Kata Hari...
Bersendirian aku melihat bulan,
Merenungi setiap episod yang sudah tertinggal..
Adakala ku lihat kebahagian,
Adakala yg lain ku lihat kesakitan,
Cuba juga ku intai kesamaran cahaya yg menerangi kegelapan malam..
Masih adakah lagi ruang untukku singgah sebentar.??
Jika ruangan itu masih "terbuka"dan "ada"..
Mohon tinggalkan kekalutan dunia untuk sementara waktu....
Berikan sdikit waktu untuk berjumpa dgn Tuhan..
Ada kata2 untukku simpulkan..
Sesudah segalanya baik2 sahaja..
Aku pasti pulang...
Hati Indah;
Aku kehilangan cerita di sini
ketika mentari begitu indah di penjuru langit
kata-kata bertengkar dengan angin dan bunga
tak ingin mengalah antara sesama
ingin mencoretkan kalimat sempurna
dan mencumbu senja dengan romantisnya
harus kukatakan apa pada mereka
ketika malam geram cemburu
deras mengejar waktu
seakan ingin membunuh penantianku
yang terlalu rindu
adakah kau tahu itu?
senja yang syurga masih tak seindahmu
angin, bunga dan malam
hilang dan bayang-bayang
masih tak seakrabmu dan kenangan
menghuni bilik hatiku
yang kukemas menjadi buku..
Keindahan Hati..
Indahnya ciptaan Tuhan
Adalah manusia
Yang sempurna
Punya akal
Punya hati
Punya kewarasan
Jadilah manusia
Bukan pada nama sahaja
Tapi selayak sifat dan sikapnya
Manusia ciptaan Allah
Menjadi pewaris yang menjaga
Bumi dan semua yang ada di sekelilingnya
Manusia khalifah Allah
Menjaga kehormatan
Agama dan maruah
Bangsa yang Berjaya.. .
Hati Kemanisan ..
Saat kau berjanji untuk sama-sama menuju bahagia, aku sudah gembira dan percaya.
Tapi akhirnya ada penghalang di akhir kisah kita yang belum selesai ceritanya. Dan penghalang itu adalah hati mu sendiri.
Aku terima. Itu lumrah, hati manusia sifatnya berbolak-balik.
Kelana Hati..
Tidak mengapa jika seringkali dilabelkan sebagai jahat. Kita lebih faham apa yang kita lalui. Dan orang lain takkan faham.
Bukan niat hati tak ingin menyapa atau memandang tapi ada kalanya aku selalu lupa atau ada perkara yang lebih penting untuk aku lakukan. Tapi ingatlah, aku tetap sama pemaaf, pendegar, annoying dan sewaktu dengannya.
Tapi jika diri masih di anggap jahat tidak mengapalah. Manusia kan lebih suka menghukum tanpa terlebih dahulu memahami. Manusia petah berkata kerana bukan mereka yang mengalami.
Ya Allah...
Kuatkan satu hati
Kuatkan satu jiwa
Yang sarat menanggung
Derita hati...
Semoga tabah menghadapi dugaan Mu..
Ku kuat kerana Mu
Ku bangkit kerana Mu
Ku sujud hanya kepada Mu
Restuilah hari-hariku
Yang akan ku tempuhi
Dengan semangat yang tersisa ini...
TulisanTanganPapa. Kepingan Rindu Yang DiKumpul Buat Kamu AnakKu....6.05am
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
AMARAN PENAFIAN:
Blogger Id tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang Pendapat diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung pemilik akaun sendiri.
Muhasabah:
Setiap kali kita update status kita,
Atau komen kepada status di halaman sahabat kita, Itulah lambang keperibadian kita. Orang lain mampu membaca tentang akhlak kita.Usah biarkan jari jemari menulis Warna warni yang hodoh di wajah rupa kita.
Indahkan pandangan mata manusia
Dan Dia dengan lukisan tinta yang kita
Catatkan di update status atau komen kita. Tinggalkan yang bermanfaat
Setelah ketiadaan kita nanti.
Hubungi untuk keterangan lanjut
📞http://wa.me/60195502099/
📧muhayatafendi.gmail.com
📨muhayatafendi@yahoo.com