https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Selasa, Disember 25, 2018

Ada 2 jenis SABAR:

Sabar dalam melakukan ketaatan, sabar dalam menahan diri dari melakukan kejahatan.

Ada lelaki, taat solat, taat puasa, jaga nafkah isteri dan sebagainya, tapi tak dapat sabar dari mengurat wanita yang dilihatnya cantik dan berkenan di hati. Bergejolak rasa hati nak menghampiri dan berkenalan lebih jauh dan jauh dan jauhh lagi..

Ada pulak wanita dapat menolak gangguan dan godaan, pandai menjaga diri dari bergaul bebas mahupun bergurau senda dengan lelaki2 lain di tempat kerja, tapi masya Allah, malasnya nak dirikan solat, tutup aurat pun liat dan payah.

Sabar mentaati suruhan tapi tak sabar dalam menjauhi larangan.

Sabar menjauhi larangan tapi tak sabar mentaati suruhan.

Dua-dua jenis sabar ini memang susah. Tapi, antara dua jenis sabar ini, sabar menjauhi larangan lebih susah.

Semua orang mahu masuk syurga, tapi lupa pulak nak hindar neraka..

Teruskan berjuang melawan nafsu bagi menegak perintah Allah dan menghindar laranganNya. Saya tahu ia tidak mudah...semua orang sedang berjuang dalam diri melawan ujian-ujian kesabaran ini.

Bagaimana?

1. Tambah ilmu
2. Tingkat iman
3. Berlatih dan terus berlatih. Kadang kalah kadang berjaya, usah putus asa.


SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Tiada ulasan: