https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Khamis, Julai 01, 2021

Doa Memohon Perlindunga Daripada Wabak Covid-19. (Dalam Rumi Dan Terjemahan)

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak Covid 19 Dalam Rumi Dan Maksudnya | 

Salam semua, dari tahun 2020 lalu memang tak seindah yang disangka. Bila Allah turunkan ujian satu dunia yang kena. Kita yang sebagai muslim, kena lah reda dan sabar atas ujian Allah. Yang sis risau sekarang ini, makin hari makin lama kes dah cecah dalam 5K sehari. Kalau dulu, tak terbayang pun kes nak naik sampai 1K sehari.


Doa memohon perlindungan daripad wabak covid 19


Dalam fikiran ini terbayang macam - macam, teringat petugas barisan hadapan yang bekerja keras untuk membendung wabak Covid - 19. Teringat juga buat pesakit yang sedang dirawat akibat terkena jangkitan Covid - 19. 


Lagi sedih, bila lihat statistik untuk kematian pun nampak makin meningkat walaupun tak banyak. Tapi jauh di sudut hati ni kan, terasa sedih bagi pihak keluarga si mati. Kita yang tak kena ni, bersyukurlah Allah masih pelihara lagi kita, yang terkena jangkitan Allah nak uji.


Sis doakan semoga semua yang masih dalam rawatan, semoga diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala. 


Dalam kita berusaha untuk membendung wabak Covid 19, jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah. Jadi, sis nak kongsikan kat sini doa memohon perlindungan daripada Wabak Covid - 19 beserta maksudnya. 


Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID - 19

Doa memohon perlindungan daripada wabak covid - 19


‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bacaan Dalam Rumi : 

Bismillahi ladhi la yadurru maas mihi shaiun fil-ardi wa la fis-sama'i, wa Huwas-Samiul-Alim


Maksudnya :
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)



‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

Bacaan Dalam Rumi : 

Allahumma inni a'uzu bika minal -barasi, wal- jununi, wal juzami, wa min sayy'il-asqam


Maksudnya : 
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Kita tidak tahu sampai bila Covid - 19 ini akan berakhir, semoga Allah angkat dan pergi jauh - jauh. Sama - sama kita jaga SOP dan hidup dalam norma baru. Jom sama - sama kita amalkan doa ini ya.

Doa Dan Amalan Harian Bagi Menghadapi Pandemik Covid-19

Doa dan amalan harian bagi menghadapi pandemik Covid-19

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan membelenggu penduduk dunia tanpa penemuan sebarang vaksin yang boleh menghapuskan virus ini.  Susulan itu, masyarakat...

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan membelenggu penduduk dunia tanpa penemuan sebarang vaksin yang boleh menghapuskan virus ini.  Susulan itu, masyarakat dididik dengan pengamalan norma baharu bagi menghalang penularan wabak ini.

Di samping mematuhi langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), umat Islam disaran untuk berikhtiar melalui doa dan amalan-amalan harian. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang bersabar.”

Doa adalah lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati daripada seorang hamba kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Antara doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah yang dikongsi oleh para alim-ulama   bersandarkan kepada hadith riwayat Tirmizi iaitu Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa melihat seorang tertimpa bala, kemudian dia berdoa..Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang Dia timpakan kepadamu (berupa penyakit) dan (segala puji baginya) yang telah melebihkan aku atas hamba-hambaNya, Siapa membaca doa ini, nescaya dia akan diselamatkan dari bala itu selama dia hidup.”

Dari Anas berkata, “Biasa Nabi membaca doa yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung diri padamu daripada (penyakit) gila, kusta, penyakit kulit dan segala penyakit yang buruk (berbahaya)’.”

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang membaca.. (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”

Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu..(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.”

Di samping doa yang warid daripada nabi, kita juga boleh mengamalkan doa-doa yang diamalkan oleh mufti kerajaan negeri di Malaysia seperti doa berikut yang diamalkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusof Hj. Ahmad:

“Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang.”

Mufti Terengganu pula menganjurkan bacaan doa berikut: “Ya Allah, kalau ada wabak dalam negeri kami, engkau hancurkan, kalau ia dalam masyarakat  kami, engkau  musnahkan,  kalau  ia  dalam  keluarga kami, engkau hindarkan, kalau ia dalam diri kami, engkau lontarkan”.

Di samping berdoa, umat Islam juga disarankan untuk sentiasa solat hajat dan melazimi qunut nazilah agar wabak ini dapat terhapus. Doa qunut nazilah hendaklah dibacakan ketika menunaikan solat fardu iaitu doa untuk menghindari wabak dan penyakit. Kita juga disarankan untuk mengamalkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Antara selawat yang disarankan adalah selawat syifa’ dan selawat tafrijiah.

Selain daripada selawat ke atas Rasulullah S.A.W, kita juga boleh beramal dengan zikir dan wirid yang telah diamalkan oleh para salafussoleh yang mana ia boleh menjadi perisai buat kita agar dihindari daripada segala penyakit atau perkara-perkara yang tidak baik.

 Di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan, doa dan amalan yang diamalkan dapat menguatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Kelebihan amalan harian ini juga dapat membantu jiwa Muslim untuk kekal tenang dan sentiasa mengharapkan kebergantungan kita kepada Allah SWT.

 



Isnin, April 20, 2020

Bila Isteri Tanya

Bila isteri tanya, maka jgn sesekali menipu...

Sebenarnya sikap org perempuan ni, bila dia tanya tu bukan bermaksud dia tak tahu...kebanyakan soalan-soalan yg ditanya tu jawapannya dah ada, dia dah tahu...cuma cara dia nak uji kejujuran kita adalah melalui sebuah pertanyaan...

"Lewat abg balik, keje byk ke kat pejabat...?"

Klu btol byk keje, maka YA kita tu bunyi confidence...klu xbyk keje, kita balik awal then melencong sblum smpai rumah, maka YA kita tu bunyi teragak2 dan gagap sedikit...

Kita takut utk bertentangan mata, peluh mula membasahi dahi dan kita cuba utk mengalihkan topik dgn bertanya,

"Anak2 mana? Makanan dah siap?"

Lalu kita cepat2 masuk ke bilik dan menguruskan diri...mgkin kita ingat dah selamat, walhal sebenarnya tidak...

Dia mgkin dah tahu ke mana yg kita tuju sebelum sampai ke rumah, cumanya atas asbab tidak ingin menimbulkan pergaduhan, maka dia layan...terima jawapan si suaminya seolah2 dia tidak tahu apa2...

Org pompuan ni pelik sbb dia boleh membuatkan lelaki gelabah biawak dgn cara pandangan, pertanyaan ataupun riak mukanya...

Klu jawapan itu tidak memuaskan hati atau tidak seiringan dgn naluri, apa yg dirasakannya, maka akan ada pertanyaan kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah dia berpuas hati dgn jawapan yg diberi...

So, please avoid drpd bercakap bohong dan berselindung...lebih baik berterus terang dan bagi dia tahu drpd menipu...

Ini lebih menjaminkan ketenangan dan kesejahteraan hidup kita sebagai seorang suami...

Jika isteri tak bleh tegur kita, maka siapa lagi yg boleh?

Org tua kita? Adik beradik kita?

Mereka tidak tinggal sekali dgn kita...jika mereka tinggal sekali dgn kita pun, mereka tidak tahu perangai sebenar kita sbb kita tak tunjuk apa dan siapa diri kita yg sebenar pd mereka...

Tapi kita tunjuk pd isteri...kita tinggal dgn isteri, kita tidur sekatil dan sebantal dgn isteri...

Jadi, sekiranya teguran isteri itu mencalarkan ego kita sebagai suami, menjatuhkan kedudukan kita sebagai suami, maka siapa lagi  yg boleh tegur kita?

Sampai bila2 kita takkan boleh memperbaiki diri, bermuhasabah diri andaikata tiada siapa pun yg boleh menegur diri kita sendiri...

Sentiasa merasakan diri tu betul dan sentiasa merasakan diri itu tidak salah...maka, tunggulah saja teguran dari Allah s.w.t yg mana lebih dahsyat dan lebih besar kesannya drpd teguran dr org2 disekeliling...

Nak perbaiki sifat dan sikap pasangan, maka mulakanlah dgn perbaiki solatnya...

Solat itu akan mendidik hatinya...

Org yg dirinya dekat dgn Allah, org yg hatinya sentiasa berpaut pd Allah, org yg sentiasa mengingati Allah, maka hatinya akan menjadi bersih...

Hati yg bersih akan membawa kepada akhlak yg baik...Sifat dan sikap seseorang itu bergantung kpd apa yg ada didalam hatinya...

Ajak dia solat, sentiasa mengingati dia utk solat serta tegur dan nasihatilah dia jika dia tidak solat...

"Bagaimana jika dia dah solat, tapi masih bercakap bohong, masih berbuat jahat, masih panas baran dan sebagainya...?"

Check balik solatnya...mendirikan solat itu semua org boleh buat, tp memahami apa kandungan ayat2 yg dibaca didalam solat tersebut dan mematuhi rukun2 solat itu tak ramai yg mampu buat...

Klu dia faham apa yg dia buat, kejahatan dan sifat2 mazmumah itu akan meninggalkan dirinya...


  • Coretan|Tulisan| ✍️Menulis: Coretan tangan dunia maya sebati menjadi sahabat sejak aku sukar untuk meluah perasaan saat tiada siapa mahu mendengarkan dan memahami sebuah pengorbanan hati manusiawi. Membaca coretan nukilan dan tulisan karya orang lain adalah cara yang terbaik untuk aku terus perbaiki corak penulisanku. Aku ambil perkataan yang menarik dan aku ciptakan ayat sendiri.. Selain itu, aku suka melihat kehidupan orang lain membuatkan hidupku dalam kehidupan mereka. Lantas menciptakan moment yang indah untuk aku tuliskan. Namun inilah corak coretan penulisan Ia sederhana, dan mampu membuat orang lain faham saat menumpang teduh rohani. ✍️👣 ✍️Menikah: Penikah bukanlah hanya untuk bahagia, karena bahagia hakikatnya harus selalu berada dalam setiap benak fikiran manusia. Bahagia itu bukan tentang kesenangan, senyuman, atau bahkan tawa. Tapi atas rasa syukur, karena kita hidup atas takdir-Nya, maka terimalah setiap takdir dari-Nya. 🤲Berdoalah: Tawakal pada Allah swt agar dia miliki jiwa pilihan Allah swt, biarlah cinta kerana Allah swt bukan kerana nafsu semata mata diduniawi. Jika Jiwanya mikik Allah swt yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk jiwaku, niscaya rasa cinta itu akan Allah swt tanamkan dalam diri kita.Tugasku bukan mencari jiwamu.💚 "Hari ini akan berlalu, masa depan misteri sudah menunggu". ✍️Tidak mudah mencari yang hilang. Tidak mudah mengejar impian. Namun yang lebih susah mempertahankan penikhan yang ada, kerna walaupun sudah digenggam adakalanya terlepas juga... ✍️Jika kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.. ✍️Jika bahagiaku bukan Kerna aku sempurna, tapi Kerna aku belajar menjadi yang terbaik. Sungguh kita tak kan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala karuniaan-Nya... "Izinkan hatiku untuk mengikhlaskan, memaafkan dan mensyukuri apapun yang terjadi" "Memaafkan memang tidak mengubah masa lalu, tapi pasti akan memperindah masa depan mereka" Wallahualam.. BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU💭

Rabu, Februari 26, 2020

Aku mencintaimu kerana Allah


Aku mencintaimu kerana Allah
Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Barang siapa memiliki tiga sifat ini, nescaya ia akan merasakan menisnya iman iaitu :

mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya.

mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabiladilemparkan ke dalam neraka.”

FITRAH

Rata-rata golongan manusia termasuk para dai’e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

LAYAKKAH?

“Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah s.w.t.”

Persoalannya, adakah kita sudah mencintai Allah?. Mencintai Allah bermaksud mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Ramai yang sudah mencintai insan lain seawall umur 12 tahun, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri sendiri?. Jawapannya terdapat pada hubungan itu sama ada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.

Firman Allah :
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya (Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?.
(QS 45:23)

FAHAMI

Cinta ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan ‘contact’ badan iaitu pergaulan bebas. Ingatlah, cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan nafsu semata, sebernarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan. Yang menghairankan bahawa umat Islam pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya?. Kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina akibat ‘islamphibia’.

Pesanku

“ Berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jahat, buruk dan cacat. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan.”

PERATURAN CINTA!

hendaklah cinta itu didasarkan pada cinta Allah.

pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hokum Allah yang dilanggar.

“ Tidak perlu bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak perlu berbalas-balas kerlingan kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.”

Hayati firman Allah melalui lidah kekasihnya, Rasulullah :
“..jika seorang hambaNya menahan keinginannya dan sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya mengikut jalan yang halal.”

CINTA SEJATI

Pakar psikologi berkata, “cinta itu komitmen, tanggungjawab dan amanah.”Menurut kamus dewan ke IV, cinta merujuk kepada perasaan atau berperasaan sangat berahi, asyik, kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan, perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu. Cinta itu terlalu abstrak dan bersifat maknawi dan amat universal.
Hukama ada berkata,“cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikkan dan tidak berkurang kerana kesalahan.”Cinta sejati itu dialirkan oleh Allah ke dalam hati, ia muncul dari dalam ke luar iaitu dari hati turun ke mata dan anggota lain. Oleh itu, cinta tidak akan di’tidak’kan tetapi ia hanya perlu pengawalan yang ketat.

Nabi s.a.w bersabda :

“ Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya.”

TANDA ANDA SUDAH BERSEDIA ?

Berniat untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Punyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang telah diharamkan agama.

Lulus fardhu ain dan mempunyai tahap akademik yang baik dalam pengajian atau pekerjaan yang tetap. Kepada yang masih belajar, boleh melakukan nikah khitbah.

Istiqomah menjaga solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim/muslimah sejati dalam erti kata yang sebenar.

Matangkan diri kerana orang yang matang ialah mereka yang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang tenang.

JADI SOLEH BUKAN CARI SOLEHAH

Firman Allah :
“ Wanita wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik. Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.
 (QS 24:26)

“ Cinta yang dicari adalah lebih baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.”

“ Kecantikkan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”

Rasulullah bersabda :

“ Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepadanya bahawa ia mencintainya.

Ya Rahman Ya Rahim 
"Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu Bila Dia tak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya"



Coretan|Tulisan| ✍️Menulis: Coretan tangan dunia maya sebati menjadi sahabat sejak aku sukar untuk meluah perasaan saat tiada siapa mahu mendengarkan dan memahami sebuah pengorbanan hati manusiawi. Membaca coretan nukilan dan tulisan karya orang lain adalah cara yang terbaik untuk aku terus perbaiki corak penulisanku. Aku ambil perkataan yang menarik dan aku ciptakan ayat sendiri.. Selain itu, aku suka melihat kehidupan orang lain membuatkan hidupku dalam kehidupan mereka. Lantas menciptakan moment yang indah untuk aku tuliskan. Namun inilah corak coretan penulisan Ia sederhana, dan mampu membuat orang lain faham saat menumpang teduh rohani. ✍️👣 ✍️Menikah: Penikah bukanlah hanya untuk bahagia, karena bahagia hakikatnya harus selalu berada dalam setiap benak fikiran manusia. Bahagia itu bukan tentang kesenangan, senyuman, atau bahkan tawa. Tapi atas rasa syukur, karena kita hidup atas takdir-Nya, maka terimalah setiap takdir dari-Nya. 🤲Berdoalah: Tawakal pada Allah swt agar dia miliki jiwa pilihan Allah swt, biarlah cinta kerana Allah swt bukan kerana nafsu semata mata diduniawi. Jika Jiwanya mikik Allah swt yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk jiwaku, niscaya rasa cinta itu akan Allah swt tanamkan dalam diri kita.Tugasku bukan mencari jiwamu.💚 "Hari ini akan berlalu, masa depan misteri sudah menunggu". ✍️Tidak mudah mencari yang hilang. Tidak mudah mengejar impian. Namun yang lebih susah mempertahankan penikhan yang ada, kerna walaupun sudah digenggam adakalanya terlepas juga... ✍️Jika kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.. ✍️Jika bahagiaku bukan Kerna aku sempurna, tapi Kerna aku belajar menjadi yang terbaik. Sungguh kita tak kan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala karuniaan-Nya... "Izinkan hatiku untuk mengikhlaskan, memaafkan dan mensyukuri apapun yang terjadi" "Memaafkan memang tidak mengubah masa lalu, tapi pasti akan memperindah masa depan mereka" Wallahualam.. BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU💭

Isnin, Februari 03, 2020

Rahsia Kejayaan Usahawan

Rahsia Kejayaan Usahawan
7 Tip Kejayaan Bisnes dan Motivasi Syed Mukhtar Al Bukhary
Sejak dari kecil, beliau sudah memahami betapa pentingnya erti kejayaan dalam kehidupan.
Kejayaan yang akan mengubah hidup diri serta keluarganya. Yakni mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seorang usahawan kaya dan berjaya.
Beliau adalah Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.
Seorang usahawan Melayu yang cukup dikenali di mata masyarakat.
Kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada golongan para usahawan. Namun apakah rahsia kejayaannya? Apakah prinsip kehidupan yang dipegang oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dalam perniagaannya?
Berdasarkan analisis yang dikongsikan oleh beliau sepanjang kehidupannya berniaga, terdapat 7 tip kejayaan yang penting untuk diamalkan oleh para usahawan iaitu:
#1 – Usaha dan Tekun, Serta Sedar Ia Memakan Masa
Kejayaan itu prinsip asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula memerlukan fokus, yakni membawa maksud kepada ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam perniagaan.
Dalam masa sama, usahawan perlu sedar tentang faktor masa. Dalam perniagaan, masa untuk memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah berbeza-beza.
#2 – Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri
Usahawan yang hebat lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke tahap yang lebih baik. Dalam satu kajian yang dibuat, usahawan yang menggunakan kekuatan mereka untuk membangunkan perniagaan bukan sahaja mudah untuk berjaya.
Malah mereka akan mencapai tahap hidup yang bahagia dan kepuasan terhadap perniagaan yang dibangunkannya.
Buku Now Discover Your Strength yang ditulis oleh Mack Buckingham adalah buku rujukan yang bagus untuk para usahawan mengenal pasti apa kekuatan dalam diri mereka.
Manakala para pekerja atau rakan niaga boleh digunakan bagi mengatasi kelemahan diri.

#3 – Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Perniagaan
Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sering menyatakan, kejayaan dalam perniagaan tidak mempunyai jalan singkat. Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.
Tambah beliau, orang yang lemah akan mengaku kalah. Bagi usahawan yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang pemilik bisnes yang lebih baik.
#4 – Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes
Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan.
Ia hanya menjadi salah satu daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan estim diri. Kesilapan usahawan yang memulakan perniagaan untuk hidup mewah, akan membawa mereka kepada lembah hutang yang tidak berkesudahan.
Selain daripada Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sendiri yang mengakui tentang isu ini, lagenda dunia teknologi dan gajet, Steve Jobs turut menyatakan,
“Perniagaan itu akan lebih berjaya dan hebat apabila kita melakukan apa yang kita cintai. Bukan tertakluk pada kemewahan semata-mata.”
#5 – Pangkat Dunia Juga Bukan Motivasi Perniagaan
Adakah kita berniaga kerana mahu memegang jawatan atau pangkat yang tinggi dalam syarikat?
Semua itu tidak mustahil. Namun kepuasan yang sebenar tidak bergantung pada ia semata-mata. Menurut beliau, sebab-sebab usahawan itu berjaya terletak pada:
· Keinginan yang kuat untuk hidup bebas.
· Ingin mencapai matlamat bebas kewangan.
· Ingin mengubah dunia menjadi lebih baik.
· Ingin mengisi jawapan kepada masalah yang dihadapi masyarakat.
#6 – Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah
Walau apa jua cara yang kita usahakan dalam perniagaan, matlamat utama kita sebagai usahawan (khususnya yang beragama Islam) adalah mengingati bahawa setiap rezeki yang diturunkan itu adalah milik Allah.
Justeru itu, apabila kita memperoleh kejayaan walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan kebajikan mengikut kemampuan agar kita memperoleh lebih banyak punca rezeki.

#7 – Berbisnes Kerana Agama
Dalam Islam, agama ini menuntut penganutnya untuk melakukan perniagaan. Kerana dengan perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang halal lebih banyak.
Dengan perniagaan, kita mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak. Dengan perniagaan juga, kita mempunyai masa yang lapang untuk menunaikan ibadat-ibadat wajib dan sunat.
Oleh kerana prinsip-prinsip ini, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dilihat sebagai usahawan Melayu Islam yang begitu menonjol di mata dunia. Justeru itu, mengamalkan tip-tip yang dikongsikan beliau ini dapat meningkatkan keyakinan kita untuk lebih berjaya dalam perniagaan.

Sabtu, Februari 01, 2020

SUAMI YANG MENCIUM BAU SURGA!

SUAMI YANG MENCIUM BAU SURGA

”Saya terima nikahnya....Sipulan Binti.... dengan mas kawin Rm......di bayar tunai....”.Singkat, padat dan jelas.
Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut?Itu tersurat. Tetapi apa pula yang tersirat?
Yang tersirat ialah :Artinya: ”Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang ia jadikan isteri) dari ayah dan ibunya
Dosa apa saja yang telah dia lakukan. Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan sholat. Semua yang berhubungan dengan si dia (perempuan yang ia jadikan isteri), aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung.
Serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku”.juga sedar,sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawab, maka aku fasik, dan aku tahu bahwa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yg akan menarik aku masuk kedalam Neraka Jahanam..
Dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku.

Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ".Jika aku GAGAL (si Suami) ?”Maka aku adalah suami yang fasik,ingkar dan aku rela masuk neraka. Aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku”.
(HR. Muslim)

Duhai para isteri...Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu.
Karna saat Ijab terucap, Arsy-Nya bergoncang karna beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH S.w.t,dengan disaksikan para malaikat dan manusia.
"Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu,maka itupun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu"...
Semoga... ini untuk pengalaman yang sudah bernikah maupun yang belum bernikah...
'Subhanallah....
beratnya beban yang di tanggung suami. Bukankah untuk meringankan tanggungjawabnya itu bererti seorang isteri harus patuh,taat kepada suami,menjalankan perintah ALLAH S.w.t dan menjauhi larangan-Nya? Juga madarsah mendidik putra-putri kamu nanti agar mengerti tentang agama dan tanggungjawab mereka.
Semoga kita semua menjadi seorang Ayaha,Ibu dan orang tua yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kamu kelak dengan agama dan cinta, kasih sayang sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah,mawaddah,dan warahmah.
Aamin Yaa Rabbal'alaminn...
Sahabat semoga kita selalu dalam lindungan-Nya yang dilimpahkan rezeki,kesihatan,kebahagiaan,keselamatan dan kemudahan untuk selalu beribadah kepada-Nya..
"Ya Allah, muliakanlah sahabat-sahabat Kami, Berikanlah Kami pasangan yang setia dan solehah,mewujudkan keluarga sakinah mawaddah warahmah.
Kelak masukkanlah Kami bersama-sama disurga yang terindah.."Aamiin Ya Robbal Alamin..

Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1
(satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka
walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)
Subhanallah...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yang bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan sehari - hari.Insyallah Aamiin  ...


Coretan|Tulisan| ✍️Menulis: Coretan tangan dunia maya sebati menjadi sahabat sejak aku sukar untuk meluah perasaan saat tiada siapa mahu mendengarkan dan memahami sebuah pengorbanan hati manusiawi. Membaca coretan nukilan dan tulisan karya orang lain adalah cara yang terbaik untuk aku terus perbaiki corak penulisanku. Aku ambil perkataan yang menarik dan aku ciptakan ayat sendiri.. Selain itu, aku suka melihat kehidupan orang lain membuatkan hidupku dalam kehidupan mereka. Lantas menciptakan moment yang indah untuk aku tuliskan. Namun inilah corak coretan penulisan Ia sederhana, dan mampu membuat orang lain faham saat menumpang teduh rohani. ✍️👣 ✍️Menikah: Penikah bukanlah hanya untuk bahagia, karena bahagia hakikatnya harus selalu berada dalam setiap benak fikiran manusia. Bahagia itu bukan tentang kesenangan, senyuman, atau bahkan tawa. Tapi atas rasa syukur, karena kita hidup atas takdir-Nya, maka terimalah setiap takdir dari-Nya. 🤲Berdoalah: Tawakal pada Allah swt agar dia miliki jiwa pilihan Allah swt, biarlah cinta kerana Allah swt bukan kerana nafsu semata mata diduniawi. Jika Jiwanya mikik Allah swt yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk jiwaku, niscaya rasa cinta itu akan Allah swt tanamkan dalam diri kita.Tugasku bukan mencari jiwamu.💚 "Hari ini akan berlalu, masa depan misteri sudah menunggu". ✍️Tidak mudah mencari yang hilang. Tidak mudah mengejar impian. Namun yang lebih susah mempertahankan penikhan yang ada, kerna walaupun sudah digenggam adakalanya terlepas juga... ✍️Jika kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.. ✍️Jika bahagiaku bukan Kerna aku sempurna, tapi Kerna aku belajar menjadi yang terbaik. Sungguh kita tak kan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala karuniaan-Nya... "Izinkan hatiku untuk mengikhlaskan, memaafkan dan mensyukuri apapun yang terjadi" "Memaafkan memang tidak mengubah masa lalu, tapi pasti akan memperindah masa depan mereka" Wallahualam.. BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU💭