SEDARLAH JIWA ITU
Sedar seperkara. Sesuatu yang sering kita lupa. Ramai antara kita yang sudah bernikah. Dan syukur kepada Allah, disebabkan pernikahan itu, kehidupan semakin tersusun, agama semakin terjaga, suami isteri kini soleh solehah.
Namun, ceritara sebelum bernikah seperti bagaimana cara berkenalan, pernah keluar bersama-sama sebelum nikah, pernah berikhtilat walau sedikit, pernah berchatting di alam maya tanya khabar itu ini, hakikatnya semua diceritakan pada khalayak umum.
Sedangkan, terang-terangan ia suatu aib buat kita. Di mana jika kehidupan kita sebelum ini tidak bersyariat, wajarkah untuk kita berkongsi cerita pada orang lain sedangkan kita sedang perlahan-lahan membuka aib sendiri?
Setiap manusia mempunyai aib. Termasuk diri saya. Tetapi, tidak menjadi keperluan buat sekalian manusia untuk tahu menahu tentang aib saya. Tidak perlu jua saya ceritakan di dinding facebook atau laman sosial. Kerana saya sedar, itu aib saya.
Sedarilah, jika sebelum bernikah kita tidak bersyariat semasa perkenalan, usah diceritakan pada manusia. Ceritakan yang baik-baik. Ia lebih diperlukan oleh mereka yang belum bernikah; agar ia menjadi panduan untuk mereka bernikah dengan cara lebih bersyariat.
Sembunyikan 'love story' yang Allah tak redha,
tetapi raikan 'love story' yang Allah redha.
Tunjukkan qudwah yang baik, hatta dalam penulisan sekalipun.
REZEKI ALLAH
Konsep rezeki ni tak perlu CARI, tapi perlu JEMPUT. Kalau cari, kita tak tahu kat mana nak cari. Macam kunci rumah hilang, kita tak tahu kat mana hilang dan perlu dicari. Kalau jemput, macam kita dijemput ke kenduri orang, kita memang dah tau kat mana tempat dijemput tu.
Macam tu juga dalam konsep rezeki. Kita perlu jemput rezeki. Sebab kenapa jemput bukan cari? Sebab kita tahu punca segala rezeki tu dari Allah SWT. Kita cuma perlu jaga amal, dan melalui penjagaan amal tulah yg mendorong kita untk menjemput rezeki.
Cara jemput rezeki?
1. Solat dhuha setiap hari.
2. Zikir.
3. Solat tahajud.
4. Jaga amal fardhu.
5. Berdoa. (Juga doakan org lain)
6. Sedekah.
7. Bersyukur.
8. Utamakan solat.
9. Baca al-Quran.
"Ketika hatiku terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas aku peritnya sebuah pengharapan supaya aku mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selainNya, maka Allah menghalang aku daripada perkara tersebut agar aku kembali harap padanya"
Lights Of Life
Setiap yg datang kt kita anakku, byk beri pengajaran sebenarnya..yg pting sikap kita dan hubungan kita dgn Allah camna..
Kalau Allah ta redha kita bersama dgn dia, walau bagaimanapun tetap ta bersama, insyaAllah ada ganti yg lebih baik .
Lights Of Life
Orang yang suka mengkhianati darahnya sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Lights Of Life
Kata kata yang menyakitkan senang diucapkan tapi ianya susah dihadam oleh mangsa kata² itu
#Anakku
Lights Of Life
Pesan pada diri sendiri anakku
Jangan letak harapan kat manusia.
Kenapa? Sbabnya mereka xdapat nak janjikan ape-ii. Letak lah 100% pengharapan kat Allah InsyaAllah hidup sntiasa diberkati.
Lights Of Life
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan