https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Jumaat, Mac 08, 2019

Syukur..

"Duduk sendirian. Saya selalu berfikir. Macam mana kalau kita ini ditakdirkan hidup, menjalani kehidupan seperti orang lain. Mungkin seperti orang - orang yang kita kagumi dari segi hartanya yang banyak, atau mungkin Tuhan kurniakan dia bakat suara yang sedap, paras rupa persis seorang model. Punyai ramai orang yang suka dengan dia. Yang memuja dengan kehidupan dia"

"Agak - agak macam mana ya"

"Mungkin kita tak perlu fikir nak gigih kerja dari pukul 8 - 5 petang. Buat kerja part time hujung minggu untuk dapatkan rezeki tambahan. Atau korbankan waktu hujung minggu untuk sambung belajar, semata dengan niat bakal beroleh jawatan besar kelak. Tak perlu susah - susah semua ini. Atas alasan kita ini dah dikurniakan bakat dan peluang"

"Mungkin senang"

"Tapi itulah kita"

“Kadang kala, suka berfikir untuk hidup seperti orang lain. Sibuk dengan angan - angan menjadi orang lain. Meneliti kehidupan orang lain sehingga terlupa dengan kehidupan sendiri. Yang Tuhan dah berikan setiap detik dan waktu, masalah - masalah yang hadir untuk kita selesaikan. menghargai setiap perjalanan hidup sendiri yang Tuhan dah aturkan"

"Kita terlepas pandang untuk ambil pengajaran dan belajar dengan apa yang tuhan beri untuk hidup kita sendiri"

"Saya rasa Tuhan memang tak pernah salah. Meletakkan kita, mungkin di antara orang - orang yang biasa sahaja, keluarganya biasa - biasa, tidak kaya raya. Boleh jadi kita ini, kalau kaya, sombong, lupa diri, zalim dengan orang miskin, nak pandang pun tak nak, apatah lagi memberi sedikit bantuan"

"Dan kita diminta oleh Tuhan untuk mencari duit, mencari rezeki, atas sebab kita tidak mampu untuk memiliki apa yang kita nak waktu kita kecil dulu. Mungkin sebab ini, kita menjadi orang - orang yang hatinya baik"

"Mungkin juga kita ini, kalau ada rupa paras yang cantik. Sifat riak, ujub dan takbur dalam diri tak dapat dielakkan. Seolah kita paling cantik dalam dunia, mengenepikan terus kawan - kawan yang tidak punya kelebihan seperti kita"

"Dan atas sebab itu kita tidak ada semua ini, kita bebas berkawan dengan sesiapa pun. Tidak memilih. Dan kita kekal tenang menjalani setiap inci kehidupan kita"

"Dan kalau kita ini. Kadang - kadang rasa miskin, tiada duit nak pergi tengok wayang, waima nak beli apa yang kita suka, palingkan wajah, lihat orang yang jauh lagi susah. Dia mungkin, seumur hidup dia, nak dapatkan air minuman bersih pun, terpaksa merayu dengan orang lain"

"Kita ini, selalu pandang dan pasang impian nak jadi macam orang lain. Tapi sebenarnya, jauh di sudut kehidupan sana, ramai orang berharap nak menjadi macam kita"

"Boleh pergi belajar, mampu berkerja, beli telefon baru, apa pun"

"Semoga kita ini sentiasa bersyukur"

"Dan apa yang Tuhan kurnia dalam hidup kita hari ini, lebih dah dari harapan kita selama ini"

belajar menjadi lebih bersyukur.




SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Tiada ulasan: