offer 0.1 CEU for this program.

The most significant risks that businesses today face is cybersecurity. George Finney, CISO at Southern Methodist University, will discuss how he trains students and faculty to be digital security leaders and how he finds and builds cybersecurity talent outside of traditional paths. Since cybersecurity is a people issue, we need to understand the underlying habits that govern our responses. This presentation will explore nine key cybersecurity habits, and will look at how you can use those habits to focus on changing behaviors in your security training. Join this session to tailor your approach to awareness training and have the greatest impact for all of your employees or customers.

Learning Objectives

Identify the necessarily skills to train security as a habit


Recognize the impact of culture to cybersecurity and discover techniques to create a culture of cybersecurity


Explain how to adopt a coaching mindset to help empower users and encourage ownership


Identify how to apply psychology and neuroscience to help make people more cyber secure


   

Semak Tweet @WorldofWPress: https://twitter.com/WorldofWPress/status/1065288894583844875?s=09

Ahad, November 18, 2018

Kenangan Jiwa Jiwa-jiwa Anakku Kasihku


Simpan Dalam Hati, Kunci Dengan
Jiwa Milik Allah

Rapi.


#Knp umat manusia sekarang susah untuk menghargai jasa seseorang.
setiap detik kenangan yang berjaya aku rakam, akan aku simpan untuk aku mengukir senyuman tatkala aku rindu.Terima kasih untuk segalanya !Biarlah kenangan menjadi kenangan Kerana bila peristiwa sama diulang, keindahannya tidak seindah kenangan ! Simpan dalam hati, kunci dengan rapi.Waktu tidak akan pernah kembali lagi, tapi kenangan yang selalu datang dan pergi sesuka hati.Allah Selalu Ada !Kerana kau letak harapan kepada manusia maka kau temui hanya kekecewaan. Sayang semua harapan mu yang kau hias cantik, kemas dan rapi tapi musnah di tangan mereka.Untuk apa lagi kau menangis ? Kerana kau berani ambil risiko bersaham dengan manusia maka kau kena tanggung segala perkara yang kau muflis di dalamnya.Sayang, Allah itu selalu ada dan takkan pernah tiada. Maka kenapa tidak kau sandar saja harapan mu kepada Dia ? Bukan saja harapan itu akan dijaga tapi akan lebih kemas dan rapi. Percayalah ! Dia selalu ada untuk mu dan untuk semua harapan mu.Tidak Mahu Ambil TahuAda banyak perkara yang aku tidak mahu ambil tahu. Semakin aku tahu, semakin aku sakit. Maka aku cuba tutup mana-mana pintu yang sudah tidak ku wujudkan lagi dalam senarai penting kehidupan.
http://muhayatafendicom.wordpress.com/a
Untuk hal-hal yang menyakitkan, semoga kita tidak bertemu lagi !Kalau kau rasa getarnya, kalau kau mula baca. Satu demi satu ayat yang aku tulis gambar. Kerana aku ada firasat yang kau singgah di laman ini membaca setiap satu tulisan aku. Dan aku takut jika kau baca maka kau insaf. Sejauh yang mampu. Semampu taubat, aku juga manusia yang ada perasaan. Tidak semua perkara yang dilakukan itu benar tapi kalau kau boleh berjalan dalam kasut aku, kau akan tahu sudah berapa kali aku cuba untuk tidak wujud saja dalam dunia ini kerana perasaan begini.Kerana Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang, maka itu punca aku masih bernafas dan memiliki nyawa.. Dalam ingatan kau ada sekadar udara nafas anak-anak ku.
Akan aku. satu masjid. Hanya untuk seorang makmum.Kalau aku sudah tiada, aku tinggalkan masjid tu untuk makmum tu. Gunakanlah sebaik mungkin untuk membangunkan akhlak anak. Mungkin tak sehebat Taj Mahal.Kos tak sangat mahal.Tapi harga cinta aku tak murah, Sebab aku imamkan kamu bukan dengan hanya satu surah satu rakaat.
Kesabaran adalah kunci kebahagiaan.
Tidak akan ada pasangan kekasih yang sering bergaduh,Tidak akan ada pasangan suami isteri yang bercerai berai,Tidak akan ada keluarga yang berpecah-belah.

Aku tulis rasa hati melalui warkah kecil ini..hanya penulis pada kehidupan yang dilalui dan ingin anak-anak aku tahu aku adalah pejuang dalam kehidupan mereka dan menuangkan isi fikiran aku.. Bahagia itu kita yang menciptakan. Banyak bersyukur, mengingat kembali segala rezeki dan kemudahan yang telah Allah berikan dapat menciptakan bahagia. Bahagia itu dari hati. Hati yang tenang kerana ikhlas terhadap semua yang telah terjadi juga dapat menciptakan bahagia. Aku yakin yang menenangkan dan membahagiakan setiap hati itu hanya Allah.Hanya Allah.Jika manusia itu boleh menenangkan dan membahagiakan!!!!
[13-11 00:36] Wishing all the best to batch DearCrush Kak yang of SMDA LENGGONG , candidates of SPM 2018!
I keep up with your performance throughout the years, and it was all impressiveesp your SPM 2018 ranking.
This is a strong signal towards All candidates Spm Lenggong another successful stories of 2018 SPM!Insyaallah.
Dear Must Be At LEESS✍️
👩‍🎓👩‍🎓👩‍🎓 Target Subject Line.
Malay -A+
English -A+
Mathematics -A+
History -A+
P.Islam -A+
Account -A+
AddMaths -A+
Biology -A+
Physics -A+
Chemistry -A+
SPM2018

kepada semua calon SPM tahun 2018!
Sedikit pesanan panduan target..

1. Pastikan score Bi 88%-96%/BM98%-90%/Met 93%/Sain93%/Sejarah 93% min A kalau nak apply scholarship
2. Kebanyakkan scholarship hanya terima “A-” & “A+” sahaja 
3. Maintain min 5 subjek utama semua dapat kredit (C+ & ke atas A) untuk masuk kemana universiti atau cita² nak jadi cikgu, Doc, PM,Ustaq Dan act.good luck

ANAKKU KENANGAN

KUNCI KERINDUAN INI BUAT KAMU ANAKKU.
..kali kedua tel bimbit hilang dalam 🏠. aku baru beli untuk anak anak-anak ku
Masih hidup dengan bayangan lalu

 Seksanya hati merindui mereka yang tiada,Seksanya hati menyayangi mereka yang pergi selamanya,
Seksanya hati hanya bayangan yang mampu disentuh,Aku terseksa dalam kenangan bersamamu kasih ku,
Moga setiap lakaran jiwa yang membuat manusia dekat dengan Allah ini aliran pahala untukmu,
Semoga segala perbuatan kebaikanku jua aliran pahala untukmu,
Aku ingin memelukmu, berbicara dengan kata tapi ia hanya dalam mimpi,Aku jua akan menyusul,
Aku harap aku mampu bersama kasihku serta mak dan abah di Syurga Allah nanti.

Diri Ini..
Bersendirian aku melihat bulan,
Merenungi setiap episod yang sudah tertinggal..
Adakala ku lihat kebahagian,
Adakala yg lain ku lihat kesakitan,
Cuba juga ku intai kesamaran cahaya yg menerangi kegelapan malam..
Masih adakah lagi ruang untukku singgah sebentar.??
Jika ruangan itu masih "terbuka"dan "ada".. Mohon tinggalkan kekalutan dunia untuk sementara waktu....
Berikan sdikit waktu untuk berjumpa dgn Tuhan.. Ada kata2 untukku simpulkan..Sesudah segalanya baik2 sahaja..Aku pasti pulang..

HYATTs
 Hidup ini jalannya telah tercatat,
Usah menggelepar terperanjat,
Perbanyakkan doa bermunajat,
Mohon dipermudahkan segala hajat,
Dianugerahkan rahmat dan nikmat
Andai hidup tersagat disiat,
Anggaplah ujian menjadi yang kuat,
Reda dengan segala kudrat,Perah titisan keringat Perlu diingat,Bahawa langit tak selamanya akan berkarat, Bahawa setelah hujan pelangi mendekat Terimalah hakikat.
Pagi Ini..
Disini kau berdiri mengukir cinta,
Cinta pada sebuah harapan dan khyalan yang datang  silih berganti.
Ditemani contengan diari tentang perjalanan hidup yg terasa panjang,
Kau bahagia dengan derita dunia yg dikejar..Aku kagum pada sebuah ketabahan walau seringkali kau rebah dimamah jiwa yg bernanah..

PaPa berpesan :
“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakanlah dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu"
"Aku ingin ada untuk menghiasi senyummu, Aku ingin slalu disisimu,
Melindungimu dari dingin dan pekatnya jalan, agar malammu tak terganggu saat cuba engkau raih apa yang tak pernah kau dapat dari nyata.
Aku hanya ingin engkau tahu,
Aku ingin terus di sampingmu.
Mencuba memberi apa yang ku mampu, dan apa yang kau perlu"
Anakku 2 minggu lagi..💋
 Kasihku
Aku tak pernah risau akan kehilangan kamu bila jauh...
Karna jika takdir Ilahi...
Sejauh manapun kamu akan datang...
Yang aku risaukan hanyalah hilangnya keimanan kamu anakku...
Hingga kamu tak tahu lagi kampung abadimu ( akhirat )..
Kasihku
 “Bukan mereka yang hebat , yang bijak lulus peperiksaan dan berkata-kata tapi mereka yang hebat berjaya ialah mereka yang boleh bangun beribadah dan beramal”
Siapakah Orang Yang Berjaya?
“Orang Yang Berhenti Nafasnya Tetapi Tidak Berhenti Kebaikannya.”
Ya Rabb Aku Impikan Anakku Sedemikian  🤲🏻Anakku Abang Adik mengerti ya biar gagal di sini jangan gagal disana.. 
Masa depan Itu Akan Lalui proses seperti Ini..
 ı: Semoga Tuhan mengenyahkan kebencian tak berdasar kepada sesama dalam hati kita, menggantinya dengan Rahmat KasihsayangNYA.
ı: Tak akan boleh diulang waktu yang telah berlalu. Biarkan ia menghilang dan bersiaplah untuk sesuatu yang baru berusia..

Selasa, November 13, 2018

SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
Mari kita berkata jujur.Flickr merupakan tempat terbaik untuk terhubung, mencari pengetahuan, dan berkembang sebagai fotografer dan pencinta fotografi. Ini merupakan komunitas terbesar di dunia yang berfokus pada fotografer. Di sini, bersama-sama, komunitas independen baru ini dapat menentukan masa depan fotografi itu sendiri.
Hari ini kami mengumumkan info terbaru untuk penawaran akun Flickr Pro dan Flickr Gratis.
Flickr Pro sudah menjadi jauh lebih baik. Dengan hanya $49.99 per tahun, dapatkan penyimpanan tak terbatas, penjelajahan bebas iklan, statistik lanjutan, komunitas yang tak tertandingi, dan lainnya.
  • Penyimpanan Tak Terbatas.Satu-satunya batasan hanyalah imajinasi Anda. Unggah foto sebanyak mungkin foto yang dapat Anda jepret, selalu dalam resolusi penuh.
  • Penjelajahan Bebas-klan.Fokuslah pada apa yang penting. Pengalaman Flickr yang benar-benar bebas iklan untuk Anda dan pengunjung Anda.
  • Statistik Lanjutan.Lihat foto mana milik Anda yang sedang populer sekarang dan foto mana yang paling memuaskan selama Anda memiliki akun Flickr Pro.

Ditambah semua fitur khusus Pro yang hebat dan baru ini.

Dukungan Istimewa

Tidak usah antre. Flickr Pro sekarang mendapatkan bantuan prioritas dari tim dukungan kelas dunia kami yang baru. Tersedia sekarang.

Diskon Mitra Lebih Banyak

Dapatkan diskon untuk peralatan penting fotografi. Diskon untuk Creative Cloud dari Adobe, potongan 50% untuk situs portofolio khusus di SmugMug, perlengkapan dari Peak Design, dan banyak lainnya. Akan Hadir pada November.

Statistik Lanjutan di Ponsel

Statistik di saku Anda. Semua statistik foto yang Anda ketahui dan cintai, tersedia dalam aplikasi. Akan Hadir pada November.

Pajanan Lebih Baik

Semua anggota Pro per 1 Januari 2019 memenuhi syarat untuk mendapatkan pajanan prioritas dalam perulangan Jelajahi selanjutnya. Akan hadir awal tahun 2019.

Opsi Tampilan Foto 5K yang Baru

Berikan tampilan terbaik untuk karya Anda. Foto Anda dioptimalkan dengan cantik untuk layar apa pun, dari smartphone hingga jumbotron. Tampilan foto Pro pada resolusi hingga 5K. Akan hadir awal tahun 2019.

Video 10 Menit

Lebih banyak waktu untuk menceritakan kisah Anda. Pemutaran video hingga 10 menit, meningkat dari 3 menit. Akan hadir awal tahun 2019.

Memberikan penawaran terbaik dalam foto.

Penyimpanan tak terbatas, penjelajahan bebas iklan, dan komunitas global yang terdiri dari 100 juta fotografer lebih dengan biaya kurang dari separuh harga Apple, Amazon, atau Google. Daftar sekarang dan dapatkan diskon 30% pada tahun pertama. Diskon tersedia sampai 30 November.
Dapatkan Pro hari ini dengan diskon 30%
Dimodifikasi dari George RexCC BY-SA
Akun gratis akan segera dibatasi menjadi 1.000 foto atau video. Flickr bukanlah Flickr tanpa kontribusi dan partisipasi anggota gratis kami, dan kami tetap berkomitmen untuk memberikan penawaran gratis yang menarik.
Jika Anda merupakan anggota gratis dengan lebih dari 1.000 foto atau video, Anda akan memiliki waktu yang cukup untuk meningkatkan ke Pro (dengan diskon 30% untuk tahun pertama) atau untuk mengunduh foto dan video Anda.* Baca selengkapnya tentang keputusan ini.

Komunitas Fotografi Anda

Bagikan, temukan, dan berkembang. Apa pun yang Anda sukai, ada fotografer di sini yang membagikannya.

Kelola dengan Cantik

Alat yang ampuh dah mudah untuk mengelola foto Anda dan membagikannya kepada orang-orang yang penting bagi Anda.
Anggota gratis dengan lebih dari 1.000 foto atau video yang diunggah ke Flickr memiliki waktu hingga Selasa, 8 Januari 2019, untuk meningkatkan ke Pro atau untuk mengunduh konten yang melebihi batas. Setelah 8 Januari 2019, anggota yang melebih batas tidak dapat mengunggah foto baru lagi ke Flickr. Setelah 5 Februari 2019, akun gratis yang memiliki lebih dari 1.000 foto atau video akan dihapus kontennya -- mulai dari yang diunggah paling lama ke yang terbaru -- untuk memenuhi batasan baru ini.

Siap untuk Pro?

Pro baru menerima diskon 30% untuk tahun pertama mereka. Harga diskon tersedia hingga 30 November.
Tingkatkan ke Pro
Foto oleh NikkCC BY

FAQ

Apa itu Flickr Pro?

Flickr Pro merupakan keanggotaan berbayar yang memberi Anda pengalaman lebih baik di seluruh Flickr, dan mencakup alat-alat hebat untuk mengelola foto Anda.

Dapatkah saya mempromosikan bisnis saya?

Jika merupakan anggota Flickr Pro, Anda dapat menggunakan Flickr untuk mempromosikan bisnis fotografi, produk, atau kelas fotografi Anda, dsb. Anda dapat menautkan secara langsung ke kereta belanja, halaman pembayaran, atau halaman harga di situs lain, dan Anda dapat menuliskan harga untuk foto di deskripsi foto Flickr. Pelajari lebih lanjut tentang aktivitas komersial di Flickr.

Di mana saya dapat melihat atau mengubah langganan saya?

Anda dapat memeriksa status langganan dan mengubah keanggotaan Flickr Pro kapan saja di Pengaturan Akun.Langganan baru Anda akan aktif setelah langganan saat ini berakhir.

Bagaimana jika saya membatalkan langganan saya?

Anda dapat membatalkan langganan Flickr Pro kapan saja. Manfaat Flickr Pro akan tetap aktif sampai selesainya siklus penagihan Anda. Pengembalian dana dan kredit tidak diberikan untuk sebagian periode penagihan. Pelajari lebih lanjut tentang tagihan dan pembatalan di sini.

Ada pertanyaan lain?

Silakan kunjungi Pusat Bantuan Flickruntuk informasi lebih lanjut atau untuk menghubungi agen.

Sabtu, November 03, 2018


Aku duduk menghadap telefon bimbit, sambil menikmati kopi yang baru siap dibancuh.

Pada saat ini minda aku berputar pada satu hal yang mengejutkan aku sejak beberapa hari yang lalu.

Satu hal yang aku pernah doakan dahulu, kini dah termakbul. Kalau orang lain jadi aku, mesti sudah tersenyum puas kerana dendam sudah terbalas.

Namun, tidak bagi aku. Aku tanya diri aku, gembirakah aku? Setelah apa yang aku doakan itu, diri aku tetap sama, cuma berada di tempat yang berbeza.

Aku fikir, kalau sudah dianiaya, aku doa perbuatan buruk dibalas buruk, Tuhan akan balas orang itu. Tapi sebenarnya, bila aku sudah mendoakan, hanya tumbuhkan dendam dalam hati aku.

Sehingga sekarang aku tidak tahu aku sudah boleh maafkan atau tidak. Yang pasti, apa yang aku buat sekarang, terasa macam tersekat. Bak kata orang putih, ‘something missing’.

Aku jadi hilang konfiden. Rasa dibelenggu. Terasa macam berlaku kifarah juga untuk aku dan juga kifarah untuk mereka.

Tapi orang kata, life must go on. Mungkin dah tiba masanya aku jernihkan kembali apa yang keruh.

Jadi, luahan ni aku bukan semata-mata tulis, juga nak ingatkan pada korang.

Dalam dunia ini memang bermacam ragam manusia. Memang doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan. Tapi tanyalah hati, adakah kita nak tumbuhkan rasa dendam?

Bila ada dendam itu yang buat apa jua benda yang kita buat hari-hari rasa tersekat. Macam ada benda yang tak selesai.

Orang yang berdendam tak bahagia. Hidup sia-sia sebab tak mampu harmonikan hubungan. Kalau meninggal pun, lepas hisab, tetap ada dendam pada orang.

Hidup harmoni pun kunci kesejahteraan hidup. Selagi berdendam, selagi itu menunjukkan aku masih tak redha pada apa yang telah berlaku.

Aku belajar sesuatu.

Tulisa tangan lalu

SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG