https://drive.google.com/file/d/1rEbuPlsG4H4TqexT5AQT66zZqe_D9wVL/view?usp=drivesdk CORETAN TERLUKA JIWAINI | JIWANYA ANAK²KU KORBAN KEMANISAN MASA LALU PENGORBANAN YANG SIA_SIA : 2021

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™

©2019|TULISANTANGAN Cerita Berjalan Cepat Melalui Masa Lalu Sejarah Hidup Lalu Sebagai Sebuah Buku™
"I Think I Fall In Love With Your,'" At the End of The Days, At The End Of This Journey. '"BANYAK ORANG INGIN MELUPAKAN MASA LALU,TAPI SEDIKIT ORANG YANG BELAJAR DARI MASA LALU"'. Aku Menulis Itu Buat Hidup Aku Dalam Kehidupan Orang Lain. Tulisan Tanganku Yang Baik Dari Allah Taa'al Dan Kata-kata Yang Kesat Dari Diriku,Tak Perlu Mati Hidup Semula.Terima Kasih Untuk Waktu Pada Yang Sudi Membaca.

Khamis, Julai 01, 2021

Doa Memohon Perlindunga Daripada Wabak Covid-19. (Dalam Rumi Dan Terjemahan)

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak Covid 19 Dalam Rumi Dan Maksudnya | 

Salam semua, dari tahun 2020 lalu memang tak seindah yang disangka. Bila Allah turunkan ujian satu dunia yang kena. Kita yang sebagai muslim, kena lah reda dan sabar atas ujian Allah. Yang sis risau sekarang ini, makin hari makin lama kes dah cecah dalam 5K sehari. Kalau dulu, tak terbayang pun kes nak naik sampai 1K sehari.


Doa memohon perlindungan daripad wabak covid 19


Dalam fikiran ini terbayang macam - macam, teringat petugas barisan hadapan yang bekerja keras untuk membendung wabak Covid - 19. Teringat juga buat pesakit yang sedang dirawat akibat terkena jangkitan Covid - 19. 


Lagi sedih, bila lihat statistik untuk kematian pun nampak makin meningkat walaupun tak banyak. Tapi jauh di sudut hati ni kan, terasa sedih bagi pihak keluarga si mati. Kita yang tak kena ni, bersyukurlah Allah masih pelihara lagi kita, yang terkena jangkitan Allah nak uji.


Sis doakan semoga semua yang masih dalam rawatan, semoga diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala. 


Dalam kita berusaha untuk membendung wabak Covid 19, jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah. Jadi, sis nak kongsikan kat sini doa memohon perlindungan daripada Wabak Covid - 19 beserta maksudnya. 


Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID - 19

Doa memohon perlindungan daripada wabak covid - 19


‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bacaan Dalam Rumi : 

Bismillahi ladhi la yadurru maas mihi shaiun fil-ardi wa la fis-sama'i, wa Huwas-Samiul-Alim


Maksudnya :
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)



‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

Bacaan Dalam Rumi : 

Allahumma inni a'uzu bika minal -barasi, wal- jununi, wal juzami, wa min sayy'il-asqam


Maksudnya : 
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Kita tidak tahu sampai bila Covid - 19 ini akan berakhir, semoga Allah angkat dan pergi jauh - jauh. Sama - sama kita jaga SOP dan hidup dalam norma baru. Jom sama - sama kita amalkan doa ini ya.

Doa Dan Amalan Harian Bagi Menghadapi Pandemik Covid-19

Doa dan amalan harian bagi menghadapi pandemik Covid-19

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan membelenggu penduduk dunia tanpa penemuan sebarang vaksin yang boleh menghapuskan virus ini.  Susulan itu, masyarakat...

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan membelenggu penduduk dunia tanpa penemuan sebarang vaksin yang boleh menghapuskan virus ini.  Susulan itu, masyarakat dididik dengan pengamalan norma baharu bagi menghalang penularan wabak ini.

Di samping mematuhi langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), umat Islam disaran untuk berikhtiar melalui doa dan amalan-amalan harian. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang bersabar.”

Doa adalah lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati daripada seorang hamba kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Antara doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah yang dikongsi oleh para alim-ulama   bersandarkan kepada hadith riwayat Tirmizi iaitu Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa melihat seorang tertimpa bala, kemudian dia berdoa..Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang Dia timpakan kepadamu (berupa penyakit) dan (segala puji baginya) yang telah melebihkan aku atas hamba-hambaNya, Siapa membaca doa ini, nescaya dia akan diselamatkan dari bala itu selama dia hidup.”

Dari Anas berkata, “Biasa Nabi membaca doa yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung diri padamu daripada (penyakit) gila, kusta, penyakit kulit dan segala penyakit yang buruk (berbahaya)’.”

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang membaca.. (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”

Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu..(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.”

Di samping doa yang warid daripada nabi, kita juga boleh mengamalkan doa-doa yang diamalkan oleh mufti kerajaan negeri di Malaysia seperti doa berikut yang diamalkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusof Hj. Ahmad:

“Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang.”

Mufti Terengganu pula menganjurkan bacaan doa berikut: “Ya Allah, kalau ada wabak dalam negeri kami, engkau hancurkan, kalau ia dalam masyarakat  kami, engkau  musnahkan,  kalau  ia  dalam  keluarga kami, engkau hindarkan, kalau ia dalam diri kami, engkau lontarkan”.

Di samping berdoa, umat Islam juga disarankan untuk sentiasa solat hajat dan melazimi qunut nazilah agar wabak ini dapat terhapus. Doa qunut nazilah hendaklah dibacakan ketika menunaikan solat fardu iaitu doa untuk menghindari wabak dan penyakit. Kita juga disarankan untuk mengamalkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Antara selawat yang disarankan adalah selawat syifa’ dan selawat tafrijiah.

Selain daripada selawat ke atas Rasulullah S.A.W, kita juga boleh beramal dengan zikir dan wirid yang telah diamalkan oleh para salafussoleh yang mana ia boleh menjadi perisai buat kita agar dihindari daripada segala penyakit atau perkara-perkara yang tidak baik.

 Di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan, doa dan amalan yang diamalkan dapat menguatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Kelebihan amalan harian ini juga dapat membantu jiwa Muslim untuk kekal tenang dan sentiasa mengharapkan kebergantungan kita kepada Allah SWT.