ANAKKU ANAKKU
6 HARI TELAH BELALU AKU MENUNGGU UNTUK MENDENGAR SUARA MU..
Biar hina di mata manusia
Jangan hina di mata Allah
Biarpun hebatmu tiada tara
Tewas bukan tanda beralah
Diam seribu bahasa
Tiada luahan dari jiwa
Andai hati tersiksa
Doa tulus ubat duka
Teguh iman kerana taqwa
Solat yang 5 tiada henti
Iman taqwa akan di bawa
Jadi penyelamat di sana nanti
Tanam padi di tengah bendang
Sudah di tuai menjadi jerami
Sahabat ada susah dan senang
Dialah sebenarnya anugerah Ilahi
Burung Tempua bersarang tinggi
Mencakar awan tidak tergapai
Azam menggunung lagi berbudi
Berkat usaha pasti tercapai nanti
Hujung kuku
Hujung jari pantas menyusun huruf-huruf
Menjadi perkataan
Merungkai persoalan yang timbul di fikiran bulan bganti bulan
Soalan yang sama juga sejak hati mu berubah begitu jahil
Hujung jari tetap menyantuni papan kekunci
Menaip ayat lagi
Meluah sedikit rasa memecah sunyi di hati
Betapa dirimu telah menzalimi aku dan anakku
Hujung jari ini bukan sendiri
Hujan lebat menitis keluar dari parit derita si pancaindera bernama mata
Sendu terusik lagi tanpa di minta
Hujung jari semakin perlahan menzahirkan
Rintihan jiwa yang semakin penat menjadi sesat
Meraba dalam gelap yang tidak bercahaya
Hujung jari berhenti...
Kau mengambil kesakitan nya kembali...
Tidak kenang Jasa
Akan ku kenangi mu
Seperti dahulu
Berapa tahun berlalu
Wajah polos itu begitu
Ku bukan juri untuk menilaimu
bukan juga arif untuk
Memberi ulasan mu
Akan ku kenangi mu
Bukan atas tag orang jahat
Tapi seorang insan yang terlalu bingai tentang perasaan
Terlalu naif soal perhatian
Bukan penghinaan tapi kenyataan
Akan ku kenangi kamu
Sebagai sampah kekasih
Sebagai musuh ku yang abadi
Walaupun kau menolak
Mengenang sememangnya terselit banyak kenangan
Yang akan ku simpan dalam ingatan..
MENYENTUH RASA
Sakit dijiwa menyentuh rasa
Sebak didada ku menahan duka
Hadir dirimu tak pernah dipaksa
Jauh darimu buat aku bahagia
Engkau hadir hanya menambah luka
Bukan penawar tapi racun berbisa
Cukup hentikanlah permainan bodoh
Biarkan kasih pergi berlalu
Rindu rinduku bukan lagi buatmu
Sayang sayang telahpun menglayang
Pergilah hilangkan jejak bayangan
Biarkan ku bebas diawangan
Menyunting mewangi dijambangan
Agar terhapus setiap kenangan bodoh
Dari bjanji tak kesampaian.
Tuhan
Mungkin saat ini Kau sedang tersenyum memandangku dari atas sana, meski aku tak mampu melihatmu dengan mata butaku
Tuhan
Aku datang dalam keremangan hati tak berpenghuni, senyap
Sepotong berkarat dan tak utuh lagi
Tuhan
Aku malu
Aku malu selalu datang dalam kerapuhanku
Aku malu kerana selalu mengadu padamu
Tuhan
Aku bodoh
Aku bodoh kerana sombongku, merasa kuat tanpa tumpangmu
Tuhan
Mungkin Kau sedang tersenyum kini
Saat telapak tanganku masih mengnadah padaMu..
Tuhan
Ku pinta padamu mu
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
"Perbaiki dulu tauhid amal diri dan dekatkan diri dengan Allah".Saya menulis coretan melalui cerita kecil ini..Hanya penulis kehidupan yang diluluskan dan mahu anak-anak saya tahu saya seorang pahlawan dalam kehidupan mereka dan menuangkan kandungan tulisan fikiran dan pandangan kehidupan ini buat panduan mereka..@papahyatts ©2008-2019|MasaLalu|MasaKini|MasaDepan|LightofLife|@hyatt's
Ahad, Oktober 28, 2018
ANAKKU
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Ahad, Oktober 28, 2018
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam. Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis dan Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran/Perkhidnatan Perlindungan Rapat (Bodyguard) Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri untuk CPO/CBG(Bodyguard) yang berpengalaman dan calon perlindungan rapat mahir.NOTA: Jangan lupa anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi yang anda perlu untuk perniagaan dan keluarga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan