"Perbaiki dulu tauhid amal diri dan dekatkan diri dengan Allah".Saya menulis coretan melalui cerita kecil ini..Hanya penulis kehidupan yang diluluskan dan mahu anak-anak saya tahu saya seorang pahlawan dalam kehidupan mereka dan menuangkan kandungan tulisan fikiran dan pandangan kehidupan ini buat panduan mereka..@papahyatts ©2008-2019|MasaLalu|MasaKini|MasaDepan|LightofLife|@hyatt's
Sabtu, November 03, 2018
Aku duduk menghadap telefon bimbit, sambil menikmati kopi yang baru siap dibancuh.
Pada saat ini minda aku berputar pada satu hal yang mengejutkan aku sejak beberapa hari yang lalu.
Satu hal yang aku pernah doakan dahulu, kini dah termakbul. Kalau orang lain jadi aku, mesti sudah tersenyum puas kerana dendam sudah terbalas.
Namun, tidak bagi aku. Aku tanya diri aku, gembirakah aku? Setelah apa yang aku doakan itu, diri aku tetap sama, cuma berada di tempat yang berbeza.
Aku fikir, kalau sudah dianiaya, aku doa perbuatan buruk dibalas buruk, Tuhan akan balas orang itu. Tapi sebenarnya, bila aku sudah mendoakan, hanya tumbuhkan dendam dalam hati aku.
Sehingga sekarang aku tidak tahu aku sudah boleh maafkan atau tidak. Yang pasti, apa yang aku buat sekarang, terasa macam tersekat. Bak kata orang putih, ‘something missing’.
Aku jadi hilang konfiden. Rasa dibelenggu. Terasa macam berlaku kifarah juga untuk aku dan juga kifarah untuk mereka.
Tapi orang kata, life must go on. Mungkin dah tiba masanya aku jernihkan kembali apa yang keruh.
Jadi, luahan ni aku bukan semata-mata tulis, juga nak ingatkan pada korang.
Dalam dunia ini memang bermacam ragam manusia. Memang doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan. Tapi tanyalah hati, adakah kita nak tumbuhkan rasa dendam?
Bila ada dendam itu yang buat apa jua benda yang kita buat hari-hari rasa tersekat. Macam ada benda yang tak selesai.
Orang yang berdendam tak bahagia. Hidup sia-sia sebab tak mampu harmonikan hubungan. Kalau meninggal pun, lepas hisab, tetap ada dendam pada orang.
Hidup harmoni pun kunci kesejahteraan hidup. Selagi berdendam, selagi itu menunjukkan aku masih tak redha pada apa yang telah berlaku.
Aku belajar sesuatu.
Tulisa tangan lalu
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Sabtu, November 03, 2018
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam. Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis dan Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran/Perkhidnatan Perlindungan Rapat (Bodyguard) Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri untuk CPO/CBG(Bodyguard) yang berpengalaman dan calon perlindungan rapat mahir.NOTA: Jangan lupa anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi yang anda perlu untuk perniagaan dan keluarga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan