MENU UTAMA 📝

Jumaat, Januari 04, 2019



REZEKI ITU PELABURAN.

“Nak beli maggi.”

Seorang lelaki muda memasuki dan bersuara kepada jurujual kedai itu. Aku hanya memandang situasi ini dari luar kedai, tidak jauh, tidak dekat, cukup untuk aku lihat dan dengar semuanya.

Niatku nak membeli gula aku sengaja tangguhkan dulu. Jurujual tersebut mengangkat kepala sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.

Tangannya yang aktif menaip di atas telefon pintar terhenti tiba-tiba. Dia merenung lelaki muda itu. Lelaki itu kalau dilihat lebih kurang usia awal 20-an.

Memahami lelaki itu berbeza darinya, jurujual itu terus membalas,

“Oh, maggi di sana. Silalah ambil dik.”

Lelaki itu ambil mi segera di atas rak. Dia menunjukkan sebungkus maggi kari yang diambil.

“RM1, dik.” kata jurujual.

Lelaki tersebut mengangguk dan terus berkata,

“Nak pergi kedai sebelah.”

Jurujual itu hanya mengangguk dan diam. Aku yang melihat situasi ini terus berfikir apakah tindakan yang akan dilakukan oleh jurujual.

Kalau kita manusia yang normal fizikal dan mental, ada tiga tindakan yang mesti kita pilih,

1. Menuntut lelaki itu untuk membayar.
2. Belanjakan lelaki itu dengan niat yang baik.
3. Mengejek atau memandang rendah kepada mereka.

Kedai sebelah adalah kedai mainan. Lelaki itu membelek-belek patung mainan. Dia memilih patung superman dan pergi semula ke kedai runcit tadi untuk membayarnya. Dia hulurkan RM1.

“Eh dik, ini patung dari kedai sebelah, bukan kedai ni punya.” kata jurujual. Jurujual mengambil RM1 tersebut.

Lelaki itu kebingungan, tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh jurujual.

“Okey takpe macam ni dik, tauke kedai sebelah pun takde, adik ambil dulu mainan dengan maggi ni, nanti abang settle dengan tauke kedai ya.”

Jurujual itu kemudiannya berikan semula RM1 yang dihulurkan tadi. Dia kelihatan memahami situasi lelaki itu.

Aku hanya tersenyum melihatnya. Jurujual itu telah memilih untuk belanja. Selepas lelaki itu beredar, aku terus memasuki kedai itu. Sempat aku beritahu jurujual, aku nampak situasi tadi.

“Abang faham situasi adik tu. Abang pun ada ahli keluarga yang special macam tu. Diorang mungkin kurang dari segi berfikir, tapi ada kelebihan dari segi lain. Bila bertemu dengan orang macam ni, jangan jadi negative vibes. Sambut dia dan sokong dia.”

“Berniaga ni macam kita melabur juga. Kita sebarkan rezeki. Rezeki kita kongsi. Kalau orang tak mampu, kita bantu. Bantuan pula dalam bentuk macam-macam. Macam adik tadi tu kira dia datang kedai ni pun bawa rezeki juga. Dia boleh jadi asbab rezeki kita.”

Aku tersenyum dan membayar gula yang diambil. Setiap hari aku belajar sesuatu. Situasi tadi pula mengingatkan aku untuk berbaik sesama manusia. Kerana rezeki itu juga adalah pelaburan. Kau buat baik, maka kau akan dapat pulangan yang baik.

#NewLesson
#SebarkanPositif
#BerkataYangBaik2



SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AMARAN PENAFIAN:
Blogger Id tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang Pendapat diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung pemilik akaun sendiri.
Muhasabah:
Setiap kali kita update status kita,
Atau komen kepada status di halaman sahabat kita, Itulah lambang keperibadian kita. Orang lain mampu membaca tentang akhlak kita.Usah biarkan jari jemari menulis Warna warni yang hodoh di wajah rupa kita.
Indahkan pandangan mata manusia
Dan Dia dengan lukisan tinta yang kita
Catatkan di update status atau komen kita. Tinggalkan yang bermanfaat
Setelah ketiadaan kita nanti.
Hubungi untuk keterangan lanjut
📞http://wa.me/60195502099/
📧muhayatafendi.gmail.com
📨muhayatafendi@yahoo.com