MENU UTAMA 📝

Rabu, Oktober 31, 2018

Doa Ku \Anakku

Assalamualaikum wbt
Doa pagi ini
                              
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                            
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami sama ada yang kami ketahui ataupnn  tidak ketahui,  berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu.
Ya Allah terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami sehingga hari ini.
Ya Allah kuatkan kami dengan Ibadah dan amalan yang baik, jauhkanlah kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada dalam rahmat dan bimbinganMu.
Ya Allah jadikan hati kami lembut dalam menerima kebenaran.
Ya Allah jauhkan diri kami dari perbuatan yang akan mengeraskan hati kami, mudah-mudahan amal ibadah kami diterima disisiMu.
Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia.
Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tawadhu', mudah-mudahan kami menjadi insan yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri.
Ya Allah kurniakan kepada kami sifat malu yang dengannya kami dapat mentaati segala perintah Mu  dan dapat menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dapat menjuruskankan kami ke syurgaMu.
Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.
Ya Allah ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami.
Ya Allah bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.
Ya Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, jelaskan perkara yang bathil agar kami jauhi.
Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.
Ya Allah jadikanlah keluarga kami permata dalam hidup kami, jauhkan  kami dari fitnah mereka. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.
Ya Allah pada pagi yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon agar dipermudahkan semua urusan kami baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.
Ya Allah berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.
ُYa الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .       
                                         
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
 DOA YG DIBACA PADA KETIKA
      MELIHAT SESEORANG YG DITIMPA
      BALA MUSIBAH 
 dengan membacanya pada ketika
      melihat org tersebut,maka Allah
      akan jauhi kita daripada kena
      musibah yg sama......
اَلْحَمْدُ لِلَّہِ الَّذِیْ عَافَانِیْ  [ عَافَانَا : انتوق رامی ] مِمَّا ابْتَلَاہُ بِہِ وَفَضَّلَنِیْ [ وَفَضَّلَنَا : انتوق رامی ] عَلَی کَثِیْرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تفْضِیْلًا...
ERTINYA :
segala puji bagi Allah yg telah mengafiatkan daku daripada ditimpa keatasku ujian yg telah dikenakan ketas org itu dan telah memberi kelebihan kepadaku daripada makhluQ ciptaanNYA yg lain dengan kelebihan yg sungguh²..
kitabdoa 

DOA HARIAN

DOA HARIAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ

Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kami kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan awam di negara ini.
يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ

Kami memohon restu dan kasih saying-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

📚📚📚

Salam Pagi Hari

Semoga Allah Swt selalu melindungi dan menjaga kita.

❤️Doa Hari Selasa❤️

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah, tolonglah aku untuk senantiasa berzikir (mengingatiMu), mensyukuri (segala nikmat)Mu, dan beribadah dengan baik kepadamu.

Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada yang patut disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang telah menciptakanku, dan aku adalah hamba-Mu dan diatas ikatan janji-Mu yang aku jalankan semampuku, aku berlindung kepada-Mu dari segala keburukan perbuatanku, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu kepada diriku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka Ampunilah aku, Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau

Ya Allah, wahai Dzat Yang Maha Kuasa untuk menyelamatkan hamba-Nya dari segala bala' bencana, selamatkanlah kami dan keluarga kami dari bala bencana yg akan menimpa kami sebelum bala' bencana itu turun dari langit,

Ya Allah, wahai Dzat Yang Maha mengetahui segala apa yg akan turun, selamatkanlah kami dan keluarga kami dari kejahatan yg akan turun, sehingga tidak turun.

Ya Allah, wahai Dzat Yang Maha mengetahui segala apa yg akan terjadi, selamatkanlah kami dan keluarga kami dari kejahatan yg akan terjadi, sehingga tidak terjadi.

Ya Allah sesungguhnya aku hadapi pagi hari yang Kau berikan ini dengan kenikmatan serta Kebaikan ('afiyah) dan tertutup rapi, maka sempurnakanlah nikmat-Mu untukku, serta Kebaikan ('afiyah) di Dunia dan Akhirat'.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Ya الله berilah kami rahmat Mu Ya الله , letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya الله, Engkau muliakanlah kami dan ampunlah segala salah dan silap kami.

Ya الله perkukuhkanlah iman kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya الله sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya الله masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.

Ya الله , Ya Tuhan kami, berilah kami taufik dan hidayahMu supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Ya الله tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya الله kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya الله peringatkan
kami apa yang kami lupa.

Ya الله sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak dan iman kami.

Ya الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله Ya Ghaffar Ampunilah dosa dosa dan kesalahan kami dan dosa ibubapa kami. Dosa seluruh ahli keluarga kami disayangi, Dosa saudara2 kami, sahabat2 kami, jiran2 kami dan seluruh umat islam dimana mereka berada . Sungguh jika tiada ampun dari-MU, niscaya kami termasuk golongan orang yang merugi..

Rabbanaa aatina fiddun-yaa hasanah, wafil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaabannaar..

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

📚📚📚

"Bukalah mata untuk melihat kebaikan manusia. Tutuplah mata untuk melihat kebaikan diri. Tutuplah mata untuk melihat keaiban manusia. Bukalah mata untuk melihat keaiban sendiri. Nescaya diri sendiri akan dibaiki."

*Al-Fadhil Ustaz Jafri Mahmoodi*

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku..
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.
Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.
Ya Allah , Jadikan aku

Isnin, Oktober 29, 2018

Aku ! Mati Akal

Aku seperti mati akal, tiada jalan dan cara. Kosong ! Tiada imej yang terang, kabur dan gelap.

Aku meraba, mencari jalan ! Aku mati akal. Dan tiada apa yang mampu aku tulis melainkan ini.

Tulisan Lelaki

Aku lelaki dan aku juga menulis. Aku lelaki dan aku juga meluah. Aku lelaki dan aku juga manusia yang punya perasaan. Aku lelaki dan aku juga tahu rasa dikecewakan. Aku lelaki dan aku juga memilih pakaian untuk aku pakai setiap hari. Aku lelaki dan aku juga suka perkara yang indah-indah. Aku lelaki dan aku juga tahu untuk bermadah dan aku lelaki, aku juga memiliki hak untuk punyai diari.

Menjadi seorang lelaki bukan perlu peraturan seperti tidak terurus, ego, panas baran, lambat bangun, pemalas, kurang bersih, kulit hitam, muka pecah, banyak jerawat, merokok ! Itu bukan lelaki, tapi orang yang tidak punya urusan masa dan dirinya yang tepat.

Jadilah lelaki yang tahu bahawa dia adalah lelaki dan bukan lelaki yang menghancurkan tittle kelelakinya.


tulisantangankenangan
Kasihku MISS YOU 💋

SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Ahad, Oktober 28, 2018

ANAKKU

ANAKKU ANAKKU
6 HARI TELAH BELALU AKU MENUNGGU UNTUK MENDENGAR SUARA MU..

Biar hina di mata manusia
Jangan hina di mata Allah
Biarpun hebatmu tiada tara
Tewas bukan tanda beralah
Diam seribu bahasa
Tiada luahan dari jiwa
Andai hati tersiksa
Doa tulus ubat duka
Teguh iman kerana taqwa
Solat yang 5 tiada henti
Iman taqwa akan di bawa
Jadi penyelamat di sana nanti
Tanam padi di tengah bendang
Sudah di tuai menjadi jerami
Sahabat ada susah dan senang
Dialah sebenarnya anugerah Ilahi
Burung Tempua bersarang tinggi
Mencakar awan tidak tergapai
Azam menggunung lagi berbudi
Berkat usaha pasti tercapai nanti

Hujung kuku

Hujung jari pantas menyusun huruf-huruf
Menjadi perkataan
Merungkai persoalan yang timbul di fikiran bulan bganti bulan
Soalan yang sama juga sejak hati mu berubah begitu jahil
Hujung jari tetap menyantuni papan kekunci
Menaip ayat lagi
Meluah sedikit rasa memecah sunyi di hati
Betapa dirimu telah menzalimi aku dan anakku
Hujung jari ini bukan sendiri
Hujan lebat menitis keluar dari parit derita si pancaindera bernama mata
Sendu terusik lagi tanpa di minta
Hujung jari semakin perlahan menzahirkan
Rintihan jiwa yang semakin penat menjadi sesat
Meraba dalam gelap yang tidak bercahaya
Hujung jari berhenti...
Kau mengambil kesakitan nya kembali...

Tidak kenang Jasa

Akan ku kenangi mu
Seperti dahulu
Berapa tahun berlalu
Wajah polos itu begitu
Ku bukan juri untuk menilaimu
bukan juga arif untuk
Memberi ulasan mu
Akan ku kenangi mu
Bukan atas tag orang jahat
Tapi seorang insan yang terlalu bingai tentang perasaan
Terlalu naif soal perhatian
Bukan penghinaan tapi kenyataan
Akan ku kenangi kamu
Sebagai sampah kekasih
Sebagai musuh ku yang abadi
Walaupun kau menolak
Mengenang sememangnya terselit banyak kenangan
Yang akan ku simpan dalam ingatan..

MENYENTUH RASA

Sakit dijiwa menyentuh rasa
Sebak didada ku menahan duka
Hadir dirimu tak pernah dipaksa
Jauh darimu buat aku bahagia
Engkau hadir hanya menambah luka
Bukan penawar tapi racun berbisa
Cukup hentikanlah permainan bodoh
Biarkan kasih pergi berlalu
Rindu rinduku bukan lagi buatmu
Sayang sayang telahpun menglayang
Pergilah hilangkan jejak bayangan
Biarkan ku bebas diawangan
Menyunting mewangi dijambangan
Agar terhapus setiap kenangan bodoh
Dari bjanji tak kesampaian.

Tuhan
Mungkin saat ini Kau sedang tersenyum memandangku dari atas sana, meski aku tak mampu melihatmu dengan mata butaku
Tuhan
Aku datang dalam keremangan hati tak berpenghuni, senyap
Sepotong berkarat dan tak utuh lagi
Tuhan
Aku malu
Aku malu selalu datang dalam kerapuhanku
Aku malu kerana selalu mengadu padamu
Tuhan
Aku bodoh
Aku bodoh kerana sombongku, merasa kuat tanpa tumpangmu
Tuhan
Mungkin Kau sedang tersenyum kini
Saat telapak tanganku masih mengnadah padaMu..
Tuhan
Ku pinta padamu mu


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Sabtu, Oktober 27, 2018

KATA HATI

JIWANYA PILIHAN ALLAH, 
Kata Hari...

Bersendirian aku melihat bulan,
Merenungi setiap episod yang sudah tertinggal..
Adakala ku lihat kebahagian,
Adakala yg lain ku lihat kesakitan,
Cuba juga ku intai kesamaran cahaya yg menerangi kegelapan malam..
Masih adakah lagi ruang untukku singgah sebentar.??
Jika ruangan itu masih "terbuka"dan "ada"..
Mohon tinggalkan kekalutan dunia untuk sementara waktu....
Berikan sdikit waktu untuk berjumpa dgn Tuhan..
Ada kata2 untukku simpulkan..
Sesudah segalanya baik2 sahaja..
Aku pasti pulang...

Hati Indah;

Aku kehilangan cerita di sini
ketika mentari begitu indah di penjuru langit
kata-kata bertengkar dengan angin dan bunga
tak ingin mengalah antara sesama
ingin mencoretkan kalimat sempurna
dan mencumbu senja dengan romantisnya
harus kukatakan apa pada mereka
ketika malam geram cemburu
deras mengejar waktu
seakan ingin membunuh penantianku
yang terlalu rindu
adakah kau tahu itu?
senja yang syurga masih tak seindahmu
angin, bunga dan malam
hilang dan bayang-bayang
masih tak seakrabmu dan kenangan
menghuni bilik hatiku
yang kukemas menjadi buku..

Keindahan Hati..

Indahnya ciptaan Tuhan
Adalah manusia
Yang sempurna
Punya akal
Punya hati
Punya kewarasan
Jadilah manusia
Bukan pada nama sahaja
Tapi selayak sifat dan sikapnya
Manusia ciptaan Allah
Menjadi pewaris yang menjaga
Bumi dan semua yang ada di sekelilingnya
Manusia khalifah Allah
Menjaga kehormatan
Agama dan maruah
Bangsa yang Berjaya.. .

Hati Kemanisan ..

Saat kau berjanji untuk sama-sama menuju bahagia, aku sudah gembira dan percaya.
Tapi akhirnya ada penghalang di akhir kisah kita yang belum selesai ceritanya. Dan penghalang itu adalah hati mu sendiri.
Aku terima. Itu lumrah, hati manusia sifatnya berbolak-balik.

Kelana Hati..

Tidak mengapa jika seringkali dilabelkan sebagai jahat. Kita lebih faham apa yang kita lalui. Dan orang lain takkan faham.
Bukan niat hati tak ingin menyapa atau memandang tapi ada kalanya aku selalu lupa atau ada perkara yang lebih penting untuk aku lakukan. Tapi ingatlah, aku tetap sama pemaaf, pendegar, annoying dan sewaktu dengannya.
Tapi jika diri masih di anggap jahat tidak mengapalah. Manusia kan lebih suka menghukum tanpa terlebih dahulu memahami. Manusia petah berkata kerana bukan mereka yang mengalami.

Ya Allah...
Kuatkan satu hati
Kuatkan satu jiwa
Yang sarat menanggung
Derita hati...
Semoga tabah menghadapi dugaan Mu..
Ku kuat kerana Mu
Ku bangkit kerana Mu
Ku sujud hanya kepada Mu
Restuilah hari-hariku
Yang akan ku tempuhi
Dengan semangat yang tersisa ini...

TulisanTanganPapa. Kepingan Rindu Yang DiKumpul Buat Kamu AnakKu....6.05am


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Jumaat, Oktober 26, 2018

Kesabaran Aku Nipis Seperti Tisu

Kalau Kerap Kali Berulang Ulang Kali Benda Yang Sama Di Buat Jagan Kata Sabar..Lembut Pun Mati

"Sabar Itu Ada Tahapnya"

Setiap manusia dikurniakan sifat marah, kecewa, sakit hati, putus asa dan segala macam sifat yang berkaitan dengan jiwa…tetapi dikurniakan juga penawarnya iaitu sabar. Tahap kesabaran seseorang manusia itu bergantung kepada tahap ujian yang diterimanya.

Namun begitu, sabar bukanlah segala2nya. Kerana al-Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa manusia yang tidak langsung mempunyai sifat marah itu sebenarnya adalah seekor keldai. Manusia perlu marah untuk perkara2 tertentu. Tetapi ianya tidaklah memberi hak kepada seseorang itu untuk bersifat dengan sifat marah terhadap segala perkara. Sebab itulah, marah itu perlu didasarkan pada akal yang waras. Dan sabar juga perlu didasarkan kepada panduan iman dan akal yang waras.

Sekiranya tanpa panduan akal, maka kemarahan seseorang itu bakal menimbulkan bencana kepadanya dan kepada objek yang ditujukan kemarahan itu. Begitu juga kesabaran…sekiranya tidak didasarkan dengan iman dan akal yang waras, maka akan ternampaklah kelemahan dan kekurangan seseorang akibat ‘kesabarannya’ yang tidak langsung membuahkan tindakan.

Maka, marahlah bila perlu…dan bersabarlah ketika perlu.

"Aku Sudah Hilang Kesabaran Sungguh Tercabar..tiap minggu aku tidak dapat bhubung dengan anakku.."

Khamis, Oktober 25, 2018

Muhd Muhayat Afendi Idris|©2012-2018

Close Protection Officer Profesional Tactical.Personel Background / About Portfolio
Nama saya adalah Muhd muhayat dot.dot aka Hyatts Executive,  saya bekas Angkatan Tentera Darat Malaysia dan salah seorang pemakai GEREN BERET GRUP GERAK KHAS (SPECIAL FORCES) miliki beberapa kemahiran dan kepakaran yang boleh digunakan sebagai CPO.Setelah behenti dari ATD saya mencuburi bidang kawalan keselamatan  dalam pasaran.-Berpengalaman dan pentadbiran dan pengurusan operasi melibatkan 350 lebih pekerja dalam 5 cawangan negeri dibawah jagaan pada satu-satu masa. Pernah berkhidmat sebagai Eksekutife Director, Close Protection Office,World Point Security Services Sdn. Bhd Di ampang. Selangor. Safety & Security Department untuk GMP Kaisar security dan Maritim kuala lumpur.selangor. Project Manager Bodyguard Blue Beret Security Services Sdn. Bhd Di kajang, Selangor. Business Marketing Services Seven Forces Sdn. Bhd Di Bangi Selangor. Development/ Operation Senior  Security Manager di GT. Security Services Consulatent.Penang yang menjadikan pengalaman dan kepakaran saya banyak membantu syarikat dalam pembinaan berkembang lebih maju dalam industri kawalan keselamatan dan perlindungan rapat (Close Protection Office) .Pegalaman baru bermula dantelah menjadi serta berada dalam pengurusan pentadbiran industri Close Protection Profesional ini baru sahaja sejak 2012 . saya mempunyai pengalaman dan percapaiyan yang kurang memuaskan diri sendiri. pengalaman cpo meluas dalam pemantauan dan pengawasan pintu-pintu festival kerjaya dan ragamnya prinsip berpacaran,melihat beberapa orang vip yang dihormati di tempat kembali profile yang tinggi dan melindungi  ahli Kerajaan yang berkaitan dengan bakal individu yang agresif 2010 ke 2012. Pada Arjun 2012 ke 2018 Percapaiyan sy pernah di kecam oleh persaingan pasaran Cpo Market Service – PENGURUS OPERASI DAN PEMASARAN Berpengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan operasi, pernah berkhidmat untuk beberapa syarikat terkemuka dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai titik tonggak membangunkan syarikat. lain kerana harga pasaran dibawah siling market dengan CPO berkualiti tinggi dan Intergriti serta harga pasara! bermu Rm 5,000.00 dan membayar gaji CPO Rm 3,000.00 serta menyamun(megambil alih) projek (Pelanggan) persaingan dengan harga lebih rendah RM 5,000.00 ke Rm10,000.00 hahaha Rekod percaiyaan Marketing dan Sale Profit Revanu (TRUNOVER ) Rm 10.1 JUTA setahun Net Profit 30% bersih . -PEGAWAI OPERASI DAN PENTADBIRAN
Betanggungjawab dalam perihal ehwal pentadbiran dan sumber manusia, pengurusan pekerja pemantauan operasi menyeluruh disamping membantu pengurus operasi dalam kerja-kerja berkaitan dengan operasi. Beliau berpengalaman menjaga beberapa lokasi-lokasi pelanggan disamping membina perhubungan baik dengan pelanggan dalam mengambil berat dan memahami permintaan semasa yang relevandan menepati kehendak pelanggan.

- Penal Pembangun Latihan Kemahiran malaysia.Di beri kepercayan dan amanah tanggungjawab sebagai Pembangun Latihan industri dan kini telah diberi pengiktirafan Pembangun kemahiran latihan NOSS LAVEL 3.4 DAN 5 dan kerjaya dalam industri cpo.Ribuan terima kepada founder SEVEN FORCES SB, STS AKADEMI,GT SECURITY SB ,GMP KAISAR SECURITY SB memberi peluang kepada saya berada dalam industri, dari 2012 hingga kini tugasan saya...

-Kenangan terindah diawal perjalan kerjaya
Saya nak cerita kan pengalaman saya dari 3 syarikat berlainan disatu tempat   tetapi boleh bekerja 1 kumpulan dalam 1 hati di Geneva SB setiap hari atau minit kami adalah resiko sangatlah tinggi disini tidak ada pemandu..Yang seronok perebutan jawatan Driver ada yang menyimpan kunci kereta dalam poket,yang merajuk dan yang dibuli...saya paling muda serta Incas dari syarikat dan selalu dibuli oleh mereka hantu betul,,,, yang lain tu berumur senang cakap tua²lah kikiki mereka telah lama dalam industri cpo tetapi mereka pemalas sedikit hahaha mereka hanya nak  buat pemandu sahaja, setiap hari terpaks bersaing untuk dapat kunci kereta,kalau mereka yang dapat saya kepenatan turun naik kereta dan berjam² makan pisang, mereka boleh tidur berjam² lama cis.. LIHAT YANG BEPENGALAMAN TIDAK MALU MENJADI PEMANDU KENAPA YANG DILUAR SANA MALU DENGAN TUGASAN ATAU JAWATAN PEMANDU dan Kenapa jawatan Driver jadi rebutan?? waktu ini kami hendak berehat dan mengambil tenaga serta memastikan kawasan sekitar selamat diwaktu itu, kepercayaan kami letak kepada pemandu bayang kan kenderaan menjadi sunyi seperti van jenazah, setiap hari kami membawa paling sedikit 5kg emas dan paling banyak 100 ke 200 kilo emas dalam sehari hanya Allah yang tahu apa terdetik dihati setaip kami semua walaupun senjata api disisi juga bekemahiran senjata api dan dilatih.  Syukur kepada Allah sehingga syarikat ini ditutup tidak berlakunya peristiwa kehilangan nyawa.. .

Mereka boleh mengatasi apa-apa cabaran yang dipersembahkan sebelum belaku dan pandai menangani ancaman keganasan dari individu yang sangat agresif. Mereka sentiasa profesionalisme dipersembahan seharian kehadiran,  profesionalisme dalam kerahsiaan adalah aspek wajib semua tugasan mereka.

Mereka adalah berdasarkan keperibadian nilai diri, bagaimanapun mereka bersedia untuk mengembara untuk tugasan yang mencabar dan sentiasa terbuka kepada peluang baharu untuk mengembangkan pengalaman mereka.

MEREKA SEMUA PUNYAI MUTU KERJA YANG TINGGI SIKAP SETIAP KAWAN,AMANAH,JUJUR,SETIA. TAHNIAH SEMUA RAKAN SEKERJA DI GENEVA KAMU SEMUA ADALAH CPO YANG TERBAIK DIMASA INI..

#Takenote. Hampa pernah kenakan aku seorang² bawa pulang dari KK KE KL 100kg emas gila betul, tiba di KLIA hampa ramai-ramai ambil aku bagus betul. kalau tak aku bawa lari emas tu kikiki

-Pengiktirafan Industri Bodyguard Negara
Hari ini dikenali sebagai Pegawai Perlindungan Tertutup (CPO) CLOSE PROTECTION OFFICER atau Pengawal Peribadi, Pengiring Peribadi di beri pengiktirafan kerajaan dari Peringkat, 3,4 dan 5 berada seiring Industri lain. Di masa hadapan Kementerian Dalam Negeri , Kementerian Sumber dan Manusia akan membuat Mandatori Akta pekerjaan kepada semua Pengawal Peribadi, Pelindung Dekat dan Pelindung Keselamatan di Malaysia bahawa mereka mestilah Pengawai Peribadi Pelindung Dekat dengan  Lesen-lesen sah sebelum dia boleh mengamalkan Profesin yang sangat mulia di dunia ini. "Kenapa saya katakan ini” kerana SAFE GURDING kehidupan VVIP / VIP / Pelanggan sama ada di dalam atau di luar negara adalah satuJIHAD mereka mengjaga dan berkorban nyawanya sendiri. Salah satu kriteria untuk menjadi PEGAWAI PERLINDUNGAN RAPAT DAN EKSEKUTIF PERLINDUNGAN DEKAT BERLESEN di masa hadapan adalah mereka mesti mempunyai SIJIL SKM 3 / 4 DKM / 5 DLKM sebelum mereka diberi Lesen. Untuk mendapatkan kelulusan daripada KDN, untuk membangunkan NOSS CPO tidak mudah. Mereka di NOSS DIVISION, JPK CYBERJAYA bekerja 24/7 untuk memastikan bahawa NOSS CPO akan diluluskan oleh KDN. Alhamdulilah NOS CPO Tahap 3, 4 dan 5 telah diluluskan oleh Pembangunan Kemahiran Majlis Kebangsaan (NCSD) yang dipengerusikan oleh KSU KSM kami pada 27 Nov 2017 3 hari sebelum Yang Berbahagia PENGARAH KEMENTERIAN TN.HJ.OMAR JUSOF JPK CYBERJAYA bersara daripada jawatan Kerajaan Malaysia selepas 30 tahun dalam Perkhidmatan Awam. kata kata beliau "Saya suka JPK KSM dan saya suka selama-lamanya sehingga saya menutup mata saya dan tidak akan dapat membukanya walaupun saya berusaha keras untuk membuka kerana tidak ada lagi SOUL dalam Tubuh saya."


KEPUTUSAN  KUALITI PENGARAH JABATAN  PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA .

Omar Jusoh 29 Jan jam 12:25: Memori yang tidak boleh dilupakan dengan 9 Pegawai Perlindungan Tertutup (CPD) / Body Guardin Putrajaya pada 21hb. Nopember 2017 hanya 3 hari dari perkhidmatan Kerajaan di mana Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) CPO Level 3. 4 dan Level 5 yang diluluskan oleh majlis Pembangunan Hebat Hebatan (MPHH) / Majlis Kebangsaan Pembangunan Kemahiran (NCSD) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Dengan NOSS atau CPO ini, Kerajaan telah mengiktiraf Proffession CPD yang mulia dan Latihan yang berstruktur yang paling penting boleh dilakukan secara rasmi dan selepas itu mereka boleh dianugerahkan Sijil Hehanalaysia (SHK) / Diploma Hemahiranalaysia (DRM / Diploma Lanjutan Hemahir a Malaysia (DLKM). Kami juga berharap pada masa depan dengan NOSS ini pada CP0 tidak mustahil kerana tidak mustahil malaysia boleh menjadi Pusat Kecemerlangan (COE) untuk Latihan CPO untuk ASEAN / ASIA / APEC dan Global.Copyright © DSD 2017

STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN
(NATIONAL OCCUPATIONAL SKILLS STANDARD)
CLOSE PROTECTION OFFICER
LEVEL 3 , 4 & 5

Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Malaysia All rights reserved. No part of this publication may be produced stored in data base, retrieval system, orinangy form by any means, electronic,mechanical photocopying, recording or otherwise without prior writtenpermission fromDepartment of Skills Development (DSD).

EXPIREINCE :ABOVE 15 Years working experience in Bodyguards Career/Markerting /
In House Training/ TACTICAL Training Provider
Have experience working with company registered under HRDF and TVET.
Able to communicate in Bahasa Melayu.
We experience in In House Training for Security Management, Bodyguards marketing Services,
IT, Office Management or Facilities Management.
Qualified :Communication Skill: 15 years
Training: 5years
Working with company registered under HRDF: 5years
Working with company registered under TVET: 1 years
Provided PPT. PPL, DKLM, Certificate (PSMB): 1 years



Isnin, Oktober 22, 2018

MASA LALU KENANGAN

JIWANYA PILIHAN ALLAH,
"Bila Allah ada didalam hati kamu. Maka, kamu seolah-olah memiliki segala-galanya iaitu kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."💕
Tulisan Kenangan Lalu

Move On ? Kau Mampu ?

Nak move on ni bukan semudah ABC, it's need a big sacrifice from yourself. Dan hal paling utama ialah kau benar-benar bersedia untuk melupakan setelah dilupakan. Kalau kau masih ada rasa cinta, baik pegi tidur. Tak payah nak move on sebab besok mesti kau akan meroyan balik. Hahaha.

So satu ja aku nak pesan, nak move ! Minta doa pada Allah, jaga hati kita. Tetapkan hati kita. Sebab segalanya bermula daripada hati. Maka minta dengan Dia sebab Dialah pemilik segala hati. Setiap kali lepas solat, doa moga dipermudahkan untuk melupakan orang yang banyak menyakitkan kita. Jangan simpan dendam, sebab tu susah nak lupakan. Lupakan dan maafkan, maka mudah untuk kita move on.

Apa pun, nak move on ? Pastikan diri betul-betul bersedia. Okay ? Kau pasti boleh punya !

Perasaan Rindu
Sekian lama rasa ini telah aku simpankan, sukar untuk meluahkan. Segala bait-bait kata yang pernah kau ungkapkan, sering bermain dalam fikiran.

Satu persatu aku menulis ini, kisah perasaan rindu hati. Aku yakin suatu hari nanti kau pasti akan membaca setiap coretan ku di sini.

Walau coretan ini tidak sehebat mana, asalkan kau dapat merasakannya. Rindu ini, sering saja aku ceritakan kepada Ilahi dan diluahkan dalam bait puisi.

Kata hati hanya ingin
Kau bahagia
Kau senyum
Kau ceria
Kau punya segala
Tapi itu cuma kata hati
Sebuah doa untuk mu
insan yang bernama manusia
Apakah erti kata hati
Andai segalanya hanya
Menjadi harapan yang
Kau sekat
Kau halang
Kau abaikan
Kau hilangkan
Daripada mendapat berkat
Menjadi realisasi
Usah berkata kata hati aku
Sekejam itu walhal kau
Yang tetap daif
Hanyut dalam arus fikiran
Yang melemaskan akal sihatmu
Yang mematikan hasrat murni mu
Kerana ia dari hatimu
Kata hati mu...
Pujuklah hati
Agar kembali berseri
Agar mengucap kata hakiki
Buat bekalan hidupmu nanti
💋

Kenangan, pergi jauh please !

Malam ni aku lebih memilih untuk berada di bilik. Seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala, tidak selesa untuk duduk di ruang tamu. Aku duduk di katil, lama ku tenung buku nota di hadapan ku. Dengan secangkir kopi yang mungkin sudah suam, aku meneguk dengan sopan. Pena kembali ku ambil dan cuba untuk menulis setiap perkara yang membuat ku kusut malam ni.

Ku ingat kembali mimpi semalam, "Kenapa aku boleh mimpi dia ? Aku dah move on !" Pantas pena ku buang dan kepala ku letakkan di atas meja. Tanpa di duga, kenangan itu datang bagai angin taufan, menerjah minda aku. 'sakit' itu monolog dalam hati.

Aku bangun dengan pantas tanpa ku perasan tangan ku terpukul secangkir kopi yang tinggal separuh itu. "Arghhhhh ! Buku nota aku habis hitam dan basah terkena kopi ! Ini semua gara-gara kenangan tak guna ni !" Pantas aku mengangkat nota yang penuh puisi itu dan ku letak di dapur. Harapan untuk kering mungkin 10% sahaja.

"Haih ! Apalah malang nasib." Aku berlalu.

Maaf Kerana Tidak Jujur

Kerana setiap kata maaf yang keluar itu tidak boleh dirawat dengan sakitnya hati hasil dari tindakan yang tidak jujur.

Mungkin aku belum pernah berada di tempat mu dan merasakan sakit itu. Ya ! Satu hari nanti aku akan faham. Terima kasih kerana memaafkan.

Ya, aku minta maaf. Sekali lagi. Kerana tidak jujur. Kepada mu.


Tulisankenangan
KENANGAN ZURIAT PERTAMA

[22/10/2018 5:32 AM]
Kerana setiap catatan adalah kenangan. Ya ! Aku tetap hidup dalam kenangan kerana kebahagiaan itu tetap di situ dan kau ! Sumber inspirasi ku.

Himpunan tulisan, & catatan peribadi

Anakku Anakku Masa Lalu

JIWANYA PILIHAN ALLAH [22/10/2018 5:47 AM]

Duhai Anakku Mengertilah

"Bahagia pergi tanpa disuruh...Derita datang tanpa diundang..."

Itulah Sebuah kehidupan...Kadangkala manis kadangkala pahit...kadangkala bahagia, kadangkala derita...kadangkala berjaya, kadangkala gagal...

Perjalanan hidup itu sangat indah walau terkadang sungguh perit utk diharungi...apa yg dilalui itu adalah pengalaman dan pengalaman banyak mengajar kita tentang erti kehidupan akan siapa yg harus kita jadi utk meneruskan hidup...kadang2 dah rasa putus asa tapi akan ada kekuatan yang muncul tanpa diduga dengan tiba2...

Kata-kata semangat, nasihat yg kita bagi ini hanyalah sementara, yang kekal ialah ketabahan hati sendiri...maka hati, bertabahlah utk melalui hari2 yg mendatang...
ITULAH KEHIDUPAN KITA

Anakku..

Hidup ini bagaikan bunga mawar
Di dalamnya ada keindahan yang
Membuatmu bahagia,
Dan ada duri yang kekadang
Membuatmu terluka...

YAKINLAH ANAKKU
Apa yang telah ditakdirkan untukmu
Pasti akan kau raih walaupun engkau lemah.
Dan apa yang ditakdirkan untuk selainmu, maka kau takkan dapat meraihnya dengan segala kekuatanmu”

Tiada yang sempurna selain Allah justeru itu Berhentilah menuntut kesempurnaan dari orang lain...

Tak usah bersedih bila kebaikanmu tidak dihargai. Kerana bila penduduk bumi tidak menghargaimu, maka ada Allah yang akan memberkatimu...

Semua akan berkurang bila kau berkongsi dengan orang lain, kecuali kebahagiaan.dan kebaikan akan bertambah saat kau mahu berkongi dengan orang lain....


Anakku Kasihku..

Jadikan hidup di dunia
sebagai Seorang perantau Kehidupan bedikari ....

Gunakanan mata hati agar
dapat merasai apa tersirat
Disebalik kisah dunia..

Pandanglah keburukan
dengan Pandangan dunia yang suci ....

Agar kita sedar bahawa
kita hanya menyinggah
sahaja di bumi Allah SWT...

Ketika jejak umur
kita berhenti
Maka berakhirlah
sudah semua cerita dunia..

Dengan diri kita ini
sebagai pamerannya
Allah telah memberikan
batas umur kita
Batas nafas berhembus...

Apabila kita mencari dunia,
kita mungkin akan peroleh
kesenangan tetapi tidak
mungkin kita akan
menikmati ketenangan..

Apabila kita mencari akhirat,
insha Allah kita akan menikmati
ketenangan dan kesenangan..

Dunia kampung amal.
Akhirat kampung balasan
Barang siapa tidak beramal
Akan menyesal walau berjuta alasan..

Masalah akhir cerita kehidupan kita
Kita sendirilah yang menjiwainya
Semoga beroleh khusnul khotimah
Dalam petunjuk dan rahmat Allah....
KASIHKU JIWAKU MILIK ALLAH 
"Waktu tidak akan pernah kembali. Do what you can, with the best you have. Spend your time with your family and friends. Love yourself, and never regret. Coz’ time will never come back. Never come back"
#papamenangis

Masa Kini Masa Hadapan

MATI SEBELUM .MATI

Yang dimaksudkan dgn 'Mati sebelum Mati' itu adalah membunuh, mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yg ada pada diri kita itu. .

Buangkan nafsu ini kerana ia 'menghijabkan' hati dgn Allah.

'Diri' itu dimaksudkan ego atau nafsu amarah yg dipergodakan oleh syaitan. Antara tanda2 yg menunjukkan seseorg itu ada 'diri'nya ialah ia ada sifat2: Takabur, Sombong, Hasad Dengki, Tamak Haloba, Mementing diri sendiri, Ujub, Riya’, Kasih pada yg lain dari Allah,

Takutnya kpd yg lain dari Allah melebihi takutnya kpd Allah. Setelah 'diri' telah dimatikan, maka timbullah Allah sbg gantinya.

Berdiri dan nyata Allah dlm hati dan perasaan seseorg itu. Teguh dan nyata lah berdiri Allah dlm sanubarinya dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dgn Allah Yang Maha Esa.

Tiada lain yg dinampakkan kecuali Allah sahaja. Nyata terdirilah Allah padanya dan dinafikan nya yg lain

KaLam
KY
hatikuhatimu

Anakku Anakku

2018|ANAKU KASIHKU

ILMU VS AKHLAK ANAK ANAK KU

Ilmu tinggi + Akhlak rendah = Ego, suka menghukum, suka mengarah, tak boleh ditegur atau dikritik, dia saja Yang betul, pemimpin syok sendiri.

Ilmu rendah + Akhlak tinggi = suka bertanya,  rendah diri, beradab, bakal orang hebat

Ilmu tinggi + Akhlak tinggi = boss Yang disukai, meraikan pandangan, mengurus perbezaan, team work, merendah diri, suka memberi, pemimpin yang dihormati.

Ilmu rendah + Akhlak rendah = bodoh sombong, tak boleh diajar atau dibimbing, asyik salahkan orang lain, biadab.
Jadi Anakku yang Berakhlak Mulia...

Kasihku..
Allah takkan pernah silap dalam mengatur hidup hambaNya Anakku . Bila masanya tiba,maka tersingkap hikmah & indahnya aturan takdir Allah yg jauh lebih baik dr perancangan kita Anakku ..
Semuanya kerana kita merancang dgn cita2 & Allah mengatur dgn CintaNya Kasihku..
Pada takdir
yang masih kelam
Kusandarkan mimpi dan harapan
Semoga apa yang bakal mendatang
Adalah yang terindah
Untuk  pengakhiran sebuah kehidupan Aku bersama Anakku2.

"Rabbi yassir wala tu 'assir, Rabbi tammim bil khair".

Doa Papa Hari Ini
 Ya Allah,akumohon pada mu.. Sembuhkan demamnya Anakku, lapangkan fikir Dan tenangkan fikiran nya, permudahkan lah segala urusan anakku sebagai seorang pelajar,hari ini anakku menghadapi peperiksaan akhir tahun, permudahkan anakku menjawab semua soalan,soalan yang susah di mudahkan serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam pemarkahan peperiksaan nya Ya Allah...ALLAHHUMMA AMIN..

Kalau nak berjaya Anaku 🎓, setiap kali nak jawab exam,

Baca ni;

" Wa Ma Taufiq illa Billah "

Ertinya; "Dan kejayaanku hanya datangnya dari Allah swt."
#insyallah kasihku straight pointer exzam#jagan takut untuk gagal#org yang berjaya bermula dari kegagalan#nak berjaya mesti busaha#secepatnyaakansihatinsyallah #Jaganmenagisanakku
Akan Papa Bina Sepohon Kasih 
K-ASIH SAYANG A-KHLAK S-SIHAT DAN SELAMAT I-ILMU H-HARMONI

TAKDIR DIRIKU MASA BERLALU

Itulah yang dikatakan doa seorang Suami  yang penyabar dan ikhlas merelakan aib dan maruah diri diburukan dulu aku dituduh suami menzalimi,meninaya,jahiliah, dayus,kaki pukul, kaki perempuan, kaki minum arak dan sebagainya kejahatan oleh bekas isteri aku bernama SAPIAH SAED MERSING JOHOR, kononnya, dia berkata benar dan seorang yang lebih sempurna sebagai isteri..
Syukurlah Di hari mulia Raya Haji 1439h ALLAH SWT telah mendengar Doa Ku menutup Aib, Maruah diri dan niat berkahwin kerana Allah swt serta membuktikan bahwa aku  suami yang tidak jahat diluar sana setiap langkah itu untuk mencari rezeki halal bagi keluarga menunaikan amanah allah,,"aku juga pernah berkata kepada ibu kita lihat 5 tahun dari sekarang siapa yang ikhlas niatnya dan tidak benar siapa benar" lihat dunia tidak sampai 5 tahun didunia dah tak diberi balasan itu,BEKAS AKU BARU BKAHWIN PADA 26/7/2018 di Facebook Sek Kem Iskandar IA sebagai Ibu tidak merestui Dan Anak bkahwin dengan janda ..Buat panduan semua tidak perlu kita membalas kejahatan atau kebencian itu dan menyimpan dendam hanya bdoa kepada allah Insyallah sampai masa allah akan tunjukkan kebesaran itu.. Fikirkan masih hidup manusia tidak boleh menerima Bayangkan bila mati nanti adakah bumii ini akan terima...Aku juga berharap sahabat diluar sana jadikan kisah hidup aku sebagai panduan masa depan..Aku kongsi doa dan Hadis riwayat Allah dibawah ini..
"Ya Allah,Sekiranya kerosakan hidupku ini berpunca dari aku engkau jauhkan dia dan anak2 dariku, Kiranya bukan aku puncanya dan penyebabnya engkau berikan balasan kepada dia dengan derita yang anak2ku menderita..Amiinn"
Dalam Islam tidak ada istilal KARMA Yang ada adalah, "aljaza'u min jinsil 'amal "Balasan itu sesual dengan amalan" Maka balasan dari keburukan itu keburukan yang semisalnya (Qs Asy Syura: 40) Syukurlah dengan kesabaran ini allah telah tujukan dan aku katakan Dia Isteri Nusyuz dan Derhaka....@ukiranhatiyangtenang
#isterinusyuz#isteriderharka#maruahaku#sukadulusekarangberduka#dizalimi
Aku Suka ayaht ini
"Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN."

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bermaksud:
“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” – (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami.

Maknanya, taat kepada suami maka, si isteri akan mudah mendapat syurga. Mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah s.w.t.

Yang Cakap Syurga Isteri Bawah Tapak Kaki Suami Adalah Orang Bodoh

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:
“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” – (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban).

Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” – (Riwayat Muslim)

Janganlah disakiti hati suami.., fikir sebelum nak berkata-kata.., kalau tak termasuklah kita dalam golongan di atas ni.

Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :
Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:
“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ maka haram baginya bau syurga.” – (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah s.a.w berikan kepada isteri iaitu dengan hanya Menjaga Solat, Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.

Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki”

Sabda baginda lagi.., “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!”

Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud : “Dan Allah s.w.t mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah s.w.t, lalu Allah perintahkan kepada malaikat:
“Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya.Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”
Sebarkan kepada kawan2 kita yang lain…insyaallah. Aku izinkan

MASA BERLALU

Cerita Aku Masa Dulu
Ada seorang lelaki yang Cintanya seluas langit dan bumi, Kasih sayang nya sedalam lautan, Pengorbanannya sekuat Jihad. Dia adalah cinta pertama, Malaikat tanpa sayap yang selalu menyayangi,Perisai jiwa seharusnya tambatan hati.
Dia tak pernah lelah mencintai, Tak pernah letih memikirkan masa depan,Tak pernah menyerah memperjuangkan kebahagiaan .Entah mengapa dahulu aku sering mengecewakannya, Mengabaikan cintanya, Tak mengendahkan nasihatnya. Padahal, tak ada pundak lain yang dapat aku contohi selain dia,tak ada cinta lain yang dapat mengalahkan kekuatan cinta nya..Ya Rasul Maafkan aku.. Kini kusadari saat semua tidak terlalu terlambat untuk diingat, Kini ku mengerti saat semua terlalu usang untuk dikenang. Kemana saja dulu aku mengabdi? Cinta yang dulu terlantar kini justeru ku nanti, Namun,Waktu tak dapat kembali, Penyesalan pun tiada bererti. Kau menjelma menjadi inspirasi luar biasa, Seniman yang menciptakan karya dengan cinta, Mencetak generasi Islami yang cinta agamanya. Kini, akan ku tanggung beban duniamu, Kini, akan ku teruskan cita-citamu, Kini, akan ku wujudkan segala  dan doamu, Aku takkan lelah berusaha menjadi umatmu yg Soleh, Semoga kelak Syurga lah tempat kita bersua...

#perbanyakanselawat😔

Perubahan Kehidupan

*Persoalan perubahan hidup*
Kehidupan ini satu perjalanan, tidak ada mampak perhentian, Melainkan kematian itu adalah permulaan,
Makin diredah makin parah, liku-liku itu memeritkan,
Penuh dengan persoalan,?
Dugaan dan bebanan,?
 *Kejayaan dan kebahagiaan,*
Kabur dan terang, tidak ada kesudahan tiada jawapan.
Yang ku sangka hidup ini dikatakan sampurna,
Yang ku sangka dunia ini cantik belaka,
Senyum dan ketawa,
Yang diharapkan dan diimpikan semuanya,
Pasti ku genggam dengan jaya,
Tapi yang hadir adalah sebaliknya, *Kenapakah ada tangisan, kekecewaan, kenapakah ada duka,*
 Tak ku ketahui kenapa?, Apakah puncanya,? Lalu ku ingin tahu bagaumana, Mungkinkah ku tersalah langkah?, BERALAH, Mungkinkah ku salah pandang, TERHALANG,
Atau jalan yang ku lalui ini sebenarnya SUSAH,
Atau keputusan mudah menggelabah, SERBA SALAH,
Atau pilihan ku ini sebenarnya sudah awal bermasalah,PENGENALAN DIRI,
 Atau .. Mungkinkah ini masanya untukku Berubah,MELANGKAH SEBELAH KIRI BY-*Muhayat* pada pagi 27 mac18 09Rejab  1439H



Wanita
Jika engkau terlambat menikah, ingatlah kisah *Sayyidatina Khadijah رضي اللَّه عنها* yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi. Dikatakan di antara pandangan Ulama pada ketika usianya 40 tahun.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah *Sayyidatina Maryam* yang sentiasa gigih berjuang hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau punyai suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah *Sayyidatina Asiah* isteri firaun yang tetap tabah memegang iman hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau dimadu tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa *Sayyidatina Aishah رضي اللَّه عنها* telah mengalami itu semua namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau telah diceraikan suamimu maka ingatlah firman Allah, *_"Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."_*

*Wahai Wanita..*

Jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu, jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

*Wahai Wanita..*

Dengarlah agamamu yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.


*Wahai Wanita..*

Dengarlah agamamu yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu, maka ikutilah segala jalan yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

ANAKKU ANAKKU

KASIHKU

[22-10 01:45] 2018 |Hyatts
Kau tahu kasihku?? Setiap ujian yang kamu harus tempuhi itu, ade hikmah DIA ingin memberi kepada kamu.
Sabar lah wahai hati yang kuat. Aku pasti di hujung perjalanan derita kamu ini bakal ada pelangi di hujung nya..
Kebahagiaan kasih sayang papa itu milik kamu walaupun belum di izinkan sekarang  Anakku 🍭
#jaganmenangisanakku

[22-10 01:45] 2018| hyatts
“Papa harus menyibukkan diri setaip masa. Membunuh dengan tega setiap kali kerinduan Kepada kamu itu muncul. Ya Tuhan, berat sekali melakukannya…. Sungguh berat, kerana itu berarti aku harus menikam hatiku setiap detik.”
#Semoga Abang Aqil Cepat Baik Demam #insyallah kamu boleh menjawab soalan #Jaganmenangisanaku

[22-10 01:45] 2018|Hyatts
Disaat kau merasa sedih,
ingatlah bahawa tiada Tuhan yang melainkan Allah yang senantiasa bersama dengan mu..
saat kau berduka,
ingatlah bahawa solat itu tempat untuk melepaskan segala bebanan melalui doa doa yang tersimpan jauh disudut hati kecil mu..
dan disaat kau menangis,
ingatlah bahawa setiap airmata yg menitis..adalah tanda terlepasnya bebanan yang telah engkau pendam selama

Anakku Anakku

Secebis Doa di Hujung waktu Usiaku..

Hari-hari yang kamu lalui
Tidak seindah dulu
Kian sepi
Kian sunyi
Kian menagisi
Siang bagai tiada mentari
Seakan gelap malam menyelubungi diri.

Sejak papa berpisah tinggalkan Dia...
Kamu sendiri melalui hari²
Dengan kesabaran,sendirian bersama adikmu diusia Semuda ini yang kian
Jalanan bagai onak nan berduri,
Melingkari tiap langkah kaki
tatkala berdiri.

Langkah kamu tak semudah dulu,
Hidup kamu tak seindah selalu,
Tetapi papa tahu
Kamu kuat Anakku,
Kerna masih ada doa mengiringi kamu,
Kerna masih ada harapan
Disandarkan utuk kamu,
Dari papa kata2 kasih untuk kamu,
Yang tak pernah jemu
Menemani hidup kamu
Hingga akhir waktu.

Tabahnya hati kamu dengan ujian illahi,
Seorang Anakku yang taat,
yang kental jiwanya,
Cekal harungi ujian illahi
Yang mehanrungi  warna warni kehidupan tampa papa,
Di setiap Hari Dan Waktu  papa kirimkan
Sekalungan doa buat kamu Anakku,
papa teriringan sentiasa bersama kamu anakku .

Di akhir waktu ini
Aku tetap megirim doa restu buat kamu,
Kerana ku tahu
Doaku beribu rahmat
Berjuta berkat
Buat pelayaran hidup kamu Berdua kasihku,Cintaku Akan
Aku kirimkan hingga ke akhir hayatku Kasihku. ..
Kumohon Maaf Menjadi Ayah Yang Baik...Maafkan Aku..ABANG&ADIK
Disaat kau merasa sedih,ingatlah bahawa tiada Tuhan yang melainkan Allah yang senantiasa bersama dengan mu..saat kau berduka,ingatlah bahawa solat itu tempat untuk melepaskan segala bebanan melalui doa doa yang tersimpan jauh disudut hati kecil mu..dan disaat kau menangis,ingatlah bahawa setiap airmata yg menitis..adalah tanda terlepasnya bebanan yang telah engkau pendam selama



#papamenangis

ANAK_ANAKKU

Kesedihan yang kita rasa ini adalah ujian dari Allah.

kesedihan ini adalah cara-Nya untuk mengembalikan kita kepada jiwa fitrah, jiwa hamba.

 Mungkin ada ketikanya kita lalai dari mengingati DIA, dan lupa untuk beristighfar dan bertaubat. Lalu DIA turunkan ujian.

Tapi ujian tu bukan kerana DIA benci. DIA mahu kita kembali pada DIA, sebab DIA masih sayang kita.

Semua perkara yang berlaku, sudah Allah tuliskan di langit. Dan kenapa Allah nyatakan dalam kitab-Nya begitu?

Sebab Allah tak mahu kita berdukacita atas apa-apa perkara yang terlepas atau telah berlalu.

Allah nak kita tahu, takdir milik DIA.
Dan kita punya masa untuk berbuat sesuatu, selagi ada nafas.

Semuanya Allah jadikan bersebab.
Walau kita tak tahu apa hikmahnya, kita kena sabar. Pastikan akan nampak hikmahnya.

Ujian ini juga peringatan, agar di masa hadapan, kita tak terlalu yakin dengan yang belum pasti.

Kita merancang, DIA menentukan.

Moga kita akan lebih mengenal Tuhan, mengenal diri sendiri dan mengenal makna cinta melalui tiap ujian yang dikirim-Nya.


#Kumenangis
Kau tahu kasihku?? Setiap ujian yang kamu harus tempuhi itu, ade hikmah DIA ingin memberi kepada kamu. .Sabar lah wahai hati yang kuat. Aku pasti di hujung perjalanan derita kamu ini bakal ada pelangi di hujung nya..Kebahagiaan kasih sayang papa itu milik kamu walaupun belum di izinkan sekarang  Anakku 🍭
#jaganmenangisanakku

Jumaat, Oktober 05, 2018

Pertemuan Adalah Takdir Illahi.

Ada orang yang datang dalam hidup kita sebagai rahmat dan lain-lain datang ke dalam hidup kita sebagai pengajaran dan pembelajaran sebuah kehidupan seharian kita.
Sesiapa pun berhak untuk datang dan pergi dalam hidup ini. Ketika mereka datang dan kemudian pergi jangan merungut jangan kecewa jangan menyalahkan sebaliknya nilailah diri sendiri yang terlalu mudah membuka hati untuk mempercayai.
Ada yang datang dan pergi dalam hidup kita. Yang dahulunya hanya insan biasa tapi kini menjadi istimewa di hati sekelip mata. Namun yang indah tak selamanya sentiasa bersama kita. Itu la  lumrah  manusia ,Siapa pun mereka di hati kita dahulu atau kini, semoga aliran doa itu sentiasa ada...

Semoga Allah merahmati kebahagiaan itu..

Rabu, Oktober 03, 2018

"Nafkah isteri x sama dgn duit belanja bulanan rumahtangga ye abang2 sume... Kena declare mana nafkah khas untuk isteri, mana perbelanjaan rumahtangga.."
Wang Nafkah Bulanan Isteri: 😊

*********************************
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh anakku melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.
.
"Kenapa Papa kena bagi duit kat umi?" Aqil masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.

"Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Abang. Nanti Aqil dah jadi suami pun, Aqil pun kena beri duit kat isteri".
Kena belajar ilmu kehidupan & kewajipan.

"Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la...".

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada jugak LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak memberi nafkah buat isteri itu WAJIB sbb BUAT TAK TAHU.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan BERDOSA.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM500, berilah RM400. Jika tak mampu juga, berilah RM300. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

"Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik,lain² bil abang bayar yer?"

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

"Sayang, sayang halalkan bil astro yang sayang bayarkan bulan ni yer!" Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK AMBIL TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK AMBIK TAHU mengenai perkara ini. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 8 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula AMBIL TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Gaji Aku dNi Bahagi Dua Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife... Anda jawab sendiri...)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga

™Kini Ianya Sebuah Kenangan Masa Lalu Yang Berlalu..©
Semoga Allah merahmati kamu..