https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA : Perubahan Kehidupan

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Isnin, Oktober 22, 2018

Perubahan Kehidupan

*Persoalan perubahan hidup*
Kehidupan ini satu perjalanan, tidak ada mampak perhentian, Melainkan kematian itu adalah permulaan,
Makin diredah makin parah, liku-liku itu memeritkan,
Penuh dengan persoalan,?
Dugaan dan bebanan,?
 *Kejayaan dan kebahagiaan,*
Kabur dan terang, tidak ada kesudahan tiada jawapan.
Yang ku sangka hidup ini dikatakan sampurna,
Yang ku sangka dunia ini cantik belaka,
Senyum dan ketawa,
Yang diharapkan dan diimpikan semuanya,
Pasti ku genggam dengan jaya,
Tapi yang hadir adalah sebaliknya, *Kenapakah ada tangisan, kekecewaan, kenapakah ada duka,*
 Tak ku ketahui kenapa?, Apakah puncanya,? Lalu ku ingin tahu bagaumana, Mungkinkah ku tersalah langkah?, BERALAH, Mungkinkah ku salah pandang, TERHALANG,
Atau jalan yang ku lalui ini sebenarnya SUSAH,
Atau keputusan mudah menggelabah, SERBA SALAH,
Atau pilihan ku ini sebenarnya sudah awal bermasalah,PENGENALAN DIRI,
 Atau .. Mungkinkah ini masanya untukku Berubah,MELANGKAH SEBELAH KIRI BY-*Muhayat* pada pagi 27 mac18 09Rejab  1439H



Wanita
Jika engkau terlambat menikah, ingatlah kisah *Sayyidatina Khadijah رضي اللَّه عنها* yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi. Dikatakan di antara pandangan Ulama pada ketika usianya 40 tahun.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah *Sayyidatina Maryam* yang sentiasa gigih berjuang hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau punyai suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah *Sayyidatina Asiah* isteri firaun yang tetap tabah memegang iman hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau dimadu tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa *Sayyidatina Aishah رضي اللَّه عنها* telah mengalami itu semua namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

*Wahai Wanita..*

Jika engkau telah diceraikan suamimu maka ingatlah firman Allah, *_"Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."_*

*Wahai Wanita..*

Jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu, jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

*Wahai Wanita..*

Dengarlah agamamu yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.


*Wahai Wanita..*

Dengarlah agamamu yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu, maka ikutilah segala jalan yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Tiada ulasan: