https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA : Kesabaran Aku Nipis Seperti Tisu

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Jumaat, Oktober 26, 2018

Kesabaran Aku Nipis Seperti Tisu

Kalau Kerap Kali Berulang Ulang Kali Benda Yang Sama Di Buat Jagan Kata Sabar..Lembut Pun Mati

"Sabar Itu Ada Tahapnya"

Setiap manusia dikurniakan sifat marah, kecewa, sakit hati, putus asa dan segala macam sifat yang berkaitan dengan jiwa…tetapi dikurniakan juga penawarnya iaitu sabar. Tahap kesabaran seseorang manusia itu bergantung kepada tahap ujian yang diterimanya.

Namun begitu, sabar bukanlah segala2nya. Kerana al-Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa manusia yang tidak langsung mempunyai sifat marah itu sebenarnya adalah seekor keldai. Manusia perlu marah untuk perkara2 tertentu. Tetapi ianya tidaklah memberi hak kepada seseorang itu untuk bersifat dengan sifat marah terhadap segala perkara. Sebab itulah, marah itu perlu didasarkan pada akal yang waras. Dan sabar juga perlu didasarkan kepada panduan iman dan akal yang waras.

Sekiranya tanpa panduan akal, maka kemarahan seseorang itu bakal menimbulkan bencana kepadanya dan kepada objek yang ditujukan kemarahan itu. Begitu juga kesabaran…sekiranya tidak didasarkan dengan iman dan akal yang waras, maka akan ternampaklah kelemahan dan kekurangan seseorang akibat ‘kesabarannya’ yang tidak langsung membuahkan tindakan.

Maka, marahlah bila perlu…dan bersabarlah ketika perlu.

"Aku Sudah Hilang Kesabaran Sungguh Tercabar..tiap minggu aku tidak dapat bhubung dengan anakku.."

Tiada ulasan: