https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Jumaat, Januari 19, 2024

TIP HADAPI PEPERIKSAAN

Kejayaan anak-anak dalam peperiksaan bergantung kepada prestasi mereka sewaktu dalam peperiksaan.  

Segala persediaan menjadi sia-sia dan anak-anak kecewa apabila mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik sedangkan mereka sudah pun bertungkus lumus belajar.

​Bayangkan setelah berusaha belajar perkara berikut berlaku sewaktu peperiksaan:

  1. Apa yang dihafal dan dibaca boleh lupa.
  2. Panik dan tiba-tiba 'blank'.  Tak tahu apa-apa.
  3. Dada berdebar-debar dan berdegup kencang secara keterlaluan.
  4. Kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku hinggakan soalan mudah pun boleh salah.
  5. Tidak membaca arahan dengan betul hingga salah menjawab.
  6. Hilang fokus dan tidak dapat menjawab dengan baik.
  7. Terlalu fikirkan sangat tentang keputusan peperiksaan hingga tertekan.
Selalu kita dengar, ada pelajar yang gurunya dan ibu bapanya dapat semua A tetapi apabila keluar keputusan peperiksaan, sebaliknya pula yang berlaku. Kasihan kan? Perkara yang hanya boleh dilakukan ketika itu hanyalah reda dan terima sahaja sebagai takdir. Kita lupa, ada ketikanya, keputusan sebegitu berlaku disebabkan kegagalan pelajar itu sendiri mengurus diri dan emosinya ketika menjawab soalan.  

Berikut adalah tip menghadapi peperiksaan agar keputusan yang diumumkan nanti setimpal dengan usaha yang diberikan.

* Pastikan alat tulis semuanya lengkap dan pensil semua telah diasah tajam. Beli lebih pensil dan elakkan membuang masa dengan mengasah pensil pada masa peperiksaan. Pastikan juga slip peperiksaan dan kad pengenalan telah diletakkan sekali dengan alat tulis yang mahu dibawa itu.
* Tidur awal dan bangun awal. Ramai pelajar cuba belajar disaat-saat akhir dan jadi 'burung hantu'. Apabila tidak cukup tidur, akan sakit kepala dan otak tidak tajam sewaktu peperiksaan. Jangan lupa baca doa dan berwuduk sebelum tidur.
* Mohon restu dan doa ibu bapa. Selepas solat subuh, terus jumpa ibu bapa dan mohon mereka doakan. Mohon diampunkan segala dosa dan kesalahan sebab selama ini tanpa sedar anak-anak banyak mengguris hati ibu bapa.  
* Pastikan ambil sarapan pagi. Otak memerlukan tenaga yang banyak ketika berhadapan dengan peperiksaan. Sebab itulah, jika ibu bapa perasan, anak-anak keletihan selepas habis menjawab soalan peperiksaan. Jadi pastikan anak-anak bersarapan dahulu. Sekurang-kurangnya ambil dua biji telur Omega separuh masak, dua keping roti dan segelas air coklat atau susu.
* Ambil 'supplement' untuk otak. Pemakanan minda yang baik sangat membantu prestasi anak-anak ketika menjawab soalan. Antara pemakanan yang bagus untuk otak ialah kurma, kismis, zaffaran, delima, habatussauda, madu lebah, gingko biloba, badam, zaitun, soya dan seumpamanya. Memang susah untuk anak-anak kita ambil semua pemakanan tersebut dan tidak mungkin mampu makan kesemuanya itu. Untungnya, hari ini sudah ada pemakanan minda seperti JuzQ30 (saya sangat rekomen produk ni) yang mengadunkan semua bahan-bahan tersebut. Satu sudu JuzQ30 sahaja kepekatannya sama seperti mengambil 20 biji kurma!
* Bawa bekal air kosong. Air kosong sangat membantu kesegaran dan kecerdasan otak. Bawa bersama air kosong untuk diminum terutamanya semasa rehat. Badan memerlukan lebih kurang 1.5 liter air setiap hari.
* Pastikan sampai awal ke sekolah. Pergi ke tandas walau pun tidak begitu terasa untuk buang air. Sebab apabila jantung berdegup kencang ketika masuk dewan peperiksaan, masa itulah perut terasa memulas.  
* Usah berbincang sebelum masuk dewan. Ucah cari tekanan yang tidak perlu. Apabila berbincang sebelum masuk kelas dan kita tidak tahu apa yang dibincangkan ia bakal mencetus perasaan risau. Fokus kepada apa yang telah dibaca dan dipelajari. Pastikan apa yang telah dibaca itu kita ingat.
* Jika jantung berdegup terlalu kencang, tarik nafas dalam-dalam, fikir positif dan berikan diri dengan kata-kata positif. Otak perlukan oksigen untuk berfikir. Dengan menarik nafas dalam-dalam dan tahan seketika anda membekalkan oksigen yang cukup kepada otak.
* Dengar arahan daripada guru betul-betul. Usah sibuk buat kerja lain. Pastikan anda faham arahan yang disampaikan.  
Ketika duduk terus catatkan formula atau kata kunci penting agar tidak terlupa pada kertas kosong yang disediakan. Jika ada formula atau fakta-fakta yang baru dihafal eloklah dicatatkan segera pada kertas yang disediakan agar tidak lupa.  
* Pastikan baca arahan pada kertas soalan. Fahamkan arahan yang diberikan itu. Mungkin ada soalan yang wajib dijawab.  
* Ambil masa untuk imbas dahulu semua soalan-soalan yang keluar. Dengan cara itu anda dapat merancang untuk jawab soalan yang mana dahulu. Mulakan dengan soalan yang anda pasti dapat jawab dengan baik. Misalnya, mulakan dengan menjawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
* Baca soalan sampai habis sebelum mula menjawab. Malah baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dengan menggaris setiap kata kunci yang penting. Sudah menjadi tabiat segelintir pelajar yang menjawab soalan tanpa membaca soalan betul-betul kerana terlalu yakin dengan diri.
* Beri masa untuk semak setiap jawapan. Pastikan semua soalan telah dijawab dan ditanda. Sediakan mada dalam lima minit terakhir untuk menyemak semula jawapan.  
* Simpan kertas soalan setelah selesai. Tidak perlu buat semakan sebab tiada apa lagi yang boleh diubah. Kita tidak mahu nanti perasaan terganggu untuk berhadapan dengan kertas peperiksaan seterusnya setelah mengetahui banyak kesilapan telah dilakukan semasa menjawab kertas peperiksaan sebelumnya.

Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi

Khamis, Januari 18, 2024

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Khamis, Julai 01, 2021

Doa Memohon Perlindunga Daripada Wabak Covid-19. (Dalam Rumi Dan Terjemahan)

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak Covid 19 Dalam Rumi Dan Maksudnya | 

Salam semua, dari tahun 2020 lalu memang tak seindah yang disangka. Bila Allah turunkan ujian satu dunia yang kena. Kita yang sebagai muslim, kena lah reda dan sabar atas ujian Allah. Yang sis risau sekarang ini, makin hari makin lama kes dah cecah dalam 5K sehari. Kalau dulu, tak terbayang pun kes nak naik sampai 1K sehari.


Doa memohon perlindungan daripad wabak covid 19


Dalam fikiran ini terbayang macam - macam, teringat petugas barisan hadapan yang bekerja keras untuk membendung wabak Covid - 19. Teringat juga buat pesakit yang sedang dirawat akibat terkena jangkitan Covid - 19. 


Lagi sedih, bila lihat statistik untuk kematian pun nampak makin meningkat walaupun tak banyak. Tapi jauh di sudut hati ni kan, terasa sedih bagi pihak keluarga si mati. Kita yang tak kena ni, bersyukurlah Allah masih pelihara lagi kita, yang terkena jangkitan Allah nak uji.


Sis doakan semoga semua yang masih dalam rawatan, semoga diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala. 


Dalam kita berusaha untuk membendung wabak Covid 19, jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah. Jadi, sis nak kongsikan kat sini doa memohon perlindungan daripada Wabak Covid - 19 beserta maksudnya. 


Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID - 19

Doa memohon perlindungan daripada wabak covid - 19


‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bacaan Dalam Rumi : 

Bismillahi ladhi la yadurru maas mihi shaiun fil-ardi wa la fis-sama'i, wa Huwas-Samiul-Alim


Maksudnya :
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)



‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

Bacaan Dalam Rumi : 

Allahumma inni a'uzu bika minal -barasi, wal- jununi, wal juzami, wa min sayy'il-asqam


Maksudnya : 
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Kita tidak tahu sampai bila Covid - 19 ini akan berakhir, semoga Allah angkat dan pergi jauh - jauh. Sama - sama kita jaga SOP dan hidup dalam norma baru. Jom sama - sama kita amalkan doa ini ya.

Doa Dan Amalan Harian Bagi Menghadapi Pandemik Covid-19

Doa dan amalan harian bagi menghadapi pandemik Covid-19

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan membelenggu penduduk dunia tanpa penemuan sebarang vaksin yang boleh menghapuskan virus ini.  Susulan itu, masyarakat...

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan membelenggu penduduk dunia tanpa penemuan sebarang vaksin yang boleh menghapuskan virus ini.  Susulan itu, masyarakat dididik dengan pengamalan norma baharu bagi menghalang penularan wabak ini.

Di samping mematuhi langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), umat Islam disaran untuk berikhtiar melalui doa dan amalan-amalan harian. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang bersabar.”

Doa adalah lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati daripada seorang hamba kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Antara doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah yang dikongsi oleh para alim-ulama   bersandarkan kepada hadith riwayat Tirmizi iaitu Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa melihat seorang tertimpa bala, kemudian dia berdoa..Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang Dia timpakan kepadamu (berupa penyakit) dan (segala puji baginya) yang telah melebihkan aku atas hamba-hambaNya, Siapa membaca doa ini, nescaya dia akan diselamatkan dari bala itu selama dia hidup.”

Dari Anas berkata, “Biasa Nabi membaca doa yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung diri padamu daripada (penyakit) gila, kusta, penyakit kulit dan segala penyakit yang buruk (berbahaya)’.”

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang membaca.. (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”

Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu..(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.”

Di samping doa yang warid daripada nabi, kita juga boleh mengamalkan doa-doa yang diamalkan oleh mufti kerajaan negeri di Malaysia seperti doa berikut yang diamalkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusof Hj. Ahmad:

“Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang.”

Mufti Terengganu pula menganjurkan bacaan doa berikut: “Ya Allah, kalau ada wabak dalam negeri kami, engkau hancurkan, kalau ia dalam masyarakat  kami, engkau  musnahkan,  kalau  ia  dalam  keluarga kami, engkau hindarkan, kalau ia dalam diri kami, engkau lontarkan”.

Di samping berdoa, umat Islam juga disarankan untuk sentiasa solat hajat dan melazimi qunut nazilah agar wabak ini dapat terhapus. Doa qunut nazilah hendaklah dibacakan ketika menunaikan solat fardu iaitu doa untuk menghindari wabak dan penyakit. Kita juga disarankan untuk mengamalkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Antara selawat yang disarankan adalah selawat syifa’ dan selawat tafrijiah.

Selain daripada selawat ke atas Rasulullah S.A.W, kita juga boleh beramal dengan zikir dan wirid yang telah diamalkan oleh para salafussoleh yang mana ia boleh menjadi perisai buat kita agar dihindari daripada segala penyakit atau perkara-perkara yang tidak baik.

 Di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan, doa dan amalan yang diamalkan dapat menguatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Kelebihan amalan harian ini juga dapat membantu jiwa Muslim untuk kekal tenang dan sentiasa mengharapkan kebergantungan kita kepada Allah SWT.

 



Isnin, April 20, 2020

Bila Isteri Tanya

Bila isteri tanya, maka jgn sesekali menipu...

Sebenarnya sikap org perempuan ni, bila dia tanya tu bukan bermaksud dia tak tahu...kebanyakan soalan-soalan yg ditanya tu jawapannya dah ada, dia dah tahu...cuma cara dia nak uji kejujuran kita adalah melalui sebuah pertanyaan...

"Lewat abg balik, keje byk ke kat pejabat...?"

Klu btol byk keje, maka YA kita tu bunyi confidence...klu xbyk keje, kita balik awal then melencong sblum smpai rumah, maka YA kita tu bunyi teragak2 dan gagap sedikit...

Kita takut utk bertentangan mata, peluh mula membasahi dahi dan kita cuba utk mengalihkan topik dgn bertanya,

"Anak2 mana? Makanan dah siap?"

Lalu kita cepat2 masuk ke bilik dan menguruskan diri...mgkin kita ingat dah selamat, walhal sebenarnya tidak...

Dia mgkin dah tahu ke mana yg kita tuju sebelum sampai ke rumah, cumanya atas asbab tidak ingin menimbulkan pergaduhan, maka dia layan...terima jawapan si suaminya seolah2 dia tidak tahu apa2...

Org pompuan ni pelik sbb dia boleh membuatkan lelaki gelabah biawak dgn cara pandangan, pertanyaan ataupun riak mukanya...

Klu jawapan itu tidak memuaskan hati atau tidak seiringan dgn naluri, apa yg dirasakannya, maka akan ada pertanyaan kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah dia berpuas hati dgn jawapan yg diberi...

So, please avoid drpd bercakap bohong dan berselindung...lebih baik berterus terang dan bagi dia tahu drpd menipu...

Ini lebih menjaminkan ketenangan dan kesejahteraan hidup kita sebagai seorang suami...

Jika isteri tak bleh tegur kita, maka siapa lagi yg boleh?

Org tua kita? Adik beradik kita?

Mereka tidak tinggal sekali dgn kita...jika mereka tinggal sekali dgn kita pun, mereka tidak tahu perangai sebenar kita sbb kita tak tunjuk apa dan siapa diri kita yg sebenar pd mereka...

Tapi kita tunjuk pd isteri...kita tinggal dgn isteri, kita tidur sekatil dan sebantal dgn isteri...

Jadi, sekiranya teguran isteri itu mencalarkan ego kita sebagai suami, menjatuhkan kedudukan kita sebagai suami, maka siapa lagi  yg boleh tegur kita?

Sampai bila2 kita takkan boleh memperbaiki diri, bermuhasabah diri andaikata tiada siapa pun yg boleh menegur diri kita sendiri...

Sentiasa merasakan diri tu betul dan sentiasa merasakan diri itu tidak salah...maka, tunggulah saja teguran dari Allah s.w.t yg mana lebih dahsyat dan lebih besar kesannya drpd teguran dr org2 disekeliling...

Nak perbaiki sifat dan sikap pasangan, maka mulakanlah dgn perbaiki solatnya...

Solat itu akan mendidik hatinya...

Org yg dirinya dekat dgn Allah, org yg hatinya sentiasa berpaut pd Allah, org yg sentiasa mengingati Allah, maka hatinya akan menjadi bersih...

Hati yg bersih akan membawa kepada akhlak yg baik...Sifat dan sikap seseorang itu bergantung kpd apa yg ada didalam hatinya...

Ajak dia solat, sentiasa mengingati dia utk solat serta tegur dan nasihatilah dia jika dia tidak solat...

"Bagaimana jika dia dah solat, tapi masih bercakap bohong, masih berbuat jahat, masih panas baran dan sebagainya...?"

Check balik solatnya...mendirikan solat itu semua org boleh buat, tp memahami apa kandungan ayat2 yg dibaca didalam solat tersebut dan mematuhi rukun2 solat itu tak ramai yg mampu buat...

Klu dia faham apa yg dia buat, kejahatan dan sifat2 mazmumah itu akan meninggalkan dirinya...


  • Coretan|Tulisan| ✍️Menulis: Coretan tangan dunia maya sebati menjadi sahabat sejak aku sukar untuk meluah perasaan saat tiada siapa mahu mendengarkan dan memahami sebuah pengorbanan hati manusiawi. Membaca coretan nukilan dan tulisan karya orang lain adalah cara yang terbaik untuk aku terus perbaiki corak penulisanku. Aku ambil perkataan yang menarik dan aku ciptakan ayat sendiri.. Selain itu, aku suka melihat kehidupan orang lain membuatkan hidupku dalam kehidupan mereka. Lantas menciptakan moment yang indah untuk aku tuliskan. Namun inilah corak coretan penulisan Ia sederhana, dan mampu membuat orang lain faham saat menumpang teduh rohani. ✍️👣 ✍️Menikah: Penikah bukanlah hanya untuk bahagia, karena bahagia hakikatnya harus selalu berada dalam setiap benak fikiran manusia. Bahagia itu bukan tentang kesenangan, senyuman, atau bahkan tawa. Tapi atas rasa syukur, karena kita hidup atas takdir-Nya, maka terimalah setiap takdir dari-Nya. 🤲Berdoalah: Tawakal pada Allah swt agar dia miliki jiwa pilihan Allah swt, biarlah cinta kerana Allah swt bukan kerana nafsu semata mata diduniawi. Jika Jiwanya mikik Allah swt yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk jiwaku, niscaya rasa cinta itu akan Allah swt tanamkan dalam diri kita.Tugasku bukan mencari jiwamu.💚 "Hari ini akan berlalu, masa depan misteri sudah menunggu". ✍️Tidak mudah mencari yang hilang. Tidak mudah mengejar impian. Namun yang lebih susah mempertahankan penikhan yang ada, kerna walaupun sudah digenggam adakalanya terlepas juga... ✍️Jika kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.. ✍️Jika bahagiaku bukan Kerna aku sempurna, tapi Kerna aku belajar menjadi yang terbaik. Sungguh kita tak kan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala karuniaan-Nya... "Izinkan hatiku untuk mengikhlaskan, memaafkan dan mensyukuri apapun yang terjadi" "Memaafkan memang tidak mengubah masa lalu, tapi pasti akan memperindah masa depan mereka" Wallahualam.. BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU💭

Rabu, Februari 26, 2020

Aku mencintaimu kerana Allah


Aku mencintaimu kerana Allah
Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Barang siapa memiliki tiga sifat ini, nescaya ia akan merasakan menisnya iman iaitu :

mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya.

mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabiladilemparkan ke dalam neraka.”

FITRAH

Rata-rata golongan manusia termasuk para dai’e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

LAYAKKAH?

“Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah s.w.t.”

Persoalannya, adakah kita sudah mencintai Allah?. Mencintai Allah bermaksud mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Ramai yang sudah mencintai insan lain seawall umur 12 tahun, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri sendiri?. Jawapannya terdapat pada hubungan itu sama ada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.

Firman Allah :
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya (Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?.
(QS 45:23)

FAHAMI

Cinta ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan ‘contact’ badan iaitu pergaulan bebas. Ingatlah, cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan nafsu semata, sebernarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan. Yang menghairankan bahawa umat Islam pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya?. Kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina akibat ‘islamphibia’.

Pesanku

“ Berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jahat, buruk dan cacat. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan.”

PERATURAN CINTA!

hendaklah cinta itu didasarkan pada cinta Allah.

pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hokum Allah yang dilanggar.

“ Tidak perlu bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak perlu berbalas-balas kerlingan kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.”

Hayati firman Allah melalui lidah kekasihnya, Rasulullah :
“..jika seorang hambaNya menahan keinginannya dan sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya mengikut jalan yang halal.”

CINTA SEJATI

Pakar psikologi berkata, “cinta itu komitmen, tanggungjawab dan amanah.”Menurut kamus dewan ke IV, cinta merujuk kepada perasaan atau berperasaan sangat berahi, asyik, kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan, perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu. Cinta itu terlalu abstrak dan bersifat maknawi dan amat universal.
Hukama ada berkata,“cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikkan dan tidak berkurang kerana kesalahan.”Cinta sejati itu dialirkan oleh Allah ke dalam hati, ia muncul dari dalam ke luar iaitu dari hati turun ke mata dan anggota lain. Oleh itu, cinta tidak akan di’tidak’kan tetapi ia hanya perlu pengawalan yang ketat.

Nabi s.a.w bersabda :

“ Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya.”

TANDA ANDA SUDAH BERSEDIA ?

Berniat untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Punyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang telah diharamkan agama.

Lulus fardhu ain dan mempunyai tahap akademik yang baik dalam pengajian atau pekerjaan yang tetap. Kepada yang masih belajar, boleh melakukan nikah khitbah.

Istiqomah menjaga solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim/muslimah sejati dalam erti kata yang sebenar.

Matangkan diri kerana orang yang matang ialah mereka yang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang tenang.

JADI SOLEH BUKAN CARI SOLEHAH

Firman Allah :
“ Wanita wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik. Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.
 (QS 24:26)

“ Cinta yang dicari adalah lebih baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.”

“ Kecantikkan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”

Rasulullah bersabda :

“ Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepadanya bahawa ia mencintainya.

Ya Rahman Ya Rahim 
"Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu Bila Dia tak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya"



Coretan|Tulisan| ✍️Menulis: Coretan tangan dunia maya sebati menjadi sahabat sejak aku sukar untuk meluah perasaan saat tiada siapa mahu mendengarkan dan memahami sebuah pengorbanan hati manusiawi. Membaca coretan nukilan dan tulisan karya orang lain adalah cara yang terbaik untuk aku terus perbaiki corak penulisanku. Aku ambil perkataan yang menarik dan aku ciptakan ayat sendiri.. Selain itu, aku suka melihat kehidupan orang lain membuatkan hidupku dalam kehidupan mereka. Lantas menciptakan moment yang indah untuk aku tuliskan. Namun inilah corak coretan penulisan Ia sederhana, dan mampu membuat orang lain faham saat menumpang teduh rohani. ✍️👣 ✍️Menikah: Penikah bukanlah hanya untuk bahagia, karena bahagia hakikatnya harus selalu berada dalam setiap benak fikiran manusia. Bahagia itu bukan tentang kesenangan, senyuman, atau bahkan tawa. Tapi atas rasa syukur, karena kita hidup atas takdir-Nya, maka terimalah setiap takdir dari-Nya. 🤲Berdoalah: Tawakal pada Allah swt agar dia miliki jiwa pilihan Allah swt, biarlah cinta kerana Allah swt bukan kerana nafsu semata mata diduniawi. Jika Jiwanya mikik Allah swt yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk jiwaku, niscaya rasa cinta itu akan Allah swt tanamkan dalam diri kita.Tugasku bukan mencari jiwamu.💚 "Hari ini akan berlalu, masa depan misteri sudah menunggu". ✍️Tidak mudah mencari yang hilang. Tidak mudah mengejar impian. Namun yang lebih susah mempertahankan penikhan yang ada, kerna walaupun sudah digenggam adakalanya terlepas juga... ✍️Jika kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.. ✍️Jika bahagiaku bukan Kerna aku sempurna, tapi Kerna aku belajar menjadi yang terbaik. Sungguh kita tak kan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala karuniaan-Nya... "Izinkan hatiku untuk mengikhlaskan, memaafkan dan mensyukuri apapun yang terjadi" "Memaafkan memang tidak mengubah masa lalu, tapi pasti akan memperindah masa depan mereka" Wallahualam.. BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU💭

Isnin, Februari 03, 2020

Rahsia Kejayaan Usahawan

Rahsia Kejayaan Usahawan
7 Tip Kejayaan Bisnes dan Motivasi Syed Mukhtar Al Bukhary
Sejak dari kecil, beliau sudah memahami betapa pentingnya erti kejayaan dalam kehidupan.
Kejayaan yang akan mengubah hidup diri serta keluarganya. Yakni mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seorang usahawan kaya dan berjaya.
Beliau adalah Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.
Seorang usahawan Melayu yang cukup dikenali di mata masyarakat.
Kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada golongan para usahawan. Namun apakah rahsia kejayaannya? Apakah prinsip kehidupan yang dipegang oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dalam perniagaannya?
Berdasarkan analisis yang dikongsikan oleh beliau sepanjang kehidupannya berniaga, terdapat 7 tip kejayaan yang penting untuk diamalkan oleh para usahawan iaitu:
#1 – Usaha dan Tekun, Serta Sedar Ia Memakan Masa
Kejayaan itu prinsip asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula memerlukan fokus, yakni membawa maksud kepada ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam perniagaan.
Dalam masa sama, usahawan perlu sedar tentang faktor masa. Dalam perniagaan, masa untuk memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah berbeza-beza.
#2 – Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri
Usahawan yang hebat lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke tahap yang lebih baik. Dalam satu kajian yang dibuat, usahawan yang menggunakan kekuatan mereka untuk membangunkan perniagaan bukan sahaja mudah untuk berjaya.
Malah mereka akan mencapai tahap hidup yang bahagia dan kepuasan terhadap perniagaan yang dibangunkannya.
Buku Now Discover Your Strength yang ditulis oleh Mack Buckingham adalah buku rujukan yang bagus untuk para usahawan mengenal pasti apa kekuatan dalam diri mereka.
Manakala para pekerja atau rakan niaga boleh digunakan bagi mengatasi kelemahan diri.

#3 – Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Perniagaan
Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sering menyatakan, kejayaan dalam perniagaan tidak mempunyai jalan singkat. Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.
Tambah beliau, orang yang lemah akan mengaku kalah. Bagi usahawan yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang pemilik bisnes yang lebih baik.
#4 – Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes
Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan.
Ia hanya menjadi salah satu daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan estim diri. Kesilapan usahawan yang memulakan perniagaan untuk hidup mewah, akan membawa mereka kepada lembah hutang yang tidak berkesudahan.
Selain daripada Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sendiri yang mengakui tentang isu ini, lagenda dunia teknologi dan gajet, Steve Jobs turut menyatakan,
“Perniagaan itu akan lebih berjaya dan hebat apabila kita melakukan apa yang kita cintai. Bukan tertakluk pada kemewahan semata-mata.”
#5 – Pangkat Dunia Juga Bukan Motivasi Perniagaan
Adakah kita berniaga kerana mahu memegang jawatan atau pangkat yang tinggi dalam syarikat?
Semua itu tidak mustahil. Namun kepuasan yang sebenar tidak bergantung pada ia semata-mata. Menurut beliau, sebab-sebab usahawan itu berjaya terletak pada:
· Keinginan yang kuat untuk hidup bebas.
· Ingin mencapai matlamat bebas kewangan.
· Ingin mengubah dunia menjadi lebih baik.
· Ingin mengisi jawapan kepada masalah yang dihadapi masyarakat.
#6 – Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah
Walau apa jua cara yang kita usahakan dalam perniagaan, matlamat utama kita sebagai usahawan (khususnya yang beragama Islam) adalah mengingati bahawa setiap rezeki yang diturunkan itu adalah milik Allah.
Justeru itu, apabila kita memperoleh kejayaan walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan kebajikan mengikut kemampuan agar kita memperoleh lebih banyak punca rezeki.

#7 – Berbisnes Kerana Agama
Dalam Islam, agama ini menuntut penganutnya untuk melakukan perniagaan. Kerana dengan perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang halal lebih banyak.
Dengan perniagaan, kita mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak. Dengan perniagaan juga, kita mempunyai masa yang lapang untuk menunaikan ibadat-ibadat wajib dan sunat.
Oleh kerana prinsip-prinsip ini, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dilihat sebagai usahawan Melayu Islam yang begitu menonjol di mata dunia. Justeru itu, mengamalkan tip-tip yang dikongsikan beliau ini dapat meningkatkan keyakinan kita untuk lebih berjaya dalam perniagaan.