MENU UTAMA 📝

Isnin, Oktober 22, 2018

MASA LALU KENANGAN

JIWANYA PILIHAN ALLAH,
"Bila Allah ada didalam hati kamu. Maka, kamu seolah-olah memiliki segala-galanya iaitu kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."💕
Tulisan Kenangan Lalu

Move On ? Kau Mampu ?

Nak move on ni bukan semudah ABC, it's need a big sacrifice from yourself. Dan hal paling utama ialah kau benar-benar bersedia untuk melupakan setelah dilupakan. Kalau kau masih ada rasa cinta, baik pegi tidur. Tak payah nak move on sebab besok mesti kau akan meroyan balik. Hahaha.

So satu ja aku nak pesan, nak move ! Minta doa pada Allah, jaga hati kita. Tetapkan hati kita. Sebab segalanya bermula daripada hati. Maka minta dengan Dia sebab Dialah pemilik segala hati. Setiap kali lepas solat, doa moga dipermudahkan untuk melupakan orang yang banyak menyakitkan kita. Jangan simpan dendam, sebab tu susah nak lupakan. Lupakan dan maafkan, maka mudah untuk kita move on.

Apa pun, nak move on ? Pastikan diri betul-betul bersedia. Okay ? Kau pasti boleh punya !

Perasaan Rindu
Sekian lama rasa ini telah aku simpankan, sukar untuk meluahkan. Segala bait-bait kata yang pernah kau ungkapkan, sering bermain dalam fikiran.

Satu persatu aku menulis ini, kisah perasaan rindu hati. Aku yakin suatu hari nanti kau pasti akan membaca setiap coretan ku di sini.

Walau coretan ini tidak sehebat mana, asalkan kau dapat merasakannya. Rindu ini, sering saja aku ceritakan kepada Ilahi dan diluahkan dalam bait puisi.

Kata hati hanya ingin
Kau bahagia
Kau senyum
Kau ceria
Kau punya segala
Tapi itu cuma kata hati
Sebuah doa untuk mu
insan yang bernama manusia
Apakah erti kata hati
Andai segalanya hanya
Menjadi harapan yang
Kau sekat
Kau halang
Kau abaikan
Kau hilangkan
Daripada mendapat berkat
Menjadi realisasi
Usah berkata kata hati aku
Sekejam itu walhal kau
Yang tetap daif
Hanyut dalam arus fikiran
Yang melemaskan akal sihatmu
Yang mematikan hasrat murni mu
Kerana ia dari hatimu
Kata hati mu...
Pujuklah hati
Agar kembali berseri
Agar mengucap kata hakiki
Buat bekalan hidupmu nanti
💋

Kenangan, pergi jauh please !

Malam ni aku lebih memilih untuk berada di bilik. Seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala, tidak selesa untuk duduk di ruang tamu. Aku duduk di katil, lama ku tenung buku nota di hadapan ku. Dengan secangkir kopi yang mungkin sudah suam, aku meneguk dengan sopan. Pena kembali ku ambil dan cuba untuk menulis setiap perkara yang membuat ku kusut malam ni.

Ku ingat kembali mimpi semalam, "Kenapa aku boleh mimpi dia ? Aku dah move on !" Pantas pena ku buang dan kepala ku letakkan di atas meja. Tanpa di duga, kenangan itu datang bagai angin taufan, menerjah minda aku. 'sakit' itu monolog dalam hati.

Aku bangun dengan pantas tanpa ku perasan tangan ku terpukul secangkir kopi yang tinggal separuh itu. "Arghhhhh ! Buku nota aku habis hitam dan basah terkena kopi ! Ini semua gara-gara kenangan tak guna ni !" Pantas aku mengangkat nota yang penuh puisi itu dan ku letak di dapur. Harapan untuk kering mungkin 10% sahaja.

"Haih ! Apalah malang nasib." Aku berlalu.

Maaf Kerana Tidak Jujur

Kerana setiap kata maaf yang keluar itu tidak boleh dirawat dengan sakitnya hati hasil dari tindakan yang tidak jujur.

Mungkin aku belum pernah berada di tempat mu dan merasakan sakit itu. Ya ! Satu hari nanti aku akan faham. Terima kasih kerana memaafkan.

Ya, aku minta maaf. Sekali lagi. Kerana tidak jujur. Kepada mu.


Tulisankenangan
KENANGAN ZURIAT PERTAMA

[22/10/2018 5:32 AM]
Kerana setiap catatan adalah kenangan. Ya ! Aku tetap hidup dalam kenangan kerana kebahagiaan itu tetap di situ dan kau ! Sumber inspirasi ku.

Himpunan tulisan, & catatan peribadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AMARAN PENAFIAN:
Blogger Id tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang Pendapat diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung pemilik akaun sendiri.
Muhasabah:
Setiap kali kita update status kita,
Atau komen kepada status di halaman sahabat kita, Itulah lambang keperibadian kita. Orang lain mampu membaca tentang akhlak kita.Usah biarkan jari jemari menulis Warna warni yang hodoh di wajah rupa kita.
Indahkan pandangan mata manusia
Dan Dia dengan lukisan tinta yang kita
Catatkan di update status atau komen kita. Tinggalkan yang bermanfaat
Setelah ketiadaan kita nanti.
Hubungi untuk keterangan lanjut
📞http://wa.me/60195502099/
📧muhayatafendi.gmail.com
📨muhayatafendi@yahoo.com