BeriKan Lah Kasih
Niscaya kan kau dapat Kasihnya Jiwa
Tuhan itu bukan sengaja temukan Kita dengan orang begitu dan begini.
Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir darinya.
Kena banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi.
Sejujurnya, semua membawa makna.
Yang setia akan sentiasa dalam doa.
Yang misteri akan hilang entah ke mana.
Kita berjumpa hanya satu kebetulan,
Berjumpa bukan untuk kebaikan,
Tapi penuh dgn kenakalan,
Kebetulan yang akhirnya berkekalan.
Pelbagai kenangan telah dilukiskan,
Diwarnai dengan gurauan dan usikan,
Dihiasi dengn gelak tawa dan juga senyuman,
Kebetulan yang membawa kerinduan disaat berjauhan,
Namun tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berteman,
Kecuali ajal dan juga kematian.
Terima kasih untuk kebetulan ini kerana ia mengajar kita erti sebuah perhubungan yang amat bernilai.
Terkadang,
Kita mencari cari,
Erti sebuah kebahagiaan
Namun apa yang ditemui
Jauh sekali seperti apa yang
Diharapkan.
Dunia sepertinya tidak peduli,
Dengan masalah yang menimpa diri,
Ombak gelora datang tanpa henti,
Lalu kita mengeluh
Mengapa kita yang diuji?
Ketahuilah,
Ada yang sentiasa memerhati,
Ada yang setia menemani,
Iaitu Tuhan yang Menyayangi.
Bukan diuji untuk melemahkan,
Bukan diuji untuk kesengsaraan
Walhal sinaran kebahagiaan yang dihadiahkan.
Bersabarlah sayang,Tuhan itu lebih Tahu..😌
BeriKan Lah cinta | Niscaya kan kau dapat cinta |
SHARE WITH FRIENDS THE CREATIVITY & PRODUCTIVITY BLOG