Semoga Allah memberkati rumah tangga kita semua. Dalam sebuah rumah tangga, peranan isteri untuk merangsang suasana yang ceria dan romantis sangat disanjung oleh Islam. Sesungguhnya Allah mencintai seorang isteri yang pemujuk, halus pekertinya terhadap suami dan pandai menjaga diri dengan orang lain.
Nabi s.a.w. berpesan kepada Aisyah dengan maksudnya: “Wahai Aisyah, hendaknya kamu berlemah lembut dan janganlah kamu bersikap bengis dan buruk.” (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis tersebut, kita fahami bahawa Allah memberikan pahala kepada wanita, meredhainya dan memberikannya kedudukan yang istimewa di sisi-Nya apabila seorang isteri itu memelihara perasaan suami dengan sifat penyayangnya, romantis, memahami dan menghiaskan diri dengan keelokan zahir dan batin (kesucian hati) supaya suami merasa tenteram, nyaman dan dikasihi.
Maka kepada para isteri, jangan menyesal atas curahan kasih sayang, pengorbanan dan segala perhatian yang telah kita berikan kepada suami dan rumah tangga. Ini kerana apa yang kita lakukan itu sentiasa mendapat perhatian Allah, dan Allah menjanjikan kecintaan-Nya untuk kita. Amin.
Nabi s.a.w. berpesan kepada Aisyah dengan maksudnya: “Wahai Aisyah, hendaknya kamu berlemah lembut dan janganlah kamu bersikap bengis dan buruk.” (Riwayat al-Bukhari)
Namun, Islam sangat menitikberatkan ketenteraman jiwa kedua-dua belah pihak suami dan juga isteri dalam pernikahan. Justeru, kita perlu melihat suri teladan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah selaku seorang suami yang unggul seni pergaulannya dengan isteri-isteri Baginda.
Anas menceritakan: “Nabi seorang yang berperangai halus dan penyayang.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain: “Rasulullah ialah orang yang paling banyak bergurau dengan isteri-isteri Baginda.” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dan Ibn Abi Dunia)
Aisyah menceritakan: “Nabi pernah membaca al-Quran, sedang kepala Baginda berada si atas pangkuanku, padahal aku dalam keadaan haid.” (Riwayat al-Bukhari)
Kasih sayang dalam rumah tangga bukan setakat pada hubungan suami isteri. Malah ia juga melibatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Sesungguhnya dengan kejadian pelbagai gejala sosial mutakhir ini, menjadi suatu yang amat mustahak untuk kita semua bermuhasabah sejauh mana rumah tangga kita subur dengan kehangatan kasih sayang.
Anak-anak yang rasa disayangi dan menyayangi ibu bapanya akan lebih prihatin untuk menjaga nama baik keluarga dan sentiasa rasa bermotivasi untuk berusaha meraih kecemerlangan hidup.
Abu Umamah berkata: “Rasulullah pernah melihat seorang ibu dengan dua orang puterinya, seorang didukung dan seorang lagi dipimpin tangannya. Lalu Rasulullah bersabda: ‘Kamu ibu yang tabah dan penyayang. Apabila mereka (ibu-ibu) tidak derhaka kepada suami, maka sesiapa antara mereka yang menjaga solat pasti akan masuk syurga.” (Riwayat Ibn Majah)
Ustazah titipkan satu puisi ringkas:
Ya Allah, jadikanlah aku alat kasih-Mu,
Di mana ada benci, biar aku tebarkan cinta,
Di mana ada hati-hati terluka, biar aku menjadi penghiburnya,
Di mana ada keraguan, biar aku menanam keyakinan,
Di mana ada putus asa, biarkan aku menyuntik harapan,
Di mana ada kegelapan, biarkan aku menyuluh cahaya.
Keluarga Sakinah Menuju Jannah :
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
"Perbaiki dulu tauhid amal diri dan dekatkan diri dengan Allah".Saya menulis coretan melalui cerita kecil ini..Hanya penulis kehidupan yang diluluskan dan mahu anak-anak saya tahu saya seorang pahlawan dalam kehidupan mereka dan menuangkan kandungan tulisan fikiran dan pandangan kehidupan ini buat panduan mereka..@papahyatts ©2008-2019|MasaLalu|MasaKini|MasaDepan|LightofLife|@hyatt's
Khamis, Ogos 08, 2019
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Khamis, Ogos 08, 2019
Tiada ulasan:
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam. Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis dan Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran/Perkhidnatan Perlindungan Rapat (Bodyguard) Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri untuk CPO/CBG(Bodyguard) yang berpengalaman dan calon perlindungan rapat mahir.NOTA: Jangan lupa anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi yang anda perlu untuk perniagaan dan keluarga.
Rabu, Ogos 07, 2019
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelakidan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah perkahwinanSunting:
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumidan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lamadan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atauTaurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..
Jenis-jenis perkahwinanSunting:
Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya: ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya: masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).[4]
Hukum hukum perkahwinan dalam IslamSunting
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar (mas berkahwinan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (le#mah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
==Hikmah perkahwinan== *Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan. *Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman *Memelihara kesucian diri *Melaksanakan tuntutan syariat *Menjaga keturunan *Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak *Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab *Dapat mengeratkan silaturahim
Dalil pensyariatanSunting:
Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
Surah An-Nuur: ayat 32
Surah An-Nahl: ayat 72
Surah Yaasin: ayat 36
Surah Ar-Rum: ayat 21
Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
Surah Luqman: ayat 10
Surah Qaf: ayat 7
Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Pemilihan calonSunting:
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-ciri bakal suami Sunting
beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
bertanggungjawab terhadap semua benda
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
tidak berpenyakit yang berat seperti gila,AIDS dan sebagainya
rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteriSunting
beriman & solehah.
rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
menentukan mas kahwin yang rendah
wanita yang subur
berasal dari keturunan yang baik
bukan keturunan terdekat
tidak memandang harta semata-mata
Sebab haram nikah Sunting:
Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara lelaki bagi adik-beradik perempuan.”:
Ibu:
Nenek sebelah ibu mahupun bapa
Anak perempuan & keturunannya
Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
Anak perempuan kepada adik-beradik kandung
lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
Ibu susuan:
Nenek dari sebelah ibu susuan
Adik-beradik perempuan susuan
Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
Ibu mentua dan ke atas
Ibu tiri
Nenek tiri
Menantu perempuan
Anak tiri perempuan dan keturunannya
Adik ipar perempuan dan keturunannya
Emak saudara kepada isteri
Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Peminangan Sunting:
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperticincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah  kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan."(Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai).
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah  telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan))
Nikah Sunting:
Akad nikah lazim diadakan di masjid
Rukun nikahSunting
Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Wali
Dua orang saksi lelaki
Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suamiSunting
Islam
Baligh
Berakal
Lelaki yang tertentu
Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri Sunting:
Pengantin perempuan dalam pakaian tradisional Bahrain:
Islam
Perempuan yang tertentu
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan seorang khunsa
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak dalam idah
Bukan isteri orang
Syarat waliSunting
Islam, bukan kafir dan murtad
Lelaki dan bukannya perempuan
Baligh
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak fasik
Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
Merdeka
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya.
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-jenis wali Sunting:
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat saksiSunting
Sekurang-kurangya dua orang
Islam
Berakal
Baligh
Lelaki
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
Dapat mendengar, melihat dan bercakap
Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
Merdeka
Syarat ijabSunting
Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
Diucapkan oleh wali atau wakilnya
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
Syarat qabulSunting
Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
Tiada perkataan sindiran
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai"ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari 2 (dua) orang saksi perkahwinan dengan menanyakan adakah JELAS? Sekiranya para saksi mengakui / mengiktiraf bahawa mereka mendengar dengan jelas, maka Wali itu sendiri akan mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?
Wakil Wali/ QadiSunting

Seorang ustaz bertindak sebagai jurunikah
Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami. Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar. Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara. Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara. Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya. Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.
MaharSunting
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Jenis maharSunting
Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
Mahar muthamma : mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak
WalimatulurusSunting
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulamamengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.
Konsep yang diharamkan dalam IslamSunting
Konsep rahbaniyahSunting:
Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [5]Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian (Katholik),Buddha, Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana [6]
Dalam agama Kristian (Katholik) ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.”Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja [7].
Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.
Konsep ibahiyahSunting:
Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulanseks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas:
Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencariilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh- al-Qardhawi sebagai:-
keruntuhan akhlak
wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas:
Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanitaMelayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami
Homoseksual & Lesbian:
Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [8]. Selain itu akhbar The Starpada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran.
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Rabu, Ogos 07, 2019
Tiada ulasan:
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam. Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis dan Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran/Perkhidnatan Perlindungan Rapat (Bodyguard) Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri untuk CPO/CBG(Bodyguard) yang berpengalaman dan calon perlindungan rapat mahir.NOTA: Jangan lupa anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi yang anda perlu untuk perniagaan dan keluarga.
Wahai Isteri, Jangan Sesekali Sebut 9 Ayat Ini, Ia Akan Membuatkan Suami Anda….
Anda pernah tak alami keadaan di mana tiba-tiba suami diam dan taknak cakap apa-apa? Tiba-tiba moodnya berubah?
Mungkin anda tak perasan dan ambil ringan, tapi itu mungkin tanda suami anda “merajuk“, menyampah dan terasa dengan kata-kata anda. Alah, biasalah kita perempuan ini… Kadang bila penat sangat atau sudah malas nak melayan kerenah semua orang, nanti mulut kita terlepas cakap ayat yang tak sepatutnya!
Oleh itu, mari kita sama-sama elak daripada menyebut 9 ayat berikut, agar perkahwinan kita lebih tenang dan bahagia, ya? 9 ayat isteri patut berhenti cakap pada suami
1 – “Baju apa abang pakai ni? Buruk sungguh lah!”
Kecil hati si suami kalau anda mengutuk dengan keras penampilannya. Macam kita jugalah, nak suami kutuk pilihan baju yang kita pakai? Apa patut anda sebut: Cuba bagi pilihan suruh dia tukar baju. Tak adalah directsangat nak kata anda tak berkenan dengan baju dia nak pakai. Ataupun anda beri terus pilihan baju yang anda rasa sesuai. Tapi kalau tak mahu juga tak boleh buat apa, la ye!
2 – “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”
Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!
3 – “Saya gemuk.”
Okay, rasanya ini semua isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Naik bosan suami nak jawab nanti!
4 – “Tak tahu. Ikut awak lah.”
Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan.
Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya kan keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak. Senang cerita!
5 – “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”
Oh no! Bila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.
6 – “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”
Mengarah itu ini pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka “tak pandai” langsung jaga anak. Apa anda patut buat: Rileks… anda dan pasangan boleh belajar sama-samacara nak jaga dan urus anak. Dan paling penting, anda perlu percaya suami anda.
Jangan asyik nak check macam mana dia jaga anak setiap masa. Insyaallah, mereka akan jaga anak dengan elok (tapi gaya seorang lelaki lah). Janji anak tak terdedah pada bahaya!
7 – “Awak tak pernah…”
Katakan yang suami anda “tak pernah” buat semua benda akan buat mereka rasa yang mereka tak berguna langsung. Apa anda patut buat: Cara paling baik jika nak cakap sesuatu benda yang suami “sudah jarang buat” adalah dengan duduk berbincang. Cakap yang dia telah lama tak berbuat perkara itu.
8 – “Bila nak dapat kerja?”
Dengan ekonomi sekarang, memang susah nak dapat kerja. Kalau pasangan anda salah satu mangsa dibuang kerja, bersabarlah. Apa anda patut buat: Mereka memerlukan sokongan anda. Jadi, daripada asyik tanya soalan ini, apa kata anda perhati sendiri usaha mereka.
9 – “Tak ada apa-apa.”
Silent treatment atau asyik kata yang “tak ada apa-apa” sedangkan anda marah tentang sesuatu adalah benda yang tak sihat dalam perkahwinan. Anda ingat suami akan faham kalau tak diberitahu? Mereka takkan faham punya!
Apa anda patut buat: Jadi, lebih baik anda terbuka saja cakap apa yang tidak kena dan selesaikan masalah tersebut.
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Rabu, Ogos 07, 2019
Tiada ulasan:
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam. Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis dan Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran/Perkhidnatan Perlindungan Rapat (Bodyguard) Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri untuk CPO/CBG(Bodyguard) yang berpengalaman dan calon perlindungan rapat mahir.NOTA: Jangan lupa anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi yang anda perlu untuk perniagaan dan keluarga.
Terkenang semasa dulu.... 😊
Dulu² masa sehari lepas nikah, Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah. Masa mula² sampai, Tok Kadi tu panggil saya dulu, tanpa isteri. Dia suruh suami tunggu kat luar. Maka saya pun dgn rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat Tok Kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk seorang diri pulak?
Soalan pertama Tok Kadi tu tanya,
"Apa tugas isteri?"
Saya jawab, "Patuh kpd suami, menyediakan keperluan suami,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Dalam rumahtangga, siapa yg kena buat kerja rumah?"
Saya dgn naifnya menjawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Siapa yg kena memasak?"
Saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tanya terus,
"Siapa kena basuh kain?"
Dan saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Siapa kena jaga anak?"
Dan saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya, "Kenapa isteri?"
Saya diam kejap cari jawapan. Lepas tu saya jawab, "Sebab dari dulu selalu tengok mak yg buat semua tu,"
Tok Kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke?
Lepas tu Tok Kadi tu suruh saya panggilkan suami saya. Tok Kadi tanya kat suami saya,
"Kalau seorang suami menyidai kain, apa org keliling akan cakap?"
Suami saya jawab, "Isterinya queen kontrol,"
Saya tersenyum gelihati dgn jawapan suami saya.
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Sepatutnya siapa yg kena buat semua kerja rumah?"
Suami saya jawab, "Suami,"
Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah. 😂
Dan Tok Kadi tu anggukkan kepala sambil senyum. "Bagus kalau kamu tahu tugas kamu," Dan dia serahkan sijil nikah kami tanpa soalan lain. Masa tu saya kerutkan dahi. Jawapan suami saya betul?
Masa tu baru saya tahu, kerja rumah adalah tugas suami. Itupun suami saya yg beritahu. Jika isteri yg buat, itu adalah ehsannya terhadap suami. Suami boleh suruh tapi tak boleh marah isteri jika isteri taknak buat. Tapi selalunya isteri akan buat tanpa disuruh kerana isteri tu dah diterapkan sejak dulu, kerja rumah kerja isteri, bukan suami sebab itu yg diajar sejak dulu.
Dulu, isteri duduk di rumah, suami keluar bekerja. Dah tentulah isteri buat kerja rumah walaupun itu bukan kerjanya.
Sekarang, samada isteri bekerja atau tak, cabarannya tak sama mcm dulu. Nak pulak dpt suami yg tak tahu soal agama. Yg dia tahu, suami punyai kuasa mutlak terhadap isteri. Yg dia tahu, isteri kena ikut cakap suami. Yg dia tahu, isteri berdosa kalau tak ikut cakap suami.
Kita terlalu mengikut LUMRAH & ADAT,
Sampai lupa pada HAKIKAT.
Malu bila suami dilihat buat kerja rumah, takut nanti orang kata kita ni isteri yg kontrol suami, takut org kata suami tu dayus. Kalau dgn kawan2 pulak, takut nanti digelar takutkan isteri. Sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah. Rasulullah pun jahit sendiri jubahnya yg koyak. Tak malu dgn Rasulullah ke?
Lebih sedih bila keluarga suami pun tak tahu pasal ni. Bila anak lelakinya buat kerja rumah, menantu perempuan dah dipandang macam hantu dah. Sedangkan sepatutnya dia bangga kerana anak lelakinya mengikut sikap Rasulullah.
Bila rumah selerak, org kata isteri yg malas.
Bila anak² selekeh, org kata mak tak pandai jaga anak.
Bila selalu beli makanan kat kedai, org kata isteri tak pandai masak.
Bila semua suami buat, org kata tak guna ada isteri.
Penat dengar apa org kata. Cuba sedaya upaya supaya org tak mengata. Sampai lupa apa Allah kata.
Itu yg buat kebanyakan isteri memberontak. Bukan sbb benci tapi sbb penat kerana ehsannya tak dihargai. Nak lawan, takut berdosa. Tak buat kerja nanti, takut suami marah. Suami marah, berdosa jugak. Sampai satu masa, buat sesuatu tu sbb kena buat, bukan sbb ehsan lagi. Maka, ikhlas pun hilang. Bila ikhlas hilang, tu yg dah tak pandai cakap elok² kat suami, tak tau nak senyum kat suami, tak tau nak beromantika dgn suami. Semuanya dah takde yg manis.
Jadi, bila isteri buat perangai, carilah puncanya. Isteri takkan cakap, sebab dia dah penat. Penat nak ajar imamnya sendiri. Penat nak ajar suami bagaimana nak jaga isteri. Penat nak ajar pemegang kunci pintu syurganya. Cakap kang dikata mengada², terlebih cakap nanti, dosa jugak. Ajar suami nanti,
Dulu² masa sehari lepas nikah, Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah. Masa mula² sampai, Tok Kadi tu panggil saya dulu, tanpa isteri. Dia suruh suami tunggu kat luar. Maka saya pun dgn rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat Tok Kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk seorang diri pulak?
Soalan pertama Tok Kadi tu tanya,
"Apa tugas isteri?"
Saya jawab, "Patuh kpd suami, menyediakan keperluan suami,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Dalam rumahtangga, siapa yg kena buat kerja rumah?"
Saya dgn naifnya menjawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Siapa yg kena memasak?"
Saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tanya terus,
"Siapa kena basuh kain?"
Dan saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Siapa kena jaga anak?"
Dan saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya, "Kenapa isteri?"
Saya diam kejap cari jawapan. Lepas tu saya jawab, "Sebab dari dulu selalu tengok mak yg buat semua tu,"
Tok Kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke?
Lepas tu Tok Kadi tu suruh saya panggilkan suami saya. Tok Kadi tanya kat suami saya,
"Kalau seorang suami menyidai kain, apa org keliling akan cakap?"
Suami saya jawab, "Isterinya queen kontrol,"
Saya tersenyum gelihati dgn jawapan suami saya.
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Sepatutnya siapa yg kena buat semua kerja rumah?"
Suami saya jawab, "Suami,"
Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah. 😂
Dan Tok Kadi tu anggukkan kepala sambil senyum. "Bagus kalau kamu tahu tugas kamu," Dan dia serahkan sijil nikah kami tanpa soalan lain. Masa tu saya kerutkan dahi. Jawapan suami saya betul?
Masa tu baru saya tahu, kerja rumah adalah tugas suami. Itupun suami saya yg beritahu. Jika isteri yg buat, itu adalah ehsannya terhadap suami. Suami boleh suruh tapi tak boleh marah isteri jika isteri taknak buat. Tapi selalunya isteri akan buat tanpa disuruh kerana isteri tu dah diterapkan sejak dulu, kerja rumah kerja isteri, bukan suami sebab itu yg diajar sejak dulu.
Dulu, isteri duduk di rumah, suami keluar bekerja. Dah tentulah isteri buat kerja rumah walaupun itu bukan kerjanya.
Sekarang, samada isteri bekerja atau tak, cabarannya tak sama mcm dulu. Nak pulak dpt suami yg tak tahu soal agama. Yg dia tahu, suami punyai kuasa mutlak terhadap isteri. Yg dia tahu, isteri kena ikut cakap suami. Yg dia tahu, isteri berdosa kalau tak ikut cakap suami.
Kita terlalu mengikut LUMRAH & ADAT,
Sampai lupa pada HAKIKAT.
Malu bila suami dilihat buat kerja rumah, takut nanti orang kata kita ni isteri yg kontrol suami, takut org kata suami tu dayus. Kalau dgn kawan2 pulak, takut nanti digelar takutkan isteri. Sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah. Rasulullah pun jahit sendiri jubahnya yg koyak. Tak malu dgn Rasulullah ke?
Lebih sedih bila keluarga suami pun tak tahu pasal ni. Bila anak lelakinya buat kerja rumah, menantu perempuan dah dipandang macam hantu dah. Sedangkan sepatutnya dia bangga kerana anak lelakinya mengikut sikap Rasulullah.
Bila rumah selerak, org kata isteri yg malas.
Bila anak² selekeh, org kata mak tak pandai jaga anak.
Bila selalu beli makanan kat kedai, org kata isteri tak pandai masak.
Bila semua suami buat, org kata tak guna ada isteri.
Penat dengar apa org kata. Cuba sedaya upaya supaya org tak mengata. Sampai lupa apa Allah kata.
Itu yg buat kebanyakan isteri memberontak. Bukan sbb benci tapi sbb penat kerana ehsannya tak dihargai. Nak lawan, takut berdosa. Tak buat kerja nanti, takut suami marah. Suami marah, berdosa jugak. Sampai satu masa, buat sesuatu tu sbb kena buat, bukan sbb ehsan lagi. Maka, ikhlas pun hilang. Bila ikhlas hilang, tu yg dah tak pandai cakap elok² kat suami, tak tau nak senyum kat suami, tak tau nak beromantika dgn suami. Semuanya dah takde yg manis.
Jadi, bila isteri buat perangai, carilah puncanya. Isteri takkan cakap, sebab dia dah penat. Penat nak ajar imamnya sendiri. Penat nak ajar suami bagaimana nak jaga isteri. Penat nak ajar pemegang kunci pintu syurganya. Cakap kang dikata mengada², terlebih cakap nanti, dosa jugak. Ajar suami nanti,
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Rabu, Ogos 07, 2019
Tiada ulasan:
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam. Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis dan Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran/Perkhidnatan Perlindungan Rapat (Bodyguard) Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri untuk CPO/CBG(Bodyguard) yang berpengalaman dan calon perlindungan rapat mahir.NOTA: Jangan lupa anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi yang anda perlu untuk perniagaan dan keluarga.
*Pengarah Pendidikan Bagi Mesej Pedas Buat Ibubapa.*
_____________
Mesej dari Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Pesanan untuk semua ibu bapa… cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak… peringatan untuk semua… mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin…
Tanamkan dalam hati bahawa;
*1. Anak kita bukan baik sangat.*
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.
*2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.*
Kita kat rumah paling banyak anak 6, 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
*3. Anak kita juga pandai menipu.*
Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
*4. Anak kita layak dimarah.*
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita tak kan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
*5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.*
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik. Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik. Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.
*6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.*
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.
*7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.*
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
*8. Duit bukan segalanya.*
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
*9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.*
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.
*10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.*
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6, 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6, 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
*11. Jangan sombong dengan guru2.*
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.Amal kita?
*12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.*
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
*13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibubapanya.*
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.
Berlapang dadalah.Ilmu itu bukan bilangan A.Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan akhirat.
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG
Tulisan Tangan Oleh:
ℹ️HYATT'S Providing Security Risk Provider Close Protections Consulting|©️2018 BLOGGER BODYGURD CAREER'S
Pada Waktu
Rabu, Ogos 07, 2019
Tiada ulasan:
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam. Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis dan Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran/Perkhidnatan Perlindungan Rapat (Bodyguard) Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri untuk CPO/CBG(Bodyguard) yang berpengalaman dan calon perlindungan rapat mahir.NOTA: Jangan lupa anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi yang anda perlu untuk perniagaan dan keluarga.
Langgan:
Catatan (Atom)